Jelousy

1.8K 169 1
                                    


Sinar matahari yang menerobos masuk ke dalam bilik mengganggu lena Taehyung.

"Ughh.." perlahan jejaka ini membuka mata. Dia bangun dari pembaringan.

Taehyung pegang kepala yang terasa pening. Keningnya berkerut apabila terasa kepalanya dibalut.

"Aku kat mana ni?" matanya meliar ke sekeliling bilik yang sangat asing.

Perlahan memori dia kemalangan  semalam menyapa fikiran. Terasa pelik dengan keadaan diri sendiri, Taehyung laju memandang badannya yang hanya berseluar pendek ketika itu.

Matanya membulat.

"Dah kenapa aku half naked ni? Mana baju aku? Ni rumah siapa pula? " kata Taehyung kehairanan.

Tanpa berlengah, dia mendekati almari di penjuru bilik lalu dibuka untuk mencari jika ada baju yang boleh dipakai.

"Haihh, semua baju perempuan. Eh, ada sweater. Ah hentam jelah. Sweater ni pun besar. Muat dengan aku." Taehyung terus menyarungkan sweater pink yang tergantung dalam almari.

Dia hanya memakai seluar pendek semalam memandang seluar itu paras lutut. Jadi, tiada masalah.

Bunyi kuali berlaga dari luar bilik menarik perhatiannya. Perlahan dia buka pintu lalu menjenguk ke luar.

Bau aroma masakan memasuki hidungnya yang mancung terletak. Dengan langkah perlahan dia melangkah mengikut arah bunyi itu sehinggalah kakinya berhenti betul betul di hadapan dapur.

Matanya jatuh pada seorang gadis yang sedang memasak. Gadis yang memakai gaun biru muda paras lutut itu berdiri membelakangi Taehyung dan dia masih tidak menyedari kehadiran Taehyung yang merenungnya dari tadi.

"Adoi!!"

Tiba tiba gadis itu menjerit kuat lalu mengibas tangannya yang terkena kuali panas.

Taehyung terkejut.

Dengan laju dia mendekati gadis itu. Tangan gadis itu ditarik untuk melihat kecederannya.

Namun sebaik sahaja gadis itu menoleh, Taehyung terus tergamam. Masa seolah terhenti bila pandangan mereka bertaut.

"Hi..Himi." mata Taehyung berkaca sebaik melihat gadis itu.

"Himi, ini kau ke sayang?" dia memandang Himi atas bawah lalu pipinya dicubit kuat untuk menyedarkan sekiranya dia bermimpi.

"Lepaslah!" Himi tarik semula tangannya dari pegangan Taehyung.

Dia terkejut dengan kehadiran lelaki itu di dapur.

Tiba tiba terasa tubuhnya dipeluk kuat. Himi tergamam apabila Taehyung  menyembamkan wajah pada lehernya.

"Aku macam tak percaya ini kau sayang. Aku rindukan kau sangat." kata lelaki itu dengan lirih.

Bau manis pada tubuh gadis itu dihidu. Taehyung senyum lebar. Gadisnya tidak pernah berubah, masih sama seperti dulu.

Himi kaku dalam pelukan Taehyung. Dia diam membisu tanpa membalas.

Taehyung melepaskan pelukan dengan senyuman gembira. Dalam hati, dia sangat bersyukur dengan takdir yang menemukan mereka semula.

Pandangan Taehyung jatuh pada perut gadis itu yang sudah besar. Perlahan, tangannya menyentuh lembut permukaan perut Himi.

"Anak appa..." mata Taehyung berkaca saat merasa pergerakan bayi mereka.

Hatinya sangat tersentuh. Dia mengusap perlahan perut gadis itu sambil tersenyum bahagia. Inilah satu satunya zuriat yang dia ada bersama gadis yang dia cintai.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now