Missing you..

1.8K 172 9
                                    

6 bulan kemudian.

Taehyung menatap sayu kubur gadis yang  masih dicintainya sehingga ke hari ini. Bunga ros merah diletakkan perlahan bersebelahan gambar gadis itu yang tersenyum ceria.

Taehyung seluk poket kemejanya lalu sekeping gambar polaroid dikeluarkan.

Dia mengukir senyuman tawar sambil menatap gambar kenangan mereka bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia mengukir senyuman tawar sambil menatap gambar kenangan mereka bersama.

Kini, sudah 6 bulan pemergian gadis itu. Hati Taehyung sarat dengan perasaan rindu yang makin membuak.

"Himi, maaf sebab dua hari tak dapat melawat kau. Aku agak sibuk kebelakangan ni." Taehyung merenung lembut gambar mereka berdua.

Sungguh hatinya sarat dengan bermacam rasa. Selama 6 bulan ini, tidak pernah sehari pun Taehyung terlepas melawat kubur gadis itu.

Permukaan tanah disentuh perlahan sambil membayangkan dia mengusap wajah Himi

"Sayang, aku rindukan kau. Aku minta maaf dengan sikap aku selama ni. Aku minta maaf sebab aku terlalu menangkan ego dan sakitkan hati kau." air mata Taehyung menitis juga.

"Sekiranya tuhan bagi peluang terakhir untuk kita bersama. Aku janji, aku akan buat kau bahagia sayang. Aku tak minta banyak, sehari pun cukup lah. Himi tolong aku..hati aku sakit sayang, sakit sangat." Taehyung teresak.

Sehingga sekarang Taehyung masih belum dapat menerima kenyataan yang Park Himi sudah tiada.

Sewaktu forensik menjumpai mayat Himi, dia meraung teruk. Dia tidak mampu menerima pemergian gadis itu.

Malah dia juga hampir bunuh diri akibat kekecewaan yang melampau. Namun, mujurlah ada Jungkook dan Areum yang tidak berhenti menyokongnya.

"Sayang, tunggu aku kat sana ya? Kau jangan berani minta aku cari pengganti kau sebab takkan ada perempuan lain yang boleh gantikan tempat kau dalam hati aku." Taehyung usap air mata di pipi.

"Okaylah sayang. Aku dah lewat. Petang ni aku kena bertolak ke Pulau Jeju sebab ada meeting dekat sana. Kau doakan aku ya? Anyeong chagiya." Taehyung tersenyum nipis sebelum melangkah pergi.





___





"Ouch! Aduh ! Janganlah tendang kuat sangat, sayang. Omma nak berlatih ni." bebel gadis itu sendirian.

Busur panah di tangan diletak semula ke atas meja. Perutnya yang sudah membesar itu diusap sayang.

Kandungannya semakin hari semakin aktif dan sihat.

"Haih, makin lama makin lasaknya sayang omma ni. Aigoo, ini kalau dah keluar nanti peninglah kepala omma nak kawal." gadis itu ketawa kecil apabila merasakan tendangan pada perutnya.

"Himi ah..."

Suara itu menyebabkan dia  menoleh. Senyumannya mula mekar bila mata mereka bertemu.

"Ahjumma Min! Awalnya ahjumma datang, selalunya petang baru sampai." kata Himi.

Dia bergerak perlahan lalu duduk di bangku bersebelahan Ahjumma Min.

"Hari ni ahjumma malas nak berlama di laut. Lagipun, cuaca tak berapa baik. Itu yang awal ahjumma sampai. Nah, ini barang yang kamu minta." Ahjumma Min menghulurkan sebuah bekas yang berisi abalone.

"Wah! Gomawo! Nah, duitnya." Himi memberikan sejumlah wang.

Selepas berborak , Ahjumma Min meminta diri untuk pulang.

Himi terus membawa bekas berisi abalone  ke dapur.

Sekiranya dia mengidam makanan laut, Ahjumma Min lah yang akan menghantar pesanannya. Tambahan pula, wanita itu menguruskan perniagaan makanan laut dan Himi merupakan salah seorang pelanggan tetapnya.

"Yeay! Akhirnya, kita dapat juga makan abalone! Dah lama kita tunggu! Uwu! Tak sabarnyaa.." Himi menjerit suka.

Dia mula sediakan bahan masakan.

Sejak Himi disahkan berbadan dua, sikapnya terus berubah. Kini, dia lebih manja dan kadang kadang bersikap childish.

"Orait! Nampaknya, minyak dah panas!" dan sejurus itu, gadis ini mula sibuk memasak.

Setelah hampir 20 minit bertungkus lumus, akhirnya hidangan abalone siap lalu Himi terus hidangkan di atas meja.

Setelah hampir 20 minit bertungkus lumus, akhirnya hidangan abalone siap lalu Himi terus hidangkan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wahh, daebak! Sedapnya!" Himi memejam mata sambil mengunyah dengan penuh nikmat.

Tiba tiba perutnya ditendang .

"Ouch! Relax lah baby, omma tahu lah baby lapar. Sabar okay? Bagilah omma rasa dulu." Himi mengusap lembut perutnya bagai memujuk si anak yang protes.

"Hmm sayang, omma rasa esok omma nak pergi pantai lah. Dah lama kita tak jalan jalan kan?" kata Himi sendirian.

Okay deal!

Dia sudah ada rancangan untuk aktivitnya esok. Mereka berdua akan mengisi masa lapang dengan beriadah di pantai. .

Sedar tak sedar, sudah hampir 6 bulan Himi menetap di pulau ini. Sebuah perkampungan kecil  yang cantik dengan penduduk yang ramah.

Makin lama, Himi makin jatuh hati pada Pulau Jeju ini.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now