Change into girl💃

1.9K 190 23
                                    

Jungkook pov

Bau makanan yang masuk ke rongga hidung membuatkan aku keluar dari bilik.

Perut aku dari tadi melalak je kerja. Lagipun, seharian aku duduk dalam bilik layan komik.

"Wahhhh....sedapnya." aku terliur melihat pelbagai hidangan di atas meja.

" aku terliur melihat pelbagai hidangan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eo? Jungkook. Baru ingat nak panggil awak tadi. Haa duduklah." kata Areum.

Aku lihat dia sedang membancuh air. Aku bantu dia dengan menyusun empat biji cawan di atas meja.

"Eh, susun dua cawan je Jungkook. Malam ni kita dinner berdua je." Areum pantas mencelah.

"Aik,kenapa berdua? Mana Tae dengan Himi?" Aku letak balik cawan yang lebih.

Kerusi aku tarik dan duduk. Dah bersedia untuk makan.

"Alah..apa lagi kalau bukan keluar date. Faham faham jela pasangan bahagia ni." balas Areum sambil dia sibuk menuang air dalam cawanku.

Aku menganguk sahaja.

"Tak bahaya ke diaorang keluar?" soal aku.

Iyalah, selalunya bukan main payah lagi aku dan Teahyung nak tengok dunia luar. Bahaya katanya.

Tapi ini boleh pulak, siap date lagi tu.

"Awak tak perlu risaulah. Selagi Park Himi ada dengan si Tae tu. Takkan ada benda buruk jadi. Lain lah macam haritu, awak berdua keluar senyap senyap." Areum sempat memerli di hujung ayat.

Aku yang sedang enak mengunyah telur gulung terus tersedak. Dengan rakus aku mencapai air.

"Ish! Jangan lah cakap pasal kejadian tu lagi. Aku fobia tau." aku mencebik.

Yelah sapa tak fobia weh. Aku hampir mati kena kejar dengan tah sapa sapa. Kalau kejar biasa takpe lah jugak, ini kejar siap bawak pistol lagi. Nak bunuh aku pulak tu!

Huh tak guna.

Nasib baik dia dapat tembak betis je. Kalau tidak, memang byebye laa.

"Ha Jungkook, saya lupa nak bagitau. Saya rasa saya tak dapat nak ajar awak lah esok, ada hal."

"Bwo? Alah, tapi kau dah janji nak ajar aku menembak." aku mula rasa nak merajuk.

"Kalau nak belajar cara menembak tak semestinya dengan saya je. Awak boleh belajar dengan Himi. Dia tu master tau bab bab macam ni. Takpun kalau awak segan, belajarlah dengan Taehyung. Dia pun makin mahir saya tengok." balas Areum selamba sambil makan.

"Tak nak! Aku tak nak dengan sesiapa. Aku nak dengan kau jugak!" aku mula membentak.

Tak puas hati. Haritu dah janji dah nak ajar esok. Alih alih ada hal pulak. Ni rasa nak marah ni.

"Jangan childish Jungkook. Awak bukan budak kecik lagi."

"Sukahatilah. Aku tengah geram ni."

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now