Hajah Rohana ralit memerhatikan anak lelakinya yang sedang berselera menikmati makan malamnya. Suasana di meja makan sepi seperti biasa. Tiada seorangpun yang bersuara kerana begitulah kebiasaannya. Hajah Rohana menuntas pandang suaminya Haji Nasarudin yang berada di kepala meja. Juga sedang asyik menjamu selera dengan daging singgang kegemarannya. Hajah Rohana kembali memandang anak lelaki ke duanya itu.
“Sedap Fir?” soalnya memulakan. Firdaus mengangguk bersama mulut penuh.
“Sedap sangat umi. Hari-hari pun sedap. The best thing ever. Thanks.”
“Makan banyak-banyak ya? Sebab nanti bila dah kahwin,Fir tak dapat makan masakan umi setiap hari lagi dah.” sambut Hajah Rohana semula. Firdaus tersenyum.
“Tapi Dee tak pandai masak, apatah lagi nak masak sesedap umi. Fir rasa Fir tetap akan balik makan kat rumah juga even dah kahwin pun.” jawab Firdaus bersama senyumannya sebelum kembali makan. Wajah Hajah Rohana berubah. Keadaan menyepi seketika. Hajah Rohana pandang suaminya semula tetapi lelaki itu hanya menjeling padanya. Jelingan itu membawa makna bahawa suaminya tidak menyukai jawapan anak lelakinya itu. Hajah Rohana menuntas pandang pada anak lelaki sulungnya,tetapi lelaki itu hanya memandangnya tanpa sebarang reaksi di matanya. Begitu juga dengan menantunya.
“Fir boleh ke macam tu? Sampai bila nak makan airtangan umi saja?” soalnya menduga,juga mengharapkan jawapan yang lebih baik dari sebelumnya.
“Sampai bila-bila.” jawab Firdaus disusuli ketawa kecilnya. Hajah Rohana sedikit tersentak.
“Sampai bila?” soal Hajah Rohana kembali lebih serius. Firdaus pandang uminya. Ternyata wajah uminya telah bertukar menjadi serius. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
“Nanti Dee belajar masaklah umi. Slow-slow okey?” jawab Firdaus sedikit serius.
“But she is too slow. Dah 7 tahun Fir,dia masih tak berubah. She’s not ready for anything termasuklah untuk jadi isteri Fir.” sambut Hajah Rohana sedikit bertegas.
“Maksud umi?” soal Firdaus tidak mengerti.
“She learns nothing.” Firdaus sedikit tersentak dari dalam mendengar jawapan padu uminya.
“Dia tak pandai memasak dan tak nak belajar memasak, sedangkan dia tahu Fir suka makan di rumah. Sepatutnya sebagai orang yang sayangkan Fir,at least dia belajar masak makanan kegemaran Fir. Tapi umi tengok sama je walaupun dah bertahun bercinta. Tak ada perubahan. Tengoklah,dia makan kat kedai. Pakaian dia hantar dobi. Rumah dia,bibik yang kemaskan. Semuanya orang lain yang tolong buatkan untuk dia. So,Fir rasa dia boleh jadi isteri yang baik untuk Fir?” Sekali lagi ulasan tanpa dipinta dari uminya buat Firdaus tersentak. Dia memandang abangnya, namun lelaki itu hanya membisu. Malah tiada siapa yang memandangnya termasuklah Damia Hana anak saudara tunggalnya. Dia tahu tiada siapa yang akan memberi pendapat apatah lagi untuk membelanya saat ini.
“Apa maksud umi sebenarnya ni?” Sepi. Hajah Rohana menatap lama wajah Firdaus.
“Umi nak Fir kahwin dengan pilihan umi dan abi.” Serentak itu,abangnya terbatuk kecil. Seolah-olah dia sendiri juga terkejut dengan berita itu. Adik perempuannya pula tunduk sambil menggosok-gosok hidungnya. Nasi di pinggan digaul tanpa dimakan. Ternyata semua yang ada tidak sangka dengan apa yang Hajah Rohana ucapkan.
“What? Kahwin? Kahwin dengan siapa umi?” soal Firdaus tanpa mempedulikan sedakan kecil abangnya itu. Juga tidak mempedulikan pandangan mata kakak ipar dan adik perempuannya,kerana dia sendiri jauh lebih terkejut berbanding mereka semua.
“Dah cakap tadi kan?” jawab uminya seakan menyindir tetapi terselit ketegasan. Firdaus mendengus perlahan dan bersandar di kerusi. Nasi yang masih berbaki terbiar sahaja.
“Kenapa pula Fir nak kena kahwin dengan dia?” soal Firdaus kembali.
“Sebab kami yang nak Fir kahwin dengan dia.” jawab uminya selamba. Firdaus pandang abinya sebelum beralih kepada uminya.
