Truth Untold.

1.8K 172 2
                                    


"Himi ahh!!!" Areum menjerit kuat.

Dia berlari mendapatkan Himi yang  tercedera. Tangan gadis itu berdarah akibat terkena serpihan bom yang meletup.

"Himi , jangan tinggalkan aku!!! Jangan pergii!!!" Areum menangis teresak esak.

"Relaxlah, aku masih hidup lagi. Ouch! " balas Himi sambil mengerang sakit.

Areum memang drama queen.

Jungkook pantas membantu Himi untuk bangun. Taehyung juga ingin membantu gadis itu tapi awal lagi tangannya  ditepis kasar.

Pak! Pak! Pak!

Tepukan tangan seseorang mematikan langkah mereka. Mereka berpaling ke arah bunyi itu.

Seorang lelaki kelihatan sedang berjalan keluar dari semak sambil bertepuk tangan.

"Hyung??" Jungkook tergamam apabila lelaki itu adalah Oh Hyunsyik.

"Miss me?" Oh Hyunsyik senyum sinis.

Matanya memandang satu persatu wajah mereka berempat sebelum matanya jatuh pada wajah Taehyung dan Himi.

"Aww...your little puppy dah cedera. Ouch! mesti sakit kan kena bom tadi." kata Oh Hyunsyik sambil memandang tepat pada wajah Himi.

Gadis itu sedang merenungnya tajam serupa mahu tembus.

"Macam mana kau tahu tempat ni Hyunsyik? Mana kau menghilang selama ni?" soal Himi dengan marah

"Haih, banyak sangat soalan kau. Fine aku jawap satu satu ya. Aku tak menghilang ke mana pun sayang. Cuma aku menyorok sekejap sebab kau beria sangat cari aku. And lokasi ni? Huh..bukan susah pun nak dapatkan maklumat dari Brisden. Senang je." kata Oh Hyunsyik.

"Ah..mesti kau tertanya tanya siapa yang bagi aku semua maklumat sulit Brisden kan? So, izinkan aku untuk kenalkan kau pada seseorang. Lovely, you dah boleh keluar..." panggil Oh Hyunsyik kepada seseorang.

Dahi Himi dan Areum berkerut apabila susuk seseorang sedang berjalan keluar dari semak.

"Prof Lia??!!!" Areum menjerit kuat.

Himi sudah terkedu. Tidak menyangka orang yang mereka hormat selama ini merupakan seorang pengkhianat dalam diam.

"Ke..kenapa Prof tergamak buat semua ni? Kenapa?!!" Areum sudah hilang sabar.

"Sakan betul kau menyalak eh? Hmm, gaya kau mengingatkan aku pada seseorang. Ah! Kim Minso. Itu kawan baik korang berdua kan?" Prof Lia menyoal sinis.

"Apa maksud kau perempuan sial?!! Kau tak layak sebut tentang dia dengan mulut puaka kau!!" Himi mula hilang kawalan apabila nama Kim Minso dipetik.

"Tch. Himi, kau nak tahu sesuatu? Kau dengan Kim Minso memang tak ada beza. Dua dua menyusahkan aku! Memang patut pun aku bunuh dia sebab dah banyak kali dia kacau kerja aku!" kata Prof Lia.

Himi dan Areum tergamam. Tidak percaya dengan pengakuan perempuan itu.

Jadi selama ini, bukan Brisden yang bunuh Kim Minso tapi Prof Lia?

"Ke..kenapa.." Himi tidak mampu menghabiskan katanya. Hatinya mula sebak dengan kebenaran yang mula terbongkar.

"Kenapa aku bunuh dia? Itu yang kau nak tanya? Tch, sebab dia banyak tahu rahsia aku. Dia dah tahu yang aku nak rampas semua harta keluarga Kim termasuk agensi Brisden. Aku tak sangka dalam diam dia siasat pasal aku dan dia dapat tahu rancangan aku selama ni. Jadi aku ugut dia supaya dia keluar dari Brisden dengan aman atau nyawa korang berdua jadi gantinya."

Himi dan Arum berpandangan sesama sendiri.

Jadi, ini lah puncanya mengapa Kim Minsoo tiba tiba  berubah dan mahu menarik diri dari Brisden  tanpa menceritakan perkara sebenar pada mereka.

