Bab 3

1.3K 151 24
                                    

"Woah... Bau apa ni? Busuknya..." Kata Tornado semasa menghampiri asap tebal itu. Aku dapat syak mungkin mereka gunakan sesuatu untuk menghalau makhluk liar menghampiri tempat berehat mereka.

"Hah! Dia cuma mahu berikan kuasanya pada aku semestinya tidak mahu korang pergi sama," kata Volcano yakin sambil menutup hidungnya. Aku hanya mengeluh melihat gelagat Volcano.

"Kau berpeluh Volcano, kenapa kau tutup hidung?" Soalku dengan wajah tidak berperasaan. Volcano tersenyum pahit.

"Hehe, ini sebenarnya satu cabaran untuk melayakkan aku menerima kuasa tu sebab itulah dia uji aku, tapi... Ini semua cuma cabaran kecil, mari ikut aku," kata Volcano yakin dan menyambung perjalanannya menuju ke tempat itu. Aku juga turut terkesan dengan bau itu namun aku masih mampu bertahan.

[You obtain new skill: poison resistant]

"Volcano nanti!" panggilku menghentikan mereka. Volcano menghentikan langkahnya memandangku pelik. Racun? Udara ni ada racun.

"Volcano... Aku tak sedap perut," ucap Blizzard tiba-tiba sambil terbaring dan seakan menahan dari muntah. Aku memandang wajahnya yang berpeluh dingin.

"Volcano, kita kena jauh dari sini. Dia terkena racun," arahku sambil cuba mendukung Blizzard tapi kerana saizku yang kecil badannya agak berat bagiku.

"Bila kau sebut, aku pun rasa tak sedap badan," kata Tornado lalu mendukung Blizzard di belakangnya. Volcano turut rasa serba salah.

"Aku bawa Blizzard balik," kata Tornado lalu laju sahaja dia berlari. Volcano turut mengikutnya dari belakang tapi kami tertinggal jauh kerana Tornado sangat laju dan kakiku agak kecil untuk berlari dengan lebih pantas. Tiba-tiba satu panah diarahkan pada kami tapi aku sempat mengesannya, aku terus melompat ke arah Volcano menghalang dia dari terkena panah tersebut.

Aku melihat arah panah itu rupanya ada seseorang yang berupa manusia sedang cuba memburu kami membuatkan aku membutangkan mata.

"Lari Volcano!" Jeritku laju dan berlari ke arah satu batu besar.

"Kita perlu balik ke sarang segera," kata Volcano cemas.

"Tak boleh, bukan sekarang!" Jeritku lalu memerah otak untuk mencari cara untuk melepaskan diri.

"Kenapa? Mama akan tolong kita," kata Volcano risau.

"Tak boleh, kalau kita bawa mereka ke sarang nanti akan lebih ramai datang dan bahaya untuk mama dan kita semua," kataku tegas membuatkan Volcano ingin menangis. Aku dapat pastikan mereka pengembara, dan naga adalah mangsa buruan mereka. Ia cuma akan bahayakan kita semua kalau aku terus balik ke sarang.

"Kau duduk sini, aku tarik tumpuan mereka. Selepas semuanya selesai, kau lari dan pergi ke sarang dan panggil papa. Pastikan tiada siapa ikut kau," arahku tegas. Volcano ingin menghalang tapi aku terus keluar dari situ membuatkannya teragak-agak.

"Duduk sini," kataku tegas sebelum keluar. Aku berdiri di atas batu menayangkan diriku dan melihat tiga orang pengembara yang sedang mencariku. Salah  seorang dari mereka menunding ke arahku dan menjerit sesuatu yang aku tidak fahami. Mungkin dia katakan 'itu dia!'

[You have learn new skill: Translate]

"Bagus, sekarang aku akan faham apa yang mereka cakap," kataku sendirian. Tiba-tiba bola api terbang ke arah laluanku dan menghalangku dari terus berlari, aku sempat mengelak daripada terkena bola api itu dan terus berlari jauh dari sarang.

[You obtain new magic: Fireball lvl3]

"Dia mungkin berlari balik ke sarang, biarkan dia berlari dan kita akan tahu di mana sarangnya," kata salah seorang dari mereka.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now