Crush in silent

1.7K 169 0
                                    

Dahi Himi berkerut apabila melihat sehelai kertas merah jambu tergantung kemas di salah satu ranting pada pokok besar yang pernah dia cuba alihkan.

Dahi Himi berkerut apabila melihat sehelai kertas merah jambu tergantung kemas di salah satu ranting pada pokok besar yang pernah dia cuba alihkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pokok itu dikenali sebagai Manzanita tree. Itu pun Himi dapat tahu setelah
puas dia mencari maklumat tentang pokok pelik itu di internet.

Himi mendekati pokok itu lalu kertas yang tergantung diambil.

Mata Himi mula membaca kandungan dalamnya.

                
You are my sunshine.

My heart and my love.
I love you so much baby.
Park Himi❤


Masuk kali ini, sudah tiga hari dia mendapat nota luahan perasaan sebegini.
Nota itu pula hanya muncul waktu pagi, menandakan si pelaku meletakkannya pada waktu malam semasa dia nyenyak tidur.

"Siapa kau ni eh? Tak habis habis nak bagi ayat cheesy macam ni. Masa bila ntah aku jadi sunshine kau. Yuks! please lah. Lagi bagus kau ambil balik pokok pelik kau ni pastu berambus. Buat semak hidup aku je."  dengan selamba kertas tadi dironyok lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Tak kuasa dia melayan perkara seperti itu. Banyak lagi kerja penting yang boleh dia buat.

Himi menghirup udara segar pada pagi hari. Pandangannya jatuh pada kawasan sekeliling rumah yang dipenuhi pokok pokok renek.

Rumahnya terletak di atas bukit dan terasing dari rumah kejiranan yang lain. Himi lebih suka begitu. Lebih privasi.

"Baby...omma macam mengidam nak makan seafood lagi lah. Hmm, apa kata kita order kat Ahjumma Min, nak tak? Okay. Kalau macam tu sekarang juga kita order ya." Himi melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Telefon bimbitnya yang masih bercas di capai. Nombor Ahjumma Min didail.

"Anyeong Ahjumma. Himi ni." sapa gadis itu dengan ceria.

"Ahh..Ahjumma boleh tak kalau Himi order seafood lagi? Kali ni Himi rasa nak makan kerang lah. Ada tak kat kedai ahjumma?"

"Ha? Ada. Wahh nasib baik ada. Kalau macam tu Himi nak sekilo. Nanti macam biasalah ahjumma, hantarkan ke sini ya. Dalam petang macam tu."

"Okay ahjumma. Terima kasih.." setelah selesai. Panggilan terus dimatikan.

"Ahh...tak sabarnya nak makan..." mata Himi sudah terpejam membayangkan keenakan seafood yang bakal dia makan nanti.

"Sayang, omma sebenarnya nak berlatih memanah tapi rasa macam tak bolehlah. Pinggang rasa lenguh sangat. Nak urut tak sampai pulak. Hmmm nak buat apa ya hari ni.." Himi mengusap perutnya perlahan sambil berfikir.

"Ha! Apa kata kita tanam pokok nak tak sayang? Pokok yang lagi cantik dari pokok pelik tu. Huh dahlah takde daun. Hodoh betul." sempat Himi mengutuk fizikal pokok itu.

"Okay!Jom!" Himi melangkah  laju dengan perasaan teruja.

Namun tiba tiba kakinya tersadung dan dia mula hilang imbangan.

"Ahhhh!!!" Himi menjerit kecil.

Jantungnya berdetak laju. Nasib baik dia sempat menahan badannya pada bangku. Perutnya dipegang kemas. Bimbang apa apa terjadi pada si kecilnya.

Himi segera melabuhkan duduk di atas bangku dengan hati hati lalu gaun labuhnya diselak ke atas.

Himi mengeluh bila pergelangan kaki kanannya sudah memerah akibat terseliuh. Dan mungkin ia akan mula membengkak jika tidak dirawat segera.


"Aww sakitnya! Mianhae sayang. Omma cuai sangat. Nasib baik tak ada benda buruk jadi. Haih..nampaknya tak dapatlah kita menanam hari ni." Himi membelek kakinya yang sudah berdenyut sakit.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now