Bab 45

633 105 18
                                    

Sebelum aku masuk ke kawasan papa, aku berhenti di tepi tasik. Aku mahu cuba skil [Disguise] yang telah lama aku tidak gunakannya. Aku mahu tahu jika aku perlu memburu semua haiwan untuk bertukar seperti dulu.

"HellHound [Disguise]," ucapku sendirian namun aku tidak dapat bertukar meyakinkan aku bahawa aku perlu memburu mereka semua sekali lagi. Skil ini turun dari kosong dan setakat ni hanya burung gagak, arnab dan manusia sahaja aku pernah buru. Kejap, agak-agak bagaimana dengan tumbuhan dan buah yang pernah aku makan. Aku patut cuba.

"Apple [Disguise]," ucapku lalu badanku berubah menjadi merah dan saizku turut mengecil. Ini tak mungkin... Ia berjaya!!! Ya! Skil ini berfungsi setiap kali aku makan hidupan, tumbuhan dan buah juga spesis yang hidup juga. Dengan skil ini aku boleh ceroboh masuk ke kota tanpa pemeriksaan atau dikesan. Jadi sekarang masa untuk gunakan ia.

Aku kembali bertukar menjadi naga dan melihat air. Aku mula rasa gemuruh yang tidak dapat dikawal. Aku dah tak ingat bagaimana rupa manusia aku waktu aku di bumi dulu. Aku dah lama tak dapat bayangkannya. Aku menelan liur dengan perasaanku yang mula bercampur.

"Humana [Disguise]," ucapku perlahan dan serta merta tubuhku mula berubah perlahan menjadi manusia yang telah lama aku tak dapat lihat. Aku menahan tangisku apabila aku melihat bayang diriku di atas permukaan air.

"Lima tahun... Lima tahun akhirnya. Sob sob hahahahaha aku patut gembira sekarang, kenapa aku menangis? Haih... Rambut hitam aku yang normal, tubuh remaja aku yang normal. Aku normal sekarang. Akhirnya... akhirnya... aku hampir lupa muka ni," ucapku dalam tangisan sambil terus melihat bayang diriku di dalam air sambil mengusap wajahku sendiri. Tiada lagi tanduk pelik yang muncul di kepala atau sisik yang pelik. Aku betul-betul seorang manusia dan berambut hitam macam aku yang dulu.

Ah, walaupun aku di tengah hutan masih tidak sopan tak berpakaian macam ni. Baiklah, aku terpaksa tukar kepada naga semula. Aku mengusap air mataku dan kembali bertukar kepada naga walaupun aku masih rasa tidak puas melihat wajah manusiaku. Aku menutup mataku dan melihat keadaan klon diriku yang kini duduk di dalam gua. Maknanya dua jam sudahpun berlalu. Aku menukar tubuhku menggunakan skil [teleport] yang aku dapat daripada hidup aku yang lepas walaupun ia masih skil yang dalam tahap rendah dan terhad, ia tetap merupakan skil yang berguna.

Aku bertukar tempat dengan klonku dan lantas aku melihat papa dan mama memaparkan wajah marah. Alamak, apa yang dah berlaku? Kenapa mereka pandang aku macam ni?

"Erm... mama papa? ken-"

"Baru nak bercakap sekarang? Kepala kamu tu okey ke sampai buat muka dungu sepanjang masa ni? Baru nak dengar apa yang mama dan papa cakap?" soal mama sambil menyilangkan tangan penuh geram. Kejap apa jadi? Ah... skill klon aku masih peringkat rendah tentu ia cuma diam sepanjang masa.

"Maafkan saya... saya tak sengaja," ucapku mula menunduk. Tiba-tiba aku terdengar bunyi bising dari luar. Yang lain-lain mula kembali ke gua namun sebaik sahaja mereka melihat mama dan papa yang sedang memapar wajah serius, mereka kembali keluar. Oh tidak, kalau mereka pun tak berani masuk, ini dah jadi perkara serius.

"Erk... saya takkan buatnya lagi?" ucapku cuba untuk menenangkan mereka.

"Haih... Rain, kamu tak boleh sesekali cuba keluar dari kawasan papa. Kalau kamu keluar dari kawasan papa, papa tak mampu lagi nak awasi kamu. Kamu dengar?" soal papa dengan tegas.

"YA! saya faham. Maaf saya takkan buat lagi," ujarku mula kesal.

"Haih... Rain, nasib baik papa sempat lihat kamu yang hanya duduk di penghujung kawasan papa kalau tak... Papa tak tahu lah apa jadi pada kamu," ucap papa kesal bercampur marah dan aku hanya mendiamkan diri tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Lepas ni aku perlu berlatih klonkan diri aku sehingga betul-betul ada perasaan macam aku. Uhuk!

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now