Bab 31

809 134 54
                                    

"Kami akan pergi sekarang, jaga diri dan hati-hati," ucapku sebelum memulakan langkah untuk keluar dari kota itu. Mereka semua kelihatan lebih sedih berbanding sebelumnya membuatkan aku serba salah untuk meninggalkan mereka.

"Jangan risau, saya ada tinggalkan klon saya untuk mengawasi awak semua jadi saya akan segera ke sini jika ada apa-apa yang berlaku. Lagipun, sekarang ni kita semua ada pengawal yang kuat kan?" soalku semula cuba menaikkan semangat mereka. Mereka hanya berdiam masih berat untuk melepaskan aku.

"Haih... Saya bukannya akan pergi selamanya, kamu pun tahu saya akan balik semula ke sini kan?" Ujarku sambil mengeluh berat melihat wajah tidak tenang mereka.

"Tapi... Tuan muda baru sahaja pulang dari mencari keluarga tuan muda dan sekarang tuan muda mahu pergi lagi. Malah klon tuan muda tu... Tak pernah cakap apa-apa seolah patung," ujar Angura dengan berat hati. Yang lain bersetuju dengan apa yang Angura katakan. Aku mengeluh sekali lagi rasa serba salah tapi aku perlu tolong mereka kerana mereka bukan dari tempat ini.

"Saya janji... Saya akan selesaikan perkara ni secepat mungkin," ujarku sambil tersenyum yakin dan mengharapkan mereka melepaskan aku.

"Hah... Nampaknya tuan muda betul-betul berkeras mahu pergi dan kami sememangnya tak dapat menghalang tuan muda. Baiklah, kami hanya mampu doakan tuan muda pulang dengan selamat," ujar Predat sambil mengerutkan kening.

"Kami akan jaga kota ini sebaiknya, Yang Perkasa," sambut ketua Kyuubi dengan penuh elegan.

"Selamat tinggal myu... Hati-hati myu," ucap pula ketua puak Myval yang sama tinggi denganku dalam bentuk manusia. Walaupun mereka dewasa, ketinggian mereka tetap kerdil.

Aku hanya tersengih lebar dan berlalu pergi sambil melambaikan tangan. Kemudian, aku bertukar kepada naga sambil ditunggang oleh Gohan, Miyu dan Sato di belakangku menampakkan seolah aku sememangnya naga yang dijinakkan mereka.

Setibanya di istana kota manusia, ramai yang menyorak seakan meraikan kemenangan hero mereka dan terkejut dengan kedatangan aku. Penjaga istana di situ pula memandangku sinis seakan aku berada di dalam kawalan Gohan. Erkk... Aku tak suka pandangan mereka, ikutkan hati mahu saja aku hembus api tapi aku perlu sabar. Semua ni perlu ikut rancangan.

"Sejahtera ke atas tuanku," ucap Gohan dan lain-lain serentak sambil melutut hormat. Mereka pun dipaksa ikut etika istana ke?

"Hmmm... Nampaknya kalian berjaya jinakkan dia tapi kenapa dia tidak menyembah beta?" soalnya sambil duduk menyilang kaki di takhtanya. Gohan memandangku sambil berpeluh dingin.

"Aku takkan menunduk pada sesiapa kecuali pada yang layak," ujarku sambil memberi amaran menandakan bahawa kononnya aku hanya milik pada Gohan dan bukannya pada raja.

"Biadap!!" ujar pahlawan istana sambil memegang hulu pedangnya bersedia untuk menyerangku namun raja menaikkan jarinya tanda berhenti.

"Jadi... Kamu mahu melawan beta?" soalnya membuatkan aku tersenyum senget.

"Ingat satu perkara Humana... Kau mungkin raja tapi kau bukan raja aku," ujarku sambil tersenyum sinis membuatkan yang lain mula berwaspada denganku.

"Nampaknya kamu perlu latih naga kamu ni lagi Gohan," ujar Raja itu dengan bongkak membuatkan Gohan berpeluh dingin.

"Ya, tuanku," balas Gohan hormat. Ada sesuatu yang tak kena di sini, tapi aku tak tahu apa. Aku cuma rasa tak sedap hati.

Keluar saja dari ruang takhta, aku hanya mengekori Gohan dari belakang melalui pekan. Tiba-tiba beberapa orang budak menghampiri Gohan dan memintanya untuk menyentuhku. Aku hanya membeku dan membiarkan apa kehendak mereka.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now