Pololo love you💓

1.8K 188 35
                                    


"Aigoo..comelnya. Siapa ni? Adik ke?"

"Pewit..awek cun bhai. Amboii dia jeling pulak. Garangnya. I like.Grrr.."

"Hai nak no fon boleh? Awak cantik. Gegor tulang rusuk saya."

Dan banyak lagi teguran yang mereka terima sepanjang berjalan di pasar itu.

Kawasan perumahan mereka  berada di kawasan kampung. Jadi hanya di pasar itu sahaja sumber untuk mendapatkan barang barang basah.

"Anyeong ajumma Ahn." sapa Areum dengan ramah pada wanita tua itu.

"Aigo..dah lama tak nampak kamu Areum. Sibuk ke?" balas Ajumma Ahn.

Areum hanya tersenyum sambil mengangguk. Dia mula sibuk membelek sayuran di gerai wanita tua itu.

"Belakang kamu tu siapa? Cantik manis orangnya." tanya Ahjumma Ahn tiba tiba.

Jungkook terkedu.

Dengan kekok dia membalas senyuman wanita itu. Dia tidak menjawab.

Gila nak bukak mulut, nanti terkeluar suara jantan dia macam mana. Mahu terkejut orang tua tu nanti.

"Ouh ini. Nama dia Jeremy. Panggil Jery je. Dia ni adik sepupu saya. Maaflah ajumma sebab dia tak jawab soalan ahjumaa tadi. Dia ni golongan oku. Bisu." terang Areum selamba.

Jungkook mengetap gigi dengan geram.


"Kurang ajor kau Areum. Oku kau panggil aku. Eeee geramnya."

Jungkook sabarkan hati.

Tangan dia dah mula lenguh pegang semua plastik beg dari tadi. Si Areum pula makin lambatkan masa.

Ahjumma Ahn mengangguk faham.

Lama dia merenung wajah manis Jungkook. Hati tuanya terpaut pada wajah ayu itu.

"Ah..ahjumma saya nak beli bayam ni ya." suara Areum menyentak lamunan wanita itu.

Ahjuma Ahn menyambut sayur bayam yang  Areum pilih lalu dibungkus.

"Berapa ni ahjumma?"

Areum sudah membuka dompet mengeluarkan sejumlah wang namun ditolak lembut oleh wanita itu.

"Eh takpayah. Ahjumma Ahn belanja. Anggaplah ni sebagai salam pengenalan ahjumma dengan Jery."

"Terimakasih." Kata Areum.

Dia mengambil beg plastik berisi bayam dari Ahjumma Ahn namun tiba tiba tangannya dicuit wanita itu.

"Si Jery ni dah ada yang punya ke?" bisik Ahjumma Ahn.

Erk.

Areum terkedu. Dia toleh ke belakang memandang wajah Jungkook yang sudah terkulat kulat.

"Kalau masih belum, ahjumaa ingat nak kenenkan dengan anak ahjumaa. Si polo tu. Lagipun dah lama dia menyingle." sambung Ahjumma Ahn.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now