Bab 10

1K 128 11
                                    

Aku melihat semula skrin statusku yang kini mempunyai kuasa sage dimana aku boleh menggunakan apa-apa sahaja magik atau kuasa yang aku pernah nampak malah ada kuasa yang boleh buatkan makhluk sekeliling aku melutut pada aku. Apa-apa pun, kalau aku boleh gunakan kuasa mengikut imaginasi aku maknanya aku boleh jadi manusia semula.

'Humana disguise,' fikirku lalu aku dapat rasakan tubuhku berubah memandangkan aku pernah nampak manusia sebelum ini. Aku melihat tanganku yang kini berubah menjadi tangan manusia yang kecil. Ouhh rasa ni, aku memang berubah jadi manusia tapi...

Kenapa aku berubah jadi bayi?!!! Malah gigi aku pun masih tak tumbuh. Aku ibarat bayi yang baru dilahirkan dua bulan. Tunggu, mungkin ia mengikut umur aku dalam dunia ini mungkin sebab itu aku berada dalam bentuk bayi. Aku langsung tak dapat bergerak dalam bentuk macam ni. Haiwan sememangnya umur mereka untuk membesar lebih pantas dari manusia. Manusia perlukan masa dua tahun untuk belajar berjalan tapi haiwan cuma mengambil masa satu hari atau kurang dari tiga bulan untuk belajar.

Sememangnya perbezaan yang sangat jauh. Mungkin aku boleh gunakan magis penuaan atau kelajuan. Aku menggunakan magik penuaan tapi tidak berjaya kerana aku tidak dapat melihat sesiapa pun menggunakan magik ini maknanya membayangkannya sememangnya masih tidak cukup.

Kuasa sage ini nampak OP tapi melecehkan juga rupanya. Kalau aku mahu menjadi manusia yang boleh berjalan aku terpaksa tunggu. Haih... Akhirnya aku berputus asa dan kembali menjadi naga. Sekurangnya dalam bentuk ini aku dapat bergerak.

Aku terpaksa tunggu sekurangnya empat tahun untuk bertukar menjadi manusia. Aku hanya sambung tidur di sarangku sehingga pintu khemah kulit diselak dan beberapa ekor lizardmen masuk bersama hasil buruan mereka. Aku terjaga dan melihat mereka yang penuh dengan kecederaan daripada memburu.

"Nikmati makanan buruan kami tuan muda," kata Frangis sambil melutut. Aku terdiam apabila melihat mereka yang kurus kering dan aku dapat rasakan buruan ini adalah buruan yang bukan mudah untuk mereka dapatkan. Mereka korbankan hasil buruan mereka untuk aku di mana mereka lebih perlukannya.

"Curaja," ucapku dan lantai dipijak mereka terus bercahaya hijau. Semua luka pada mereka sembuh malah kesan pedang pada buruan mereka turut hilang tapi ia sudahpun mati.

"T-tuan muda, ini..." Kata Frangis seakan sukar untuk mempercayainya. Aku turun dari sarangku lalu terfikir sesuatu yang menarik. Aku memegang daging itu dan cuba untuk mengandakannya. Hanya mengimaginasikannya, daging itu berpecah dan berganda membuatkan mereka semua terkejut. Magik ini aku belajar dari slime yang aku pernah buru sebelum ini.

"Ini- ini menakjubkan!!! Saya tak pernah lihat naga mampu lakukan semua ini!" Kata Frangis teruja.

"Tuan muda adalah satu keajaiban. Magik ini tak pernah dilihat!" Kata Angura turut terkejut. Jadi ia tidak dianggap magik tapi salah satu skil.

"Rakyat kita perlu tahu tentang ni, tuan muda izinkan saya sebarkan berita baik ini ke seluruh kampung," kata Predat menunduk hormat aku hanya mengangguk kekok. Dia terus berlari keluar dengan wajah ceria.

"Semua!! Kita ada bekalan makanan yang mencukupi! Kita semua takkan kebuluran lagi! Malam ini kita akan berpesta!" Kata Predat bersemangat membuatkan yang lain mula keliru.

"Apa yang bakal ketua katakan? Bukankah itu untuk tuan muda?" Soal salah seorang dari mereka.

"Ohhh... Saya lapar, tolong jangan beri harapan palsu," kata seekor kanak-kanak dipersetujui oleh kawannya yang lain.

