Mystery Guy

1.8K 168 3
                                    


Hanya bunyi sudu berlaga menemani makan malam mereka berdua. Himi berdehem bila suasana terasa janggal.
Wajah Taehyung yang keruh dia jeling sekilas.

Entah apa kena dengan Teahyung sejak pagi tadi mood lelaki itu terus berubah. Dia berkurung dalam bilik dan waktu makan malam baru Taehyung keluar tunjukkan diri. Itupun bukan main masam lagi muka.

Himi mengelap mulut yang comot dengan tisu. Dia sudah selesai makan. Taehyung yang masih menguis makanan dalam pinggan diperhati.

"Dah habis makan ke? Kalau macam tu aku nak kemas." kata Himi.

"Takpayah. Kau masuklah berehat. Biar aku kemas semua ni. Aku tak nak kau penat." balas Taehyung tanpa memandang. Dia menyuap makanan lalu mengunyah perlahan.

Himi hanya diam. Tanpa sebarang kata, dia bangun lalu beredar ke bilik.

Sebaik susuk gadis itu hilang, Taehyung menghentak sudu ke meja dengan kasar. Wajahnya diraup. Perasaan marahnya membuak setiap kali kejadian pagi tadi terimbas di kepala.

"Takguna. Siapa lelaki tu? Berani dia sentuh hak aku." kata Taehyung dengan geram.

Seleranya sudah mati. Meja makan dikemas. Pinggan pinggan kotor dibawa ke dapur lalu dibasuh.

Setelah selesai, dia kembali ke bilik tetamu yang menjadi bilik sementaranya. Dia sudah berbincang dengan Himi yang dia akan tinggal di rumah gadis itu buat sementara waktu kerana kereta sewanya rosak. Gadis itu tidak membantah malah membenarkan. Faham dengan keadaan Taehyung.

Taehyung capai telefonnya lalu nombor Jungkook didail.

"Hello Kook , aku nak mintak tolong ni." kata Taehyung sebaik sahaja panggilan disambung.

"Ha, apa dia?" soal Jungkook dengan malas.

"Tolongkan siapkan borang perkhawinan aku dengan Himi secepat yang boleh dan hantar ke alamat rumah ni."

"Bwo?!! Eh kenapa tiba tiba? Hyung dah jumpa Himi ke? Bila?" bertubi tubi Jungkook menyoal.

"Kau buat je lah apa aku suruh. Banyak tanya pulak. Ingat tau secepat yang mungkin. Aku dah tak boleh bersabar lagi." pesan Taehyung dengan serius.

"Haa okay. Aku akan uruskan. Eh tapikan hyung kenapa tiba tiba-"

Tap.

Taehyung terus matikan talian. Malas nak dengar Jungkook memekak. Banyak songeh pula budak tu.

Dengan malas Taehyung melangkah menghampiri jendela. Langit malam ditatap lama sambil memikirkan keputusannya.

Dia perlu cepat mengikat gadis itu. Lebih lagi apabila dia sudah mula ada pesaing. Sakit hatinya apabila melihat kemesraan Himi bersama lelaki itu pagi tadi.

Taehyung sempat mencuri dengar perbualan mereka. Hatinya menjadi lebih panas apabila lelaki itu dengan berani menyentuh perut Himi. Hanya dia sahaja yang boleh berbuat begitu!

Taehyung masih ingat, dia sempat menyelongkar beg plastik yang Himi tinggalkan di atas meja makan ketika gadis itu beredar ke tandas.

Dia mencebikkan bibir sebaik melihat pelbagai jenis ubat dari lelaki itu. Dan yang paling menyakitkan hatinya ialah nota ringkas yang turut terdapat bersama ubat ubatan.

Nota yang berbentuk luahan perasaan dengan nama Park Himi. Terbakar hatinya membaca bait bait ayat yang tertulis.

"Aku akan halang hubungan kau dengan Himi. Dia hak aku dan selamanya akan jadi hak aku." kata Taehyung .

Dia bukannya buta. Sudah terang lagi bersuluh lelaki itu menaruh perasaan pada Himi. Only man can read mans.

Taehyung faham sangat dengan pandangan mata lelaki itu terhadap Himi. Dan dia takkan biarkan perkara itu terjadi.

"Aishh serabut lah." Taehyung kusutkan rambutnya. Fikirannya bercelaru.

Dia mengambil keputusan berjalan di luar rumah untuk mendapat ketenangan.

Namun langkah Taehyung terhenti sebaik sahaja membuka pintu, dahinya berkerut apabila melihat ada seorang lelaki yang bertopeng hitam sedang memanjat masuk ke dalam kawasan rumah.

Taehyung pantas menyorok di sebalik dinding sambil memerhatikan gerak geri lelaki itu.

Selepas sahaja lelaki itu berjaya masuk, dia melangkah mendekati pokok Manzanita yang berada di bahagian laman rumah. Poket kanan seluarnya diseluk lalu sekeping kertas dikeluarkan. Lalu dia mengikat kertas itu pada ranting pokok dengan tali halus agar kertas itu tidak terbang sekiranya ditiup angin.

Taehyung memerhati tindak tanduk lelaki itu dengan hairan.

Tanpa menunggu lama. Taehyung terus berlari mendapatkan lelaki itu lalu menghempapnya dari belakang.

Lelaki itu terkejut dan tidak sempat melarikan diri. Mereka berdua jatuh ke tanah. Taehyung pantas menindih lelaki itu.

"Siapa kau?! Apa kau buat ha?!"

Buk!!

Lelaki itu menumbuk kuat wajah Taehyung menyebabkan Taehyung jatuh ke tanah.

"Argh! Sial kau!" maki Taehyung sambil mengelap darah di tepi bibirnya yang pecah.

Lelaki tadi cuba lari namun Taehyung terus menarik kuat kakinya menyebabkan dia jatuh semula.

Buk! Buk!

Taehyung terus menumbuk muka lelaki itu dengan geram. Tangannya cuba mencabut topeng hitam yang dipakai lelaki itu namun tidak sempat.

"Arghh!" Taehyung jatuh kebelakang selepas perutnya ditendang kuat.

"Woii!! Jangan lari!! Tak guna!!"

Taehyung menjerit sekuat hati apabila lelaki misteri itu sudah berjaya meloloskan diri.

"Taehyung!!"

Taehyung menoleh ke belakang sebaik mendengar namanya dipanggil. Himi berlari kecil ke arahnya. Muka gadis itu kerisauan.

"Tae, kau okay ke? Apa dah jadi?" soal Himi dengan cemas selepas mendapatkan lelaki itu.

"Argh..." Taehyung mengerang sakit sambil memegang kawasan perutnya yang ditendang.

"Dah mari kita masuk. Bahaya duduk luar malam malam."

Himi melingkarkan tangan Taehyung pada bahunya. Tangannya memeluk kemas pinggang lelaki itu untuk membantunya bangun.

"Gomawoo chagiya.." bisik Taehyung penuh menggoda.

Telinga Himi sempat dicium sekilas. Dia sudah tersengih sengih.

Sengaja dia mengunakan peluang itu untuk mengusik gadis itu. Bukan mudah untuk mereka berdua berkepit sebegini. Jadi peluang yang ada harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

"Ish! Sakit pun sempat menggatal lagi." wajah Himi sudah merah padam.

"Biarlahh.." balas Taehyung selamba lalu mereka masuk ke dalam rumah.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now