“Apa ni umi? Umi dah tahu kan Fir ada Dee? Fir dah lama dengan Dee,tapi kenapa nak paksa Fir kahwin dengan perempuan lain pula?” soal Firdaus dengan nada tidak puas hati. Hajah Rohana mendekatkan tubuhnya ke meja dan memandang tepat ke mata Firdaus yang duduk berhadapan dengannya.
“Sebab Dee masih tak ready dan tidak akan pernah ready untuk jadi isteri Fir.” jawab Hajah Rohana terang dan jelas.
“Mana umi tahu dia tak ready?” Firdaus menyoal kembali dengan nada yang sama.
“Jadi Fir tahu dia dah ready?” uminya sedikit menyindir. Soalan itu buat Firdaus terdiam.
“Untuk jadi isteri Fir pun dia tak ready,apatah lagi untuk jadi ‘isteri’ kepada seisi family kita ni. Fir faham kan maksud umi?” soal Hajah Rohana tegas di hujungnya.
“Jadi perempuan tu dah ready untuk jadi isteri Fir? Untuk jadi ‘isteri’ seisi family kita ni?” balas Firdaus dengan sedikit nada sindiran,senada uminya tadi. Hajah Rohana memandang suaminya sesaat dua. Ternyata lelaki itu sedang memandang Firdaus.
“Yes,she is perfect.” jawabnya yakin.
“Umi pasti?” Hajah Rohana memandang tepat ke mata anaknya.
“Umi tak akan pertaruhkan hidup anak umi untuk perempuan yang tak ready untuk jadi isteri orang. She is more than ready.” jawabnya penuh yakin.
“Kenapa perkara ni tiba-tiba diungkitkan? Sedangkan selama ni umi dan abi tak pernah pertikaikan tentang perkara tu?” soal Firdaus sedikit mempersoalkan.
“Sebab umi rasa dah tiba masanya untuk menyedarkan Fir tentang semua tu. Umi nak Fir sedar yang Dee bukanlah calon yang layak untuk Fir jadikan isteri. Fir bukannya budak belasan tahun yang bercinta monyet. Fir dah cukup dewasa dan Fir ada matlamat dalam perhubungan Fir dengan Dee. Tapi tengoklah ke mana Dee dah bawa Fir selama ni? Dia hanyut dan bawa Fir hanyut bersama dengan dia. Never ending love story. Fir tak rasa itu merugikan? Atau Fir sendiri pun tak kesah? Umi rasa tak. Atau umi salah?” Persoalan yang diajukan membuatkan Firdaus terdiam. Firdaus tidak memandang sesiapa. Matanya hanya melekat di pinggannya. Fikirannya mencari jawapan yang pasti dan kebenarannya ada pada apa yang uminya sebutkan.
“Dee ada banyak kelemahan tetapi dia tidak pernah berusaha untuk memperbaiki kelemahan tu. Fir pun umi tengok macam tak kesah dan biarkan saja dia. Ikut saja apa yang dia cakap. Menangkan dia,bagi muka kat dia. Sampai bila nak jadi ‘kekasih’ yang macam tu? Itu belum kahwin. Kalau dah kahwin,siapa yang ikut telunjuk siapa nanti? Ke Fir nak dia yang jadi imam solat Fir?” sambung uminya lagi. Firdaus pandang uminya di hujungnya.
“Tapi Fir cintakan Dee. Fir sayang Dee umi,abi. Macam mana Fir nak kahwin dengan perempuan lain? Mana Fir nak campak Dee? Fir tak nak kahwin dengan perempuan tu.” balas Firdaus tanpa mempedulikan nasihat panjang lebar uminya tadi.
“Fir...”
“I said no! No means no umi. Full stop.” pintas Firdaus bertegas tanpa meninggikan suaranya.
“Firdaus..?” tiba-tiba abinya bersuara seakan memberi amaran.
“Tapi abi...”
“Yes,I’ve made the desicion.” pintas abinya tegas tanpa memandangnya.
“But I...”
“Yes means yes. Full stop.” Sekali lagi Haji Nasarudin memintas tetapi dengan nada yang jauh lebih tegas. Nada itu membuatkan Firdaus tunduk tanpa berani bersuara lagi. Nada itu juga membuatkan kesepian di meja makan lebih sepi dari sebelumnya. Tiada sesiapa lagi yang berani membuka mulut.
Tidak berani untuk meninggalkan meja makan, perlahan-lahan Firdaus menghabiskan sisa-sisa nasi di pinggannya,manakala abinya terus makan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Meski hati memberontak,Firdaus tetap di situ. Cuma mulutnya terkunci sehingga dia pulang sepuluh minit kemudian.
YOU ARE READING
MY 'RUDE' WIFE
RomanceSUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur mungkin menyintai,namun dia bersembunyi. Firdaus mungkin menyayangi,namun dia tidak menyedari. "Yelah,papa minta Melur kahwin dengan abang ta...