Bab 17

930 125 21
                                    

"Yeay!!!! Kita berjaya selesaikan misi!!!" Ujar Sara sambil mengangkatku ke udara.

"Hahaha... Kita memang bertuah kali ni, serigala ni sememangnya membawa tuah!" Balas pula Tuck sambil erat memegang cawan beernya di tangan.

"Hehe... Awak semua perlu berterima kasih pada saya. Kalau bukan sebab saya mahu jadikan anak serigala ni sebagai peliharaan. Awak semua takkan bertuah seperti hari ni," kata Sara memuji diri sendiri. Aku hanya mampu tersenyum lebar apabila dia memelukku erat.

"Baiklah baiklah... Awak menang, kita adalah pemburu yang paling awal selesaikan misi. Malah rank kita dah naik ke rank D," balas Tuck dengan sengihan besar.

"Huuuuurayy!!!" Jerit mereka semua serentak meraikan kemenangan mereka. Aku terus tersengih riang sementara Sara terus memelukku erat.

"Kenapa kadang-kadang aku rasa serigala ni macam seseorang yang menjijikkan?," kata Ivy tiba-tiba tanpa aku sedar bahawa dia memandangku dari awal tadi. Aku terus berpeluh dingin mendengar apa yang dikatakannya.

"Ivy... Jangan kata begitu...  Awak menyeramkan saya lah. Tak mungkin serigala yang comel ni adalah manusia yang mungkin menyamar menjadi serigala menggunakan magik tertinggi [disguise] kan?" Balas Sara membuatkan aku semakin berpeluh dingin. Mereka tiba-tiba senyap seketika. Aku pula risau jika mereka dapat tahu rahsiaku yang sebenar.

"I-iya... Sememangnya tak mungkin," balas Tuck kekok.

"Walaupun ada kemungkinannya tapi ia... Tak mungkin kan?" balas Ivy. Mereka bertiga tergelak kekok membuatkan aku turut semakin berpeluh dingin.

"Apa-apa pun disebabkan serigala ni kita bertuah," balas Sara dengan senyuman manis.

"Sekarang awak perlu beli... Kolar sebagai tanda ia peliharaan awak kan? Oh ye awak perlu berikan namanya sekali," ujar Ivy.

"Hmm... Nak beri nama apa ya? Gabungan nama kita? Savvy? Hm... Warna bulunya hitam. Black? Ha! Bagaimana dengan Kuro?" Soal Sara dengan ceria. Nama tu bukannya buruk tapi... Aku risau akan keliru nanti.

"Hmm... Saya rasa serigala awak tak sukakan nama tu," balas Tuck sambil memandangku yang hanya berdiam.

"Eh? Awak dah ada nama awak ke serigala kecil?" Soal Sara memandangku.

"Auf," aku menjawab.

"Oh? Jadi apa nama awak?" Soal Sara semula seakan memahamiku. Aku memandang sekeliling untuk mencari objek yang boleh dijadikan petunjuk. Tak mungkin aku perlu tuliskan nama aku di kertas haha.

Aku ternampak ada gambar awan yang berhujan. Itu adalah objek terdekat sekali untuk menjadi petunjuk. Aku menunjuk ke arah gambar itu membuatkan perhatian mereka tertarik ke gambar itu.

"Awan? Oh nama awak 'Kumo (awan)'?" Soal Sara dengan riang. Aku menggeleng sebagai isyarat ianya salah.

"Eh... Bukan? 'Mizu (air)' ke?" Soalnya lagi dan aku menggeleng lagi sekali.

"Mungkin gunakan bahasa lain, Water?" Ujar Ivy cuba meneka. Aku memandangnya tajam menandakan tekaannya hampir.

"Ah? Water ke?" Soal Ivy membuatkan aku hampir menangis.

"Rasanya mungkin hampir, Cloud?" Soal Tuck membuatkan aku menggeleng.

"Ame (hujan)?" Soal Sara membuatkan aku menyilangkan tangan.

"Rain!!!" Sambut semua pelanggan yang berada di dalam kedai makan itu membuatkan Sara dan yang lain-lain terkejut. Aku mengangkat tangan dengan senyuman besar menandakan tekaan mereka semua betul.

"Ahh... Maaf maaf. Kami cuma teruja melihat kepandaian serigala kecil tu," balas salah seorang dari pelanggan itu.

"Untunglah awak dapat serigala yang mempunyai kepandaian yang tinggi," ujar seorang pelayan perempuan yang merapatiku dan mengusap kepalaku. Aku hanya tersenyum senang.

Legend Beast ✅ [Complete]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora