Lovebite.

1.9K 176 5
                                    

Park Himi pov

Aku lap rambut yang masih basah sambil berjalan keluar dari tandas.

Segar rasanya lepas mandi. Tali bathrobe yang longgar aku ikat semula. Biar kemas.

Aku mengerling sekilas pada jam di atas meja. Jarum jam menunjukkan angka 2 pagi.

Sebenarnya aku baru balik dari maktab. Seharian jugaklah duduk kat sana disebabkan kes Jungkook haritu.

Jungkook dah ceritakan semuanya pada aku dan yang paling aku terkejut ialah benda yang ditanam tu adalah bom buatan tangan.

Walaupun saiznya sederhana, dan jika ia meletup mungkin tidak menghasilkam letupan besar tapi dapat mencederakan sesiapa yang berdekatan dengannya.

Telefon yang berdering mematikan lamunanku.

'Koperal Lee is calling...'


Tanpa berlengah aku terus menjawab.

Aku letak fon di antara telinga dan bahu sementara dua tangan aku mula berkerja menyapu losyen di badan.

"Ya koperal, ada apa apa maklumat ke pasal bom tu?" soal ku.

"Betul seperti yang kamu sangkakan. Bom tu buatan tangan. Pihak Brisden sedang cuba dapatkan bekas jari pada bom tu. Tapi akan ambil masa sikit."

"Ouh begitu, saya harap proses tu akan cepat cuma satu yang saya fikir. Macam mana orang tu boleh tahu kedudukan rumah ni? Sedangkan lokasi ni rahsia dan  hanya kakitangan Brisden sahaja yang tahu." kata aku.

"Huh." koperal Lee mengeluh di talian.

"Himi, saya tak sedap hati kebelakangan ni. Saya rasa ada seseorang di kalangan kita bersubahat dengan musuh." kata kata Koperal Lee membuatkan aku tersentak

"Maksud koperal, ada pengkhianat di kalangan kita?"

"Ya. Saya nak awak lebih berhati hati. Jangan bertindak selagi tiada arahan dari Brisden."

"Baik. Saya-" kata kata aku terhenti apabila sepasang tangan memeluk pinggangku dari belakang.

Taehyung tersenyum manis sambil memandang aku pada pantulan cermin. Bibirnya mula mencium telinga dan pipiku sebelum beralih ke leher.

"Hmm wangi.." Kata Taehyung.

Pantas mulut Taehyung aku tekup.

"Himi? Kamu okay ke tu?" soal Koperal Lee di talian.

"Err..haa okay okay. Koperal saya letak dulu ya. Anyeong." terus talian aku matikan.

Wajah Taehyung yang tersengih aku tatap geram.

"Masa bila kau masuk?"

"Tadi. Kau bukan perasan pun. Duk sibuk bergayut dengan koperal kau. Dah macam orang bercinta pulak." Taehyung mencebik.

"Aik..jeles eh?"

"Takde maknanya aku nak jeles dengan orang tua tu. Buang masa je." kata Taehyung. Dia kembali menyembamkan muka pada leher aku.

"Hey..hey. Stob it. Dah lewat ni. Aku penat aku nak tidur. Kau kenapa tak tidur lagi?" aku tolak badan Taehyung lalu bangun ke almari.

"Macam mana aku nak tidur kalau kesayangan aku takde."

"Gedik."




___



No one pov

Sedang Himi leka mencari pijamanya, Taehyung bergerak ke arah gadis itu.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora