TaeMi💔

2K 212 0
                                    


Seminggu kemudian...

Sejak kejadian itu, suasana rumah menjadi janggal. Tidak seperti selalu.

Taehyung mengeluh memikirkan hubungannya dengan Himi. Sudah seminggu gadis itu bersikap dingin. Bila bertembung, hanya jelingan tajam yang dia dapat.

Taehyung tahu Himi masih marah.

Tapi dia tidak pasti puncanya. Adakah kerana kejadian yang hampir meragut nyawa mereka atau sebab kes ciuman itu.

Taehyung buntu.

Hatinya tidak tenang selagi si gadis memilih untuk mendiamkan diri. Dia lebih rela Himi memakinya dari menghadap silent treatment begini.

Dia rindukan gadis itu yang dulu.

"Himi ..." Taehyung mengambil langkah berani dengan memeluk tubuh Himi dari belakang ketika gadis itu sedang membasuh pinggan.

Mereka baru sahaja selesai makan malam. Itupun hanya kesunyian yang hadir sepanjang mereka makan.

Himi terkaku apabila sepasang tangan kekar memeluk erat pinggangnya.

Bau maskulin milik Taehyung dapat dia hidu menandakan jarak tubuh mereka amat dekat.

"Lepas lah!" tegas Himi.

Dia ingin menepis tangan Taehyung namun tidak boleh kerana tangannya sendiri penuh dengan buih sabun.

Taehyung tidak peduli dengan amaran Himi. Dia makin mengeratkan pelukan.

"Aku rindukan kau yang dulu. Kenapa kau abaikan aku seolah aku tak wujud? Hati aku sakit tahu tak. Sakit rindukan kau. Makilah aku , pukul lah aku. Aku lebih rela kau buat semua tu dari kau seksa hati aku macam ni." Luah Taehyung.

Wajahnya disembamkan pada bahu Himi. Dia menghidu bauan manis pada tubuh si gadis.

Rindu!

"Lepaslah bodoh. Apa kau buat ni! Sebelum aku buat kau mandul baik kau berambus sekarang! Eeee lepaslah!!!" Himi meronta.

Cepat cepat dia bilas tangan dari buih sabun

Namun pergerakannya terhenti apabila Taehyung tiba tiba memusingkan badannya. Bahu gadis itu dicengkam kuat.

"Bagitahu aku, apa yang tak kena? Kenapa kau buat aku macam ni? Kalau kau masih marah pasal kejadian tu, aku betul betul minta maaf. Sebab aku , kau dan Areum kena marah dengan maktab. Dan sebab aku jugak Jungkook cedera. Aku minta maaf. " tutur Taehyung.

Gara gara rancangannya , Himi dan Areum dimarahi teruk oleh orang atasan mereka.

"Himi..tolong lah jangan diam macam ni. Tolong cakap sesuatu." rayu Taehyung.

Dia tidak betah apabila Himi diam.

"Lepas lah Taehyung! " gadis itu cuba melepaskan diri darinya.

"Tak! Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak cakap apa salah aku! "

"Lelaki tak guna! Menyusahkan!" Himi mula hilang sabar.

Entah apa yang merasuknya Himi mula memukul dada Taehyung apabila lelaki itu masih berdegil. Dia benci keadaan seperti itu.

Seminggu dia cuba untuk lupakan apa yang berlaku antara mereka berdua.

Ciuman itu...

Ah! Jantungnya bagai mahu pecah setiap kali teringat. Dia benci setiap kali dirinya hampir jatuh apabila menatap sepasang mata redup itu.

Kisah silam Taehyung yang kejam merupakan salah satu sebab mengapa Himi bencikannya.

'Saranghae..'

Ucapan Taehyung pada malam itu masih terngiang di telinga.

Himi tidak mahu terperangkap dengan perasaan yang mampu melemahkan dirinya. Dia tidak mahu menjadi salah seorang dari mangsa lelaki itu.

Dan tiba tiba..

Cup!

Mata Himi terbeliak apabila bibir basahnya telah terbenam pada bibir lelaki itu. Himi pantas menolak Taehyung menjauinya.

Pang!!!

"Lelaki tak guna!! Siapa bagi kebenaran untuk kau sentuh aku ha?! Kau ingat aku ni perempuan murah macam mangsa kau ke?! Bodoh! Jangan dekat dengan aku! Aku bencikan kau! " Himi menatap wajah Taehyung dengan mata berkaca.

Dia marah dan kecewa dengan lelaki itu yang sewenangnya menyentuh tanpa izin.

"Sebabkan kau misi aku hampir gagal! Kalau jadi apa apa pada korang berdua malam tu, apa yang aku nak jawap pada koperal? Kau ada fikir? Ada? Tak! Kau tak pernah fikirkan orang lain sebab kau tu selfish." hambur Himi dengan geram.

"Kalau kau nak mati sangat,kau bagitau aku. Aku boleh tunaikan permintaan kau. Pistol atau panah? Pilih yang mana satu kau nak. Asalkan jangan menyusahkan kerja kami."

"Aku minta maaf" kata Taehyung perlahan.

"Pegi mampos dengan maaf kau. Kau buat aku makin bencikan kau. Lelaki tak guna!" Himi terus beredar dari dapur.

Taehyung memegang pipinya yang kebas akibat ditampar. Hatinya hancur dengan luahkan gadis itu.

Ya.Aku tahu aku memang lelaki tak guna. Aku pentingkan diri.

Walaupun aku berniat baik , kau tetap akan pandang aku serupa aku pendosa tanpa noktah. Aku ubah diri aku untuk kau. Sebab aku cintakan kau dan aku nak kau tahu yang aku menyesal dengan masa silam aku.

Dan sekarang aku terperangkap dengan perasaan ini. Ia hadir tanpa aku pinta.

Im sorry but I love you,
Park Himi.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now