Bab 32

766 119 103
                                    

P/s: 'Aku' di dalam perenggan awal adalah klon.

Aku berjalan masuk ke dalam pintu itu dengan menggunakan skil tembus. Walaupun tahap untuk klon aku separuh dari aku yang asal, ia masih mempunyai skil yang sama dariku. Sebaik saja masuk, aku terus mencari apa-apa buku yang ada kaitan dengan keadaan kami.

Kebanyakan buku di dalam bilik rahsia ini adalah sejarah kerajaan ini malah ada rahsia terbesar kerajaan termasuklah rekod-rekod kematian raja dan beberapa rekod pembunuhan. Setelah mencari hampir dua jam aku mendapat maklumat tentang [summoner] dan [hero]. Ia tidak seperti yang dikatakan oleh [demon king] di mana mereka memerlukan ratusan nyawa untuk dijadikan sebagai korban tapi ia cuma jalan singkat daripada ritual asal yang memerlukan 10000 tahun bunga hell spider lily yang sememangnya sukar dicari malah ia dipercayai sudahpun pupus. Bunga ini dikatakan jambatan yang menyambung dimensi ini ke dimensi lain.

Bunga ini juga bukan berasal dari dunia ini tapi disebabkan ia sukar untuk didapatkan, jalan lain dicipta untuk [summoner]. Dengan mengorbankan  nyawa semasa hari bulan merah yang hanya muncul setiap 20 tahun, ia akan membuka pintu ke dimensi lain dan waktu itu [summoner] perlu mengambil kesempatan ini untuk memanggil manusia di dunia lain yang mempunyai kolam magik yang lebih besar dari manusia dari dunia ini. Bilangan nyawa yang dikorbankan menentukan masa yang diambil untuk pintu itu terbuka. Seratus nyawa bersamaan dengan 1 minit untuk pintu itu terbuka. Aku mencatat klu-klu penting di sisikku yang aku hiris menggunakan kuku dan menukarkan ia menjadi rama-rama dan keluar ke tempat yang selamat.

Bila aku baca semua tentang [summoner] ni, aku tak pelik kalau mereka dilayan seperti orang yang penting dan diberi layanan yang baik sementara [dragon tamer] hanya digunakan sebagai mangsa untuk [dragon slayer]. [Summoner] masih boleh menyeru apa-apa makhluk termasuklah dari dunia lain manakala [dragon tamer] hanya mampu mengawal seekor naga selagi naga itu masih hidup. Aku rasa [job] ini untuk mereka sememangnya tidak adil terutamanya dengan kewujudan [summoner]. Apa sebenarnya fungsi mereka ni?

Kalau ini merupakan jalan ke dunia lain, maknanya aku perlukan proses yang sama untuk membawa yang lain pulang ke dunia asal. Aku menyelak lagi buku tersebut dan menjumpai proses menggunakan hell spider lily untuk membuka pagar ke dimensi lain. Ia tidak mudah tapi ia tidak mustahil. Mataku membutang apabila aku membaca salah satu proses untuk menyeru hero. 

'Selepas hell spider Lily direbus dan warnanya menjadi cecair, Cecair itu perlu disapukan pada tulang naga untuk dijadikan gerbang. Gerbang ke dimensi lain akan terhasil selepas ia diserap oleh tulang itu. Semakin langka spesis naga, semakin lama gerbang akan terbuka,'

Aku terkejut dengan apa yang baru aku baca, jadi mungkin disebabkan ini pemburuan terhadap naga semakin berleluasa. [Dragon Tamer] dalam dunia ini dianggap pengacau bagi mereka yang mahu mengorbankan naga untuk dijadikan gerbang disebabkan tugas [Dragon Tamer] adalah menjinakkan mereka dan melindungi mereka dan disebabkan itu juga [Dragon Slayer] dihormati kerana tugas mereka untuk membunuh naga dan mendapatkan tulang mereka. Sekarang, disebabkan bunga ini sukar untuk dicari mereka jadikan nyawa manusia sebagai jambatan tapi tulang naga sememangnya diperlukan sebagai pintu gerbang.

Adakah ini bermaksud ada antara mereka yang memasuki dunia asal aku? tapi di sana bunga ini dan naga tidak wujud jadi mustahil untuk mereka kembali ke dunia ini semula kecuali mereka membuka gerbang dari sini. Ini membuatkan aku tertanya-tanya, apa jadi pada mereka kalau ahli sihir dari dunia ni menjejakkan kaki ke sana? Adakah mereka masih boleh gunakan sihir atau menjadi normal? dan... bagaimana kalau seekor naga masuk ke sana?

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now