Bab 18

856 114 14
                                    

Melihat naga berwarna biru di belakangnya, membuatkan aku terkedu. Itu... Blizzard.

"Ini pekan! Pertarungan tak boleh berlaku di sini!" Ujar Tuck sambil berpeluh dingin. Sara memelukku dengan lebih erat.

"Haha... Lihatlah sekeliling, naga aku boleh bekukan masa dan masa ini... Cukup untuk tumpaskan kau semua," ujar lelaki itu. Kami terus melihat sekeliling. Suasana terbeku seakan berada di dalam ais. Air pun berhenti mengalir.

"Ini... Erg! Sara lari!" Jerit Ivy lalu mengeluarkan tongkat sihirnya bersedia untuk sebarang kemungkinan.

"Pengembara rank D mahu berlawan dengan Dragon Tamer rank B? Ahahhahahah, kau semua akan mati dengan teruk kalau tak bekerjasama. Lagipun aku tak bekukan kau semua untuk beri kau peluang. Jadi lebih baik kau berikan dengan cara yang baik atau... Kau takkan dapat jadi pengembara lagi," ujarnya lagi dengan sengihan besar. Aku mula menderam geram.

"R-Rain," kata Sara setelah melihatku menunjukkan taring. Aku terus melompat keluar dari pelukan Sara dan menghadap lelaki itu.

"Blizzard... Ini adik, Rain. Kau ingat lagi kan?" Soalku separa merayu. Hanya dia sahaja yang memahami apa yang aku kata. Dia membutangkan matanya dan melihatku dengan wajah tak percaya.

"Rain? Kau... Hidup lagi? Papa dan mama cari kau di merata tempat malah... Papa sanggup menyelam ke tasik terlarang tempat sage beradu untuk cari kau," kata Blizzard seakan tidak percaya. Aku terdiam, papa? Papa hidup lagi?

"Pa-papa masih hidup? Tapi kerangka tulang tu," ujarku menggeletar tidak percaya.

"Itu bukan papa tapi naga yang cuba merampas tempat kita dan cuba mencabar papa. Saiznya hampir sama dengan papa tapi papa pergi selamatkan kau sementara mama melindungi kami dari diserang penceroboh tu," kata Blizzard. Aku terkedu tidak percaya. Aku mahu menyoal dengan lebih lagi tapi kini malangnya masa tak sesuai.

"Ahhahaha... Tengok lah tu, serigala kecil kau lebih berani dari kau semua hahahah. Haih... Tapi bos aku nak dia dalam keadaan sempurna. Haaa... Bluey serang," arah lelaki itu dengan selamba membuatkan Blizzard mengerutkan dahinya.

"Nanti! Kami menyerah. Kau boleh ambil serigala tu," kata Tuck tiba-tiba.

"Tuck! Tapi..." Sara cuba membangkang namun dihalang Ivy.

"Ia cuma serigala Sara, tak ada benda yang lebih berharga dari nyawa kita sendiri. Ia memang malang tapi... Kita dah jadi pengembara rank D ia dah cukup kan? Kita tak sekuat mereka kita tak mampu tewaskan mereka," terang Ivy setuju dengan pendapat Tuck.

"Ta- tapi dia dah tolong kita memburu dan selesaikan misi..." Ujar Sara mula ingin menangis.

"Sara... Saya faham awak serba salah tapi awak dah sembuhkan dia dari kecederaan parah tu kan? Anggap saja kita dan dia tiada hutang lagi. Kita dah selamatkan nyawanya dan dia tolong kita selesaikan misi ia dah adil," balas Ivy memujuk. Sara terkedu walaupun dia mahu membangkang tiada lagi ayat yang mampu keluar dari mulutnya.

"Kami berikan serigala tu tapi lepaskan kami," ujar Tuck tegas. Mereka mengambil keputusan yang benar, aku pun tidak mahu mereka dalam bahaya disebabkan aku. Aku sepatutnya jadi serigala biasa tapi kalau bukan disebabkan ini aku takkan berjumpa dengan Blizzard.

"Rain... Abang minta maaf," ucap Blizzard kesal dengan apa yang bakal dilakukannya. 

"Tak apa, jangan risau buat sahaja," balasku. Aku mengambil kesempatan ini untuk menyiasat dalang dan ketua di sebalik kumpulan ini. Lelaki ini bukan seorang, aku menyedari ada lima orang lagi manusia yang sedang bersembunyi melihat keadaan seakan ia adalah satu pertubuhan rahsia.

Blizzard melepaskan tembakan aisnya kepadaku dan aku sengaja tidak mengelak. Serangan itu terkena tepat padaku dan aku berlakon seakan tidak sedarkan diri.

"Rain!!!" Sara mula resah namun dihalang Ivy.

"Ahh... Kau masih anggap serigala ni milik kau ke?" Soal lelaki itu sambil mendekatiku dan mengangkat leherku.

"Ti-tidak... Kami tak ada kena mengena dengannya lagi," balas Tuck dengan peluh dingin.