"Tak! ini benar, tuan muda adalah ajaib. Lihat tuan muda boleh gandakan hasil buruan kita," kata Predat dengan teruja lalu menyelak pintu khemah menampakkan daging yang memenuhi khemah tersebut dan juga aku yang masih mengandakan daging tersebut. Aku tersentak kerana secara tiba-tiba pintu diselak dan mereka semua merenungku yang berada di antara timbunan daging dan ia membuatkan aku berhenti meneruskan untuk mengandakannya. Aku mula rasa kekok dan hanya tersenyum kekok.

"Yahh!!! Kita takkan berlaparan lagi!!!" Jerit salah seorang dari mereka.

"Yeahh!! Hidup tuan muda!!" Sambut pula yang lain.

"Hidup tuan muda!!!" Mereka mula menyambut perkataan yang sama dengan penuh bersemangat. Aku pula berasa kekok apabila kata-kata itu terus menuju kepada aku.

"Be-berhentilah," kataku sambil berpeluh dingin. Angura terus mendukungku dan meletakkanku ke bahunya ibarat bayi.

"Terima kasih tuan muda, tuan muda sememangnya sudah menyelamatkan kampung kami," katanya sambil memelukku rapat. Aku hanya mampu terdiam apabila aku dapat dengar suara sebaknya seakan menahan tangis.

"Baiklah semua!!! Mari kita adakan pesta untuk meraikan kedatangan tuan muda Rain!!" Kata Angura lalu mengangkatku tinggi ke udara sambil menghadap mereka. Aku terus terbeku dan terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Mereka terus bersorak gembira meraikan kejayaan mereka yang baharu.

"Dengan adanya tuan muda, kita mampu bertahan pada musim sejuk yang akan datang," kata Basak di tepi jauh dari lizardmen yang berkumpul.

"Ya, dan kita tak perlu lagi cuba menyerang humana untuk dapatkan makanan dari mereka," kata lizardwoman kecil di sebelahnya. Basak membelai kepala lizardwoman kecil itu dengan sebuah senyuman.

"T-turunkan saya," kataku kekok lalu disambut dengan gelakan lizardmen yang lain. Mereka semua kecoh dan keadaan menjadi lebih ceria berbanding sebelum ini.

Pada waktu malam, kepalaku diletakkan mahkota yang diperbuat daripada daun. Mereka menari gembira di keliling api yang dibina mereka. Aku hanya terbaring malas sambil dikelilingi oleh lizardwomen yang gelak ceria. Aku hanya mahu keamanan.

Pesta ini dilakukan sebagai pesta keraian kedatangan aku dan berterima kasih dengan makanan yang diberikan pada mereka di waktu terdesak ini. Musim sejuk hampir tiba dan mereka tidak ada masa yang cukup untuk menyimpan makanan. Malah bekalan makanan yang mereka ada perlu dihabiskan dengan segera kerana ia semua akan membusuk malah lebih menyukarkan lagi mereka semua adalah karnivor jadi buah bukannya pilihan dalam carta pemakanan mereka.

"Haih..." Aku mengeluh perlahan kerana rasa cemburu mereka dapat berdiri menggunakan kedua belah kaki mereka manakala aku berada di dalam tubuh anak naga yang terlalu kecil dan sentiasa berjalan menggunakan empat kaki. Huhu... Aku harap aku dapat kembali menjadi manusia.

"Tuan muda ada masalah?" Soal salah seekor lizardwoman yang menemaniku.

"Tak ada apa-apa Luna... Saya cuma mengantuk," balasku sengaja memberi alasan. Luna membalas dengan gelakan halus dan terus mendukungku seakan bayi. Lama-kelamaan aku semakin biasa dengan keadaan begini. Dia terus membawaku masuk ke dalam khemah dan meletakku bersama telur lizardman yang lain.

"Semoga mereka selamat menetas dengan tuan muda berada di sisi mereka," kata Luna sambil mengusap kepalaku. Mereka meletakkan telur mereka bersamaku kerana tiga kepercayaan karut mereka. Satu, Mereka percaya yang lizardman yang bakal menetas menjadi lebih kuat dengan adanya aku di sisi mereka. Yang kedua, mereka percaya peluang mereka untuk berjaya menetas lebih tinggi. Yang ketiga, mungkin sebahagian dari telur-telur itu keluar dengan magik kerana aura aku bersama mereka.

Aku hanya terima dan tidur bersama telur-telur itu lagipun aku rasa lebih hangat dan mengingatkan aku dengan semua adik-beradikku dulu. Sebenarnya, aku mula rasa sunyi tanpa mereka.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now