JJK turns 23💜

1.8K 188 0
                                    

"Jungkook! Tolong!!!!!"

Dahi Jungkook berkerut apabila tidurnya terganggu oleh jeritan itu.

Jam menunjukkan angka 1.20 am.

Jungkook tidak hiraukan. Dia sambung tidurnya yang tergendala. Dia mengantuk dan penat akibat aktiviti berkebun siang tadi.

"Yah pabo! Bangunlah!! Tolong!!!! Jungkook tolong!!"

Jeritan itu bergema kembali. Jungkook buka matanya dengan malas. Otaknya mula memproses.

"Areum!"

Terus segar mata Jungkook apabila suara jeritan itu milik Areum. Dengan pantas dia berlari laju keluar dari bilik.

Suasana ruang tamu gelap gelita menambahkan debaran pada lelaki itu.

Dia mula cemas.

Sudahlah Taehyung dengan Himi tiada di rumah kerana mereka keluar untuk menguruskan sesuatu.

"Areum, mana kau?!" Jungkook menjerit kecil sambil tangannya meraba dinding.

Keadaan yang gelap menyukarkan pergerakannya.

"Ahhh!!!!" jeritan Areum bergema di ruang dapur.

Tanpa berlengah Jungkook terus berlari ke arah suara gadis itu.

Pap!

Tiba tiba lampu terbuka. Keadaan menjadi terang benderang.

"Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to Jeon Jungkook
Happy birthday to you"

Jungkook kaku berdiri. Dia terkejut.

Wajah insan insan yang bernyanyi gembira dihadapnnya dipandang satu persatu.

"Happy birthday crybaby, cepat tiup lilin. Jangan lupa wish." ujar Areum yang tersenyum sambil memegang kek di tangan.

Seperti yang diarahkan, Jungkook menutup mata perlahan untuk membuat hajat. Selepas itu, lilin dia tiup.

Wajah innocent yang dipamerkan Areum dia pandang lama.

"Pabo!" Jungkook luku kepala Areum.

"Yah! Sakitlah." Areum mencebik. Kepalanya yang sakit digosok.

"Kau buat aku risau tau tak! Aku ingat ada perkara buruk terjadi." Jungkook terus memeluk erat tubuh Areum.

Gadis itu hanya diam. Perlahan-lahan Areum menepuk belakang Jungkook.

"Hey..relax la. Itu cuma prank je untuk suprise kan awak" ujar Areum.

"Happy birthday Jungkook. Aku doakan semoga kau bahagia selalu." ucap Taehyung.

Jungkook melepaskan pelukan pada Areum. Tubuh Taehyung pula dia peluk.

"Thanks hyung. Aku hargai sangat. Aku sendiri pun lupa birthday aku. Hahaha." Jungkook ketawa ceria.

"Happy birthday." ucap Himi.

"Terima kasih." balas Jungkook.

"Eh dah lah tu korang. Jom kita makan!!!" Areum bersuara riang.

Buat pertama kalinya, meja makan itu riuh rendah dengan gelak ketawa setelah lama menyepi kerana konflik yang melanda.

Semua masalah ditolak tepi. Mereka menikmati saat bermakna itu dengan gembira.



💕💕1 SEPTEMBER 2019💕💕💕HAPPY BIRTHDAY TO OUR PRECIOUS GOLDEN MAKNAE!JEON JUNGKOOK

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

💕💕1 SEPTEMBER 2019💕💕💕
HAPPY BIRTHDAY TO OUR PRECIOUS GOLDEN MAKNAE!
JEON JUNGKOOK.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now