Flower Tattoo

1.7K 173 3
                                    

Semalaman Taehyung tidak dapat tidur lena kerana memikirkan gadis mengandung itu.

"Haih..mustahil." Taehyung mengeluh.

"Himi tak mungkin hidup. Aku sendiri nampak mayat dia. Lagipun, ujian DNA dah buktikan itu memang Himi. Tapi tanda kat kaki dia.." Taehyung memejamkan mata apabila penat berfikir.

Tatoo bercorak bunga pada kaki gadis mengandung itu serupa dengan milik Himi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tatoo bercorak bunga pada kaki gadis mengandung itu serupa dengan milik Himi.


"Wah! Cantiknya corak kat kaki kau.."
puji Taehyung apabila melihat kaki gadis itu.

"Mana? Tatoo bunga ni ke?"

"Haah. Aku nak buat jugaklah. Barulah sweet couple kan. Hehe."

"Eh! Mana boleh. Hanya perisik Brisden je yang boleh dapat tatoo corak ni tau. Kalau kau mintak kedai buat pun , dorang tak boleh. Sebab nanti kena saman." Himi mencegah.

"Ha? Seriuslah.Alah..baru nak buat."

Taehyung teringat kembali perbualannya dengan Himi dulu. Seperti yang Himi kata hanya perisik Brisden sahaja yang boleh dapat tatoo itu.

Tak silapnya, Areum juga mempunyai corak tatoo yang sama dan terletak di bahagian bahu.

Dahi Taehyung berkerut memikirkan perkara itu. Hanya ada satu cara sahaja untuk tahu kebenarannya.

Dengan pantas Taehyung capai telefon lalu nombor seseorang didail.

"Hello, Jungkook. Boleh tak kau email kan semua gambar bahagian mayat mendiang Himi? Aku ada perkara penting nak buat. Ouh satu lagi, yang paling penting gambar bahagian kaki."

"Eo? Okay nanti aku emailkan." balas Jungkook ditalian.

Taehyung terus matikan panggilan setelah urusannya selesai.

"Apa yang kau rancang sebenarnya Himi?Dan kalau betul  kau masih hidup, aku akan pastikan aku dapat kau tak kira apa cara sekali pun." Bisik Taehyung sendirian.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now