HappyFamily❤

2K 162 22
                                    


4 tahun kemudian

"Sayang! Sambut cepat!!" Jungkook menjerit cemas saat bulu tangkis dari pihak lawan hampir jatuh ke tanah.

Kelam kabut Areum cuba mengejar. Setelah hampir, dia terus memukul bulu tangkis itu.

"Tae! Dia datang arah awak!!" Himi pula menjerit saat bulu tangkis dari pukulan Areum terbang ke arah Taehyung.

Dengan cermat Taehyung memukul kembali dengan kuat.

SMASH!

"Yeayyy kita menang!" Himi dan Taehyung bersorak gembira apabila kemenangan di pihak mereka.

Jungkook dan Areum sudah mencebik. Tali yang mengikat kedua tangan mereka dipandang lama lalu Areum ikat semula tali yang hampir terbuka itu. Pasangan Taemi yang sedang berpeluk meraikan kemenangan dia  pandang dengan menyampah.

"Alaa sayang. Ini baru first round. Jangan lah sedih. Kita mesti boleh menang untuk round seterusnya." pujuk Jungkook. Tangan Areum digengam erat.

Mereka berempat meluangkan masa bersama di rumah Himi di Pulau Jeju sempena menyambut hari keluarga.

Aktiviti mereka pada petang ini adalah berlawan badminton secara berpasangan. Dengan syarat tangan pasangan harus diikat bersama. Bertujuan untuk menguji kerjasama dan tolak ansur pasangan semasa bermain.

"Appa, kenapa kita kalah?" suara kecil itu menyentak lamunan mereka berdua.

Serentak Areum dan Jungkook menoleh pada Jung Jungra, anak perempuan mereka yang sudah mencebik.

"Jungra janganlah sedih. Appa dan omma janji lepas ni kita akan menang!" kata Jungkook lalu mengusap lembut rambut anaknya.

"Oii JungReum. Dah ready belum? Aku dah tak sabar nak berlawan ni. Cepatlah! Aku dah boleh hidu bau bau kemenangan berpihak pada team Taemi." kata Taehyung dengan berlagak.

Himi disebelah sudah tersenyum sambil membetulkan topi anak lelaki mereka Kim Taehmin.

Jungkook jeling Taehyung dengan tajam.

"Berlagak betul. Jom sayang. Kita buktikan kehebatan Team JungReum. Biar si Taehyung tu berputih mata. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah." Jungkook tarik tangan Areum. Mereka sudah bersedia.

Pihak lawan juga sudah bersedia untuk bertarung pada pusingan seterusnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pihak lawan juga sudah bersedia untuk bertarung pada pusingan seterusnya. Maka perlawanan pun bermula. Riung suasana laman rumah dengan gelak ketawa dan sorakan dari anak anak mereka.

_________________________________________

Keputusan perlawanan adalah seri. Puas mereka kerahkan tenaga memberikan yang terbaik saat perlawanan.

Dan pada malam ini, keluarga kecil itu sedang berehat di laman rumah. Meja penuh dengan pelbagai makanan dan minuman.

"Hyung..nak lagi." Jungkook menghulurkan pinggan yang sudah kosong pada Taehyung yang sedang mengrill daging.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now