Saranghae

2K 204 0
                                    


Taehyung tergamam. Jantungnya berdegup kuat. Perasaannya bercampur

Entah apa yang merasuknya,  perlahan   ciuman Himi dibalas. Bibir gadis itu dipagut lembut.

Tubuh Himi dia tarik lalu dia peluk erat.

Taehyung memejam rapat matanya lalu memdalamkan lagi ciuman mereka.

Dan tanpa sedar, satu perasaan halus mula menyentak tangkai hatinya dengan sentuhan panas gadis itu.

"Sial! Mana lelaki tu? Cari dia sampai dapat. Dia pakai baju putih. Cari dia!"

Kumpulan samseng tadi mula berpecah.

Mereka mengabaikan pasangan yang masih bercium.

Jaket kulit dan cap hitam yang dipakai Taehyung berjaya mengaburi mata mereka. Wajah Taehyung juga tidak dapat dilihat jelas kerana rambut Himi yang melindungi sisi wajah lelaki itu.

Ciuman dilepaskan setelah samseng tadi beredar. Himi dan Taehyung mencari nafas.

Wajah Himi memanas kerana malu. Dia menundukkan wajah. Tidak mahu bertentang mata dengan Taehyung. Entah kenapa jantungnya berentak laju.

Namun tiba tiba jari Taehyung menyentuh lembut dagunya. Meminta dia mengangkat muka.

Mata mereka bertaut. Renungan lembut Taehyung menambah debaran di hati. Satu perasaan asing mula berbisik lembut setiap kali melihat mata redup milik Taehyung.

Buat pertama kalinya Himi jadi tidak keruan.

Taehyung merenung lama wajah gadis itu. Muka Himi sudah merah. Gadis itu cuba melarikan mata mengelak dari memandangnya.

"Himi..." panggil Taehyung lembut.

"Terima kasih... "

Himi terkedu apabila tapak tangan Taehyung mengusap lembut pipinya.

"Saranghae." bisik Taehyung perlahan lalu tanpa amaran bibir gadis itu dia pagut dengan penuh perasaan.

Taehyung yakin dengan perasaannya kini. Dia cintakan gadis itu.

Himi terkedu. Otaknya gagal memproses. Hatinya berdebar dengan sentuhan Taehyung.

Bagaikan dipukau , Himi turut membalas ciuman lelaki itu dengan perasaan yang dia sendiri tidak pasti.





___




Jung Areum pov

Vromm Vromm

Bunyi enjin motorsikal di luar rumah mengejutkan aku yang sedang menyusun ubat di atas meja. Aku bingkas berdiri lalu bergerak ke pintu.

"Omo! Jungkook!" terkejut aku melihat Jungkook yang hampir rebah ke tanah selepas turun dari motorsikal.

Pantas tubuh lemah lelaki itu aku paut. Mata Jungkook terpejam. Dia bernafas perlahan.

"Jungkook bertahanlah.." aku mula cemas. Dengan cepat aku papah lelaki itu masuk.

"A..air." Jungkook bersuara perlahan.

Aku terus menghulurkan botol mineral pada Jungkook. Air diteguk rakus.

Aku bantu Jungkook untuk baring di atas katilnya. Gunting aku capai lalu seluar jeansnya aku gunting hingga paras betis. Aku sudah mengesan kecederaan lelaki itu dari mula lagi.

"Tahan sikit yaa, Jungkook."

Aku mula melakukan apa yang patut. Peluru sudah berjaya dikeluarkan. Luka di betis Jungkook aku rawat dengan teliti.

Muka Jungkook berkerut menahan sakit.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now