Bab 7

1K 131 11
                                    

"Hermm... Jauh juga Fairy Land ni, kalau aku lompat sekalipun takkan lepas dari seberang tasik ni. Nak tak nak aku perlu berenang," kataku sendirian sambil melihat tasik yang sangat luas dan di seberang jauh sana terdapat hutan yang terasing dari yang lain.

Aku terus melompat ke dalam tasik dan berenang menyeberanginya dengan laju dengan menyalurkan mana ke ekorku. Malah ekorku turut seakan sememangnya dicipta untuk membantuku berenang dengan pantas. Aku menggunakan magik angin pada bunga untuk mewujudkan udara dan mengasingkannya daripada terkena air dan aliran deras yang terhasil dari renangku. Beberapa minit kemudian, aku berjaya ke seberang dengan selamat.

Aku menggoyangkan tubuhku untuk mengeringkan tubuh dengan mudah sememangnya seakan haiwan. Kadang-kadang aku rasa yang sikap biasaku sebagai manusia mula pudar semakin lama aku hidup sebagai naga. Satu skrin biru muncul di depanku.

[You have reach the location]
[Fairy Land]

Aku rasa seakan diriku diperhatikan dan aura negatif dapat aku kesan membuatkan aku mula gementar. Aku berjalan perlahan memasuki tempat itu, aku nampak kesan kaki anak naga yang lebih besar daripadaku mungkin itu adalah tapak Leavy. Aku terus mengikut kesan tapak kaki Leavy sehingga aku sampai ke tempat yang mengumpul bunga yang banyak seperti bunga di mulutku.

Tiba-tiba beribu pari-pari muncul dan cuba menyerangku dengan menumbuk kepalaku dan menikamku dengan senjata yang langsung tidak mencederakan aku. Suara mereka hanya kedengaran seakan loceng dan apa yang mereka cuba lakukan aku langsung tidak dapat rasa kerana sisikku yang keras dan tebal.

[The Fairy soldier attack you]
[-0]
[-0]
[The Fairy soldier feeling insecure]

Aku tanpa menghiraukan mereka terus meletakkan bunga yang berada di mulutku tadi ke tempat asalnya. Aku melihat masa untuk pari-pari yang lain untuk keluar yang masanya hampir tiba.

[Time until born: 00:02:00]

Aku melihat kembali bunga yang aku tanamkan semula tadi. Masa untuknya untuk dilahirkan lebih lama daripada yang lain tapi ia berlalu dengan lebih pantas seakan masanya untuk dilahirkan dipotong.

[Time until born: 00:04:03]

Melihatku yang hanya duduk untuk memerhati, membuatkan askar pari-pari itu berhenti menyerang tapi mereka tidak berhenti untuk berwaspada. Selain dari mereka ada juga pari-pari lain yang seakan menunggu kelahiran pari-pari dari dalam bunga itu tapi mereka semua bersembunyi.

Aku sebenarnya tidak mahu mereka rasa waspada denganku tapi pada masa yang sama aku mahu melihat bagaimana rupa bayi pari-pari. Patut kah aku pergi? Haih... Aku cuba menunjukkan bahawa aku bukan makhluk yang bahaya pada mereka dengan hanya duduk mendiamkan diri tapi aku rasa tidak selesa dengan pandangan mereka yang seakan ingin membunuh.

[Time until Born: 00:01:30]
[Time until Born: 00:02:00]

Melihat perbezaan masa dengan bunga yang dibawaku, ia seakan ingin mengejar kelahiran yang lain. Kini masa yang berlalu pantas tadi mula berjalan seperti biasa. Maknanya ia akan lahir 30 saat lebih lambat dari yang lain. Aku kekal menunggu sehingga secara tiba-tiba kawasan itu bercahaya terang dan seekor pari-pari yang lebih bercahaya dari yang lain tiba dan memandangku dengan pandangan serius.

"Ratu, tolong berundur. Ia sangat berbahaya. Kami akan selamatkan bayi yang sempat kami selamatkan nanti tapi ratu perlu berundur," kata komander askar tersebut sambil menghampiri ratunya. Suaranya sangat kecil sehingga aku sukar untuk mendengar dengan jelas malah ia bercampur dengan bunyi loceng.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now