Run Away

2.4K 262 5
                                    

Dush!!

Himi menendang lelaki bertopeng hitam itu dengan kuat sehingga pintu bilik yang menyambungkan bilik mereka pecah.

Lelaki itu terbaring.

Dia mengerang sambil memegang tangan kanan yang patah semasa bergelut.

Pistol yang tersisip kemas di pinggang ditarik keluar.

Semuanya terlalu pantas. Himi tidak sempat bertindak. Dia berdiri kaku apabila pistol tersebut sudah dihalakan tepat pada wajahnya.

Namun, tingkah si musuh terhenti apabila iris matanya melihat dua susuk manusia yang menjadi sasaran mereka berdiri kaku di sebelah tingkap.

Dia tersenyum sinis sambil merenung Taehyung dan Jungkook yang masih tergamam.

"Dekat sini kau sembunyikan mereka? Tch. Taktik yang lapuk sayang. " pantas pistol beralih arah.

Ditujukan tepat pada kedua lelaki itu.

Mata Himi membuntang.

Kakinya pantas menyepak tangan lelaki itu, pistol tadi terlepas dan tersasar di kaki Taehyung .

Kedua mereka bergelut. Himi menumbuk kuat wajah lelaki itu beberapa kali.

Dengan tenaga yang masi berbaki, lelaki itu sempat mencapai pisau yang berselit di kakinya tanpa Himi sedar.

"Hati - hati! " Taehyung menjerit cemas.

Zap!!!

"Argh!!"

Belum sempat Himi menoleh , tiba-tiba terasa bahu kanannya sakit.

Mata pisau tersebut telah terbenam di bahunya. Darah mengalir laju.

"Matilah kau perempuan tak guna! Kau dah banyak  musnahkan rancangan aku! Kali ni , Kim Taehyung dan Jeon Jungkook akan jadi hak aku ! Kau dah tewas! " jerit lelaki itu sambil menekan pisau itu ke dalam untuk menambah luka di bahu Himi.

Rambut panjang Himi ditarik ke belakang.

"Kau jangan bermimpi lah sial! " Himi mengigit bibir menahan sakit.

Himi cuba untuk melawan . Tapi sayangnya kesakitan itu makin mencengkam.

"Arghhhhhhh.."

Himi menahan perit apabila pisau itu ditarik keluar dari bahunya.  Kini, objek tajam itu dihalakan pada leher.

"Saat yang aku tunggu dah sampai, matilah kau perempuan tak guna! Bersaksikan mereka. Park Himi kesayangan Brisden akan jatuh di tangan aku. Hahaha."

Himi menatap lama wajah Taehyung dengan muka yang dingin apabila mata mereka bertaut. 

Jungkook di belakang Taehyung sudah mengigil ketakutan.

Sempat Himi menoleh ke kiri, melihat Areum yang sibuk membelasah lelaki yang terakhir di bilik sebelah.

"Park Himi!! " sedar akan keadaan itu, Areum pantas berlari untuk menyelamatkan rakannya.

Semua lelaki yang menyerang mereka tadi sudah tumpas dikerjakan.

"Ucap selamat tinggal pada kawan baik kau , Areum. Semoga korang berjumpa lagi di neraka . Hahaha. " Lelaki itu ketawa besar.

Pisau sudah diangkat menunggu masa untuk menamatkan riwayat Himi.

"Jangan!!! " Areum menjerit.

Jungkook jatuh terduduk lalu menutup telinga dan matanya. Tidak sanggup melihat.

√1 [C] Dangerous Wife | KTH & JJK [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now