Bab 19

921 112 30
                                    

Hampir seminggu aku disini, sekurangnya mereka tak sakiti aku. Mungkin bagi mereka aku terlalu berharga untuk dicederakan. Sisik aku yang gugur sentiasa tidak dibiarkan membazir dan sangkar aku sentiasa dibersihkan seolah aku berada di dalam zoo tapi erghhh... Aku tak suka dikurung dengan rantai begini. Makanan yang mereka sediakan pun daging yang mentah.

Tiba-tiba seorang budak perempuan datang melawat dan kelihatan teruja melihatku. Aku hanya memandang senyap tanpa sebarang bunyi.

"Wahhh!!! Cantiknya naga ni! Sisik dia bersinar. Tanduk dia pun cantik!!" Ujar budak perempuan itu.

"Kamu mahukannya?" Soal lelaki semalam yang meletakkan kolar ini padaku. Aku tak tahu namanya jadi aku cuma akan panggilnya... Erm... Taik.

"Boleh ke?! Saya memang mahukannya!" Ujar budak itu dengan teruja. Ah... Kesiannya dia sangat naif dan rasa macam aku ni haiwan untuk dibela.

"Ayah akan berikannya pada kamu bila umur kamu mencecah umur yang sesuai. Naga ini terlalu kuat untuk kamu kawal jadi kamu perlu berusaha lebih kuat untuk naikkan tahap kamu," balas Taik dengan tenang. Budak itu mengangguk dengan penuh semangat membuatkan Taik tersenyum nipis. Tiba-tiba Taik mengeluarkan seutas rantai berpermata kelabu untuk diberikan kepada budak itu.

"Cuba teka ini apa?" Soal lelaki itu sambil melutut kepada anaknya untuk menyamakan ketinggian. Budak itu menarik nafasnya teruja.

"Batu simpanan naga! Hanya 'Dragon Tamer' yang mempunyai naga akan memakainya!" Balas budak itu dengan teruja.

"Ya, anakku. Dengan naga ni... Kamu takkan diambil kesempatan oleh 'Dragon Slayer'. Naga ni akan tumpaskan mereka dan kamu tak perlu korbankan naga-naga yang kamu berjaya jinakkan untuk mereka naikkan tahap mereka," balas Taik lalu menyarungkan rantai itu ke leher budak itu.

"Dia kuat?" Soal budak itu sambil melihatku.

"Ya, kuat seperti naga pak cik Ashdi atau mungkin lebih kuat," balas Taik lembut. Melihat dari luaran Taik sememangnya seperti seorang bapa yang baik, tapi dia merampas dan menculik aku.

"Betul ke?!! Naga comel tu? Ayah dapatkan naga ni sebab Bell minta naga pak cik Ashdi dulu ke?" Soal budak itu. Jadi nama dia Bell. Adakah sebab namanya dia pakai pengikat rambut yang ada loceng?

"Ya, untuk tebus kesalahan ayah dan pak cik Ashdi tak dapat berikan Bluey pada kamu kami dapatkan naga ini untuk kamu," balas Taik lagi membuatkan budak itu mula ingin menangis.

"Terima kasih ayah! Bell sayang ayah!" Balasnya sambil memeluk Taik dengan lebih erat. Aku memaparkan wajah tiada perasaan, budak ni dilayan seolah puteri dan sememangnya dimanjakan.

"Hei... Blacky, tengok rantai ni awak akan tinggal dalam ni bersama saya. Awak akan berada dengan saya ke mana-mana sahaja saya pergi," kata Bell itu penuh teruja. Dia dah siapkan nama aku. Grrr... Aku tak suka nama tu. Aku menghembuskan angin melalui hidungku menyebabkan angin itu meniup tepat ke wajahnya.

"Aahahhaahahaha... Awak suka ke? Jangan risau, saya akan berusaha kuat naikkan tahap saya dan saya boleh lepaskan awak dari sini kemudian kita akan jadi kawan!" Balas budak itu yakin membuatkan aku semakin geram. Arghh!! Aku tak suka langsung! Aku nak bebas tak guna! Aku tak mahu dalam kawalan sesiapa!

"Mari... Ia masih terlalu bahaya untuk kita mendekati. Kita akan lawatnya lagi esok," ujar Taik sambil membawa Bell keluar dari bilik itu.

"Bye-bye Blacky... Jumpa esok," ujar budak itu ceria. Siapa boleh jangka budak yang naif dan comel itu adalah anak kepada lelaki macam Taik. Ceh, rantai-rantai ni melenguhkan aku. Aku harap dapat jumpa Blizzard, haih... Aku baru dapat jumpanya sehari dan kini aku terpaksa berpisah dengannya lagi.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now