"Tapi kenapa kau bunuh dia? Kim Minso dah kotakan janji dia pada kau. Dia dah tarik diri dari Brisden walaupun Brisden tak bagi. Kenapa kau bunuh dia?" soal Himi dengan air mata berlinangan.

"Sebab dia dah bocorkan rahsia aku pada Pengarah Kim. Pihak atasan dah dapat tahu tentang Kim Yora yang jadi dalang selama ni. Lepas itu, Pengarah Kim pulak minta kau untuk awasi perempuan lembab tu. Ahhh!! Lagi serabut plan aku bila kau bunuh Kim Yora.  Dia satu satunya harapan aku untuk jayakan misi ni." Prof Lia mula mengusutkan rambutnya.

Oh Hyunsyik hanya diam membiarkan perempuan itu selesaikan urusannya. Lagipun dia tiada urusan dengan Himi dan Areum. Targetnya adalah Jungkook dan Taehyung.

Taehyung terkedu apabila nama ibu tirinya disebut.

"Ouh Kim Taehyung..anak tiri Kim Yora. Am I right? Nampaknya kau tak tahu yang omma tiri kau tu sebenarnya pengkhianat. Dia tu perempuan ular yang gunakan keluarga kau demi harta. Hahahahhahaa dia yang bagi maklumat pada aku untuk bunuh bapak kau." Prof Lia memandang tepat wajah Taehyung.

Taehyung terkedu. Jadi apa yang Himi katanya semuanya benar.

"Sepatutnya Pengarah Kim dah mampus masa pesawat tu terhempas. Tapi sial betul! Kim Minsoo sempat halang rancangan aku. Jadi, memang patut pun dia mati." kata Prof Lia lagi.

Himi tidak dapat bersabar. Dia terus meluru ke arah Prof Lia lalu menumbuk wajah perempuan itu sekuat hati.

Melihatkan itu , Oh Hyunsyik terus mengacukan pistol pada Himi.

"Jangan!!" Taehyung menjerit lalu menyepak kuat tangan lelaki itu

Mereka mula bergelut.

"Kau dan Jungkook patut mati!!" Oh Hyunsyik menjerit lantang lalu menumbuk kuat muka Taehyung.

Taehyung lemah terbaring. Tenaganya sudah habis.

"Berhenti hyung!!" Jungkook menjerit apabila Oh Hyunsyik terus membelasah Taehyung yang makin lemah.

Areum dan Himi pula masih bergelut dengan Prof Lia. Ketiga perempuan itu bertarung hebat.

"Hyung berhenti!! Berhenti sebelum aku bunuh kau!!" Jungkook mengacukan pistol pada OH Hyunsyik yang hampir menikam Taehyung.

"Bwo? Kau nak bunuh aku? " Oh Hyunsyik bangun dari terus menindih Taehyung.

Dia berjalan mendekati Jungkook.

"Hentikan semua ni! Aku merayu!  Kalau kau nakkan harta, kau ambillah. Aku janji aku akan serahkan semua bahagian aku pada kau. Asalkan kau hentikan semua ni."

"Tak! Aku takkan berhenti. Aku tetap akan balas dendam pada Taehyung yang dah bunuh cinta hati aku!!" Oh Hyunsyik mula menjerit macam orang gila.

"Hyung tolonglah, hentikan semua ni. Junyeon mati bukan sebab Taehyung. Dia yang pilih untuk bunuh diri. Kau dah lupa ke?!!" Jungkook menjerit untuk menyedarkan Hyunsyik yang nampak serabut.

"Diam!! Dia mati sebab lelaki tu. Aku tak peduli. Aku tetap akan bunuh dia!!" Hyunsyik nekad.

Dia gengam kemas pisau ditangan lalu mengampiri Taehyung yang masih terbaring lemah.

"Matilah kau tak guna!!!!" pisau diangkat tinggi ingin menikam dada lelaki itu.

Bang!

Bang!

Bang!

Jungkook dengan terpaksa melepaskan tembakan. Akhirnya, Hyunsyik rebah ke tanah.

"Mianhaee hyung.." Jungkook terduduk lemah dengan linangan air mata yang mengalir laju.

"Arghh!!!" Jungkook menjerit dalam tangisan.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Kde žijí příběhy. Začni objevovat