"Bagus, aku cuma nak ingatkan... Kalau kau laporkan perkara ni ke pihak atasan, kau tahu apa akan jadi pada kau kan?" Soal lelaki itu lagi dengan senyuman sinis. Tuck mengangguk faham.

Lelaki itu membalas lagi dengan senyuman lalu menunggang Blizzard dan kami bertiga pergi dari situ. Masa kembali berjalan sebaik sahaja kami meninggalkan tempat itu dan semua tidak menyedari apa yang baru berlaku. Mereka cuma rasa sejuk dan fikir mungkin ia kerana angin yang melalui mereka.

Sara menangis dan melutut di tengah jalan seakan tidak dapat menerima kenyataan yang pahit di mana haiwan peliharaan yang baru sahaja dikasihinya dirampas tanpa belas. Ivy dan Tuck tidak mampu berkata apa-apa, mereka hanya berdiam sehingga Sara mula bertenang dan menurut mereka untuk berehat di rumah tumpangan.

Sementara itu, aku dibawa ke satu tempat yang tidak dapat dikenal pasti. Tapi disebabkan aku mempunyai sesungut yang dapat mengesan magnetik aku boleh mengesan laluanku tanpa menggunakan mata. Kelebihan naga adalah walaupun jika ia buta, ia masih boleh menggunakan sesungutnya untuk mengesan lokasi mangsa dan hidupan lain serta lokasi kawasan persekitaran.

Di satu tempat aku diletakkan ke dalam sangkar dengan berhati-hati seakan aku terlalu berharga untuk dicederakan. Kemudian aku dapat mengesan aura seseorang yang agak kuat membuatkan aku membuka mata sedikit untuk mengintai lelaki misteri itu namun malangnya dia memakai topeng tapi aku akan ingat bau badannya.

"Hah! Aku tak sangka anak naga boleh menyamar dengan tepat begini," ujar lelaki itu membuatkan aku terkejut. Dia tahu aku adalah naga.

"Silap besarnya dia memasuki pekan, rasanya dia pernah dibela manusia sebab itu dia berani mendekati mereka," balas lelaki yang menangkapku tadi. Lelaki itu mendekatiku dan menarik belakang kepalaku memaksaku untuk mendongak.

"Sememangnya mengangumkan, dia masih dalam bentuk ini biarpun dia tidak sedarkan diri. Baiklah... Mari kita lihat bentuk sebenarnya," balasnya lalu memasangkan aku dengan kolar. Secara tiba-tiba aku rasa seolah tubuhku diterkam kuat memaksaku untuk sedarkan diri.

"Ouhh dia tersedar, dia akan tunjukkan dirinya. Kau! Ikat kaki dia!" Arah lelaki itu lantas salah seorang pengikutnya mengikat keempat-empat kakiku dengan rantai besi yang bersambung ke dinding. Aku kemudiannya perlahan-lahan bertukar menjadi naga.

"Lepaskan aku!!! Tak guna!" Jeritku namun apa yang aku rasakan aku hanya mengeluarkan ngauman naga. Aku mula cuak dan cuba melihat statusku. Skrin biru muncul namun ia seakan skrin yang rosak dan perkataan di atasnya tidak jelas membuatkan aku pasti kolar yang berada pada leher aku bukan kolar yang biasa.

"Ahahahhahah!! Tak sia-sia aku gunakan kolar yang berharga ni. Kau beruntung naga kecil, kolar ini adalah kolar yang dibuat sendiri oleh atuk aku. Atok aku merupakan hero yang datang dari dunia lain. Betul kata 'dragon slayer' yang lain. Kolar ini adalah kolar yang satu-satunya dapat membuatkan naga menunduk kepada humana," balasnya dengan senyuman sinis membuatkan mataku membutang. Kuasa aku dan kebolehan aku dikunci disebabkan kolar ni? Macam mana aku nak larikan diri dari sini?

Aku cuba mencari Blizzard namun tak kelihatan kemudian aku menyedari lelaki yang menangkapku tadi memakai rantai dengan permata biru. Di dalamnya terdapat naga kecil yang sedang bergulung seakan dalam keadaan hibernasi dan aku yakin dia menyimpan Blizzard di dalam rantainya itu.

Aku cuba menghembuskan api namun tidak berhasil. Untuk menghalangku dari menggigit, mereka merapatkan kepalaku ke lantai dan merantai aku dengan memaksaku memakai muzzle naga. Aku cuba melawan kembali tapi sekelilingku penuh dengan alatan magik yang sememangnya mampu menumpaskan naga.

Aku terlalu ambil ringan dan biarkan mereka memasang kolar tu pada aku. Aku tak patut biarkan dia pasangkan kolar ni. Skrin aku menggeletar seakan terkena virus atau tiada signal tapi aku dapat menangkap satu perkataan yang sememangnya tidak menyedapkan hati aku.

[All Skills have been Locked]

Shit....

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now