In Danger.

1.9K 199 3
                                    


"Tepi!! Tepi!! " Jungkook memberi amaran pada orang awam supaya mereka mengelak.

"Jungkook hati hati !! "

Taehyung menjerit apabila mereka hilang kawalan dan hampir merempuh sekumpulan manusia.

Jungkook pantas mengelak lalu menukar arah masuk ke satu lorong.

Street!!!!

Brek ditekan mengejut apabila dia hampir melanggar seekor kucing yang tiba tiba melintas.

Dushh!

Akibatnya, Jungkook hilang kawalan dan motosikal mereka jatuh terseret. Kedua dua mereka tergolek di atas jalan.

"Ahh appo." Taehyung merintih sakit.

Baju Taehyung sudah terkoyak akibat terseret dan sikunya berdarah.

Taehyung pandang motosikal Areum yang sudah tersadai tidak jauh dari mereka. Badan motosikal itu penuh kesan calar.

"Arghh!! " Jungkook memegang kakinya. Seluar jeans yang dipakai sudah basah dengan darah.

"Jungkook!"

Taehyung pantas menghampiri Jungkook yang masih terbaring sambil mengerang sakit.

"Kau okay?" soal Taehyung cemas.

"Sakit hyung. Kaki akuu.." Jungkook bersuara lemah.

Taehyung selak seluar Jungkook ke atas. Matanya membesar.

"Oh shit! Kaki kau kena tembak! Aishhhh...macam mana ni." Taehyung mula cemas.

Sudahlah dia tidak tahu lokasi mereka sekarang. Nak minta tolong pun tak boleh kerana tiada seorang pun manusia di lorong gelap itu selain mereka berdua.

"Woi!! "

Sergahan kuat dari belakang memeranjatkan Taehyung.

Taehyung mengecilkan mata untuk melihat beberapa orang lelaki yang sedang berjalan mendekati mereka.

Dia tergamam apabila menyedari mereka adalah sekumpulan samseng.

"Berani kau masuk kawasan aku! Tangkap dan pukul mereka sampai lunyai!" arah si ketua.

'Sial. Satu lagi masalah datang. Ah! aku tak ada pilihan.'

Taehyung pantas mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar. Kaki Jungkook dia ikat kuat untuk menghentikan pendarahan.

"Hyung..siapa dorang tu?" soal Jungkook perlahan.

Taehyung abaikan soalan Jungkook. Dia memapah Jungkook untuk berdiri. Dengan pantas , dia bantu lelaki itu naik ke atas motor.

"Hyung...jangan."

Jungkook memegang tangan Taehyung yang sedang memakaikan helmet padanya.

Mata redup milik Taehyung dia tatap lama. Dia menggeleng perlahan seolah tahu rancangan lelaki itu.

"Cepat Jungkook , berambus sekarang! Aku akan alihkan perhatian diaorang. Jangan risaukan aku. Pergi!!"

"Taknak!! Kook takkan tinggalkan hyung!" wajah Jungkook sudah basah dengan air mata.

"Pergi sekarang!!!" Taehyung menempik kasar.

Taehyung berlari laju meninggalkan tempat itu. Dia perlu mengalihkan perhatian mereka supaya Jungkook sempat lari.

"Woi!! Berhenti! Jangan lari!" kumpulan samseng tadi mengejar Taehyung.

Maafkan aku , hyung.

Dengan terpaksa. Jungkook terus memecut laju.

_________________________________________

Park Himi pov

Selepas membuka pintu, aku melangkah masuk ke dalam dengan lemah. Mungkin sebab tidak cukup rehat. Tidur pun beberapa jam sahaja.

Selama 2 hari aku bekerja di maktab.
Membantu Brisden mengesan jejak Oh Hyunsyik.

Namun hampa, lelaki itu bagai sudah lenyap dari bumi.

"Gelapnya. "

Aku menekan suis lampu. Beg galas aku letakkan di atas meja sambil kaki melangkah ke dapur.

Dahaga.

"Sunyi betul rumah. Mana semua orang." selepas meneguk segelas air. Aku bergerak ke bilik Areum.

Pintunya tidak berkunci memudahkan aku untuk masuk.

"Weh Areum. Awalnya kau tidur." bahunya aku tepuk perlahan.

Jam loceng milik Areum aku jeling sekilas. Baru pukul 9 malam.Biasanya Areum akan tidur pukul 10 atau 11.

Areum tidak memberi apa apa respon.

'Pelik. Selalunya kalau aku kacau
sekejap je dia bangun.'

Aku pusingkan tubuh Areum. Dia masih tidur. Pipinya aku tampar perlahan.

"Erghhh..Himi." perlahan Areum buka mata

"Kau okay ke tak? Sakit ke?"

"Aku mengantuk lah. Nak tidur. Janganlah kacau." tangan aku Areum
tepis.

"Okay okay. Tidurlah. Kau penat sangat ni. " aku bangun dari duduk.

Namun langkah aku terhenti apabila ada sehelai kertas terlekat pada cermin.


' Aku dengan Taehyung keluar sekejap. Nak melawat kubur Seokjin. Jangan risau, kami janji akan balik dengan selamat.'

-Jungkook

Terbeliak mata aku selepas membaca nota itu. Aku mula rasa tak sedap hati.

"Areum!! Bangun!! Bangun!!!" Aku tarik tangan Areum memaksa dia bangun

"Nak apa?" soal Areum.

"Bila last kau nampak Taehyung dengan Jungkook??! "

"Ha? Ouh itu, errrghh..." Areum mula berfikir

"Ah dah ingat! Last aku nampak diaorang pukul 3 petang tadi. Aku tengah siapkan laporan masa tu." jelas Areum.

Shit!

Sekarang dah pukul 9 malam. Jadi dah hampir 7 jam mereka keluar.

"Areum bangun! Taehyung dengan Jungkook tak balik lagi. Tolong detect lokasi semasa dorang berdua. Aku nak keluar. Kalau dah dapat maklumat terus inform pada aku. Aku gerak dulu." aku terus berlalu keluar dari bilik.

"Okay. Aku akan cari lokasi dorang ." Areum yang tadinya mengantuk terus segar.

Helmet dan kunci aku capai dengan tergesa gesa.


Lelaki menyusahkan!!

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now