Bab 48

536 103 15
                                    

"Pa- papa? Saya ada buat salah ke?" Soalku cuba untuk membuatkannya bercakap. Dia menjeling ke arahku membuatkan aku menelan liur pahit. Sedang apa sebenarnya berlaku sekarang ni? Dia memandangku dengan ekor mata lama dan kembali dingin melarikan pandangannya. Ini pertama kali aku lihat dia yang tak menunjukkan sikap obses dan gila terhadap aku. Aku dah tak comel lagi di mata dia ke?!!!

"Sejak kamu menetas lagi kamu sememangnya lain. Kadang-kadang papa risau kalau papa tak dapat mengawal kamu," ujarnya tiba-tiba membuatkan aku resah.

"Hehe... m-mungkin sebab saya istimewa..." balasku dengan senyuman kekok.

"Tapi... nampaknya papa memang tak dapat kawal kamu. Kamu jumpa dengan apes kan?" soal papa membuatkan aku terkejut dan terdiam. Rahsia aku sudah terbongkar ke?

"... hmmm... lihat kamu tak apa-apa, mungkin kamu berjumpa dengan Tamer? Tamer tidak berbahaya pada naga tapi... mereka tetap apes. Papa tak mahu mereka ambil kamu secara paksaan," balas papa lagi membuatkan aku tersentak dan penuh tanda tanya.

"Huh? Huh? Macam mana papa tahu saya jumpa dengan apes?" soalku mula terkejut. Aku tak dapat mengesan papa dekat dengan aku semasa berjumpa dengan pengembara tadi tapi macam mana dia boleh tahu?

"Papa dapat kesan bau apes pada kamu... Ia busuk,"  balas papa membuatkan aku teringat bahawa aku baring di riba puteri tadi tapi mengapa papa saja yang perasan tentangnya dan bukan mama?

"tapi... mama tak sedar pun macam mana papa boleh..." soalku namun dia terus memotong.

"Mama tidak pernah mendekati apes malah berjauhan dengan mereka setiap kali ia dapat kesan kehadiran apes. Papa selalu menghalau mereka dari memasuki wilayah papa jadi... papa cukup kenal dengan bau mereka," balas papa tenang membuatkan aku sedikit terkejut dengan ketenangannya.

"Ia cukup kecewa apabila anak-anak papa... yang mewarisi kuasa terkuat para keturunan naga lagenda dan naga sage akan menjadi hamba kepada apes sebab itu... Papa halang kamu semua daripada bersemuka dengan Tamer. Haih... tapi sekarang, kamu sendiri mencari mereka. Papa betul-betul buntu," balasnya sambil mengeluh berat.

"Erm... papa... saya belum dijinakkan lagi oleh mereka papa tahu?" soalku semula penuh keliru.

"Ya papa tahu... lihat kamu yang dapat kembali dengan selamat sememangnya dia masih belum dapat jadikan kamu sebagai temannya tapi... lambat laun kamu akan jatuh juga dalam tawanan dia," ujar papa lagi membuatkan aku tersengih kekok.

"Hmm... Apa pendapat papa kalau kita boleh hidup bersama apes dalam satu empayar?" soalku mula membuka cerita.

"Aaarhhh... mustahil mustahil... Melihat bayangan papa di langit pun mereka mula menjerit dan keluar perkataan pelik dari mulut mereka. Walaupun papa tak faham apa yang mereka katakan tapi mereka mungkin kata seperti... 'Bersedia! musuh menghampiri!' begitu... mungkin?" balas papa mula terbuka dan aku dapat rasa dia lebih tenang dari kehidupan aku yang sebelum ini dimana dia pantang jika mendengar perkataan 'apes' keluar dari mulutku.

"Hahahahhaha... jadi apa kata kita dekat dengan mereka dalam bentuk apes? Mereka mungkin akan lebih selesa?" soalku mula teruja. Papa mendagu sambil mendongak untuk memikir.

"Tak..." balasnya pendek.

"Eh?! Kenapa??" soalku ingin tahu.

"Walaupun papa mendekati mereka dalam bentuk apes, mereka tetap menjerit ketakutan. Mungkin sebab... dalam bentuk apes kita hampir sama dengan demon? Apa yang berbeza kita dengan demon dalam bentuk apes hanyalah sayap dan sisik manakala ciri-ciri yang lain sememangnya sama. Mereka dan demon juga merupakan musuh besar. Arghh!! Apes sememangnya leceh, semua menjadi musuh mereka. Haizzz," balasnya membuatkan aku turut buntu. Sememangnya untuk merapatkan hubungan naga dengan manusia agak sukar dalam dunia ni.

"Papa juga biasanya sangat bencikan mereka selepas mereka bunuh abang papa dulu tapi... bila fikirkan balik ia salah kami kerana menakutkan mereka dengan menceroboh tempat mereka dan makan semua haiwan ternakan mereka. Kami naga muda yang ditinggalkan penjaga dan dibebaskan ke hutan dan perlu berdikari. Waktu tu... kami cuma fikir, tak perlu untuk kami berburu jika ada makanan percuma. Mereka hantar pengembara selepas kami tidak berhenti menceroboh dan terus makan haiwan ternakan mereka. Abang papa cuba melawan mereka tapi... haha dia gagal. Naga muda yang baru sahaja dilepaskan dari penjagaan sememangnya agak liar. Papa fikir dengan peperangan 1000 tahun dulu dapat mengubat dendam ni tapi... nampaknya ia buatkan papa lebih keliru," ceritanya sedih dan sekarang aku faham mengapa dia semakin bencikan manusia apabila aku dicederakan. Kecederaan aku dulu mungkin membuatkan dia teringat kembali kejadian tu dan membuatkan dia semakin marahkan manusia.

"K-kalau kali ni... papa dapat bertemu dengan mereka, papa takkan serang mereka?" soalku ingin kepastian. Untuk membina hubungan dengan manusia... kerjasama papa sememangnya diperlukan.

"Papa takkan duduk diam jika mereka mengangkat senjata terlebih dahulu Rain... dan ia sudahpun terlambat malah mustahil untuk kita berbaik dengan apes selepas papa membunuh mereka dan jadikan juadah dan bukan itu sahaja... papa sendiri jadikan mereka makanan untuk anak-anak papa. Kita sekeluarga sudahpun kotor dengan darah mereka. Mustahil untuk mereka terima kita yang sudahpun dikenali sebagai pembunuh mereka," ujar papa sambil mengeluh berat dan memandangku sayu.

"... tapi saya nekad..." balasku dengan pandangan yakin.

"Hmm?" papa mula memandangku pelik.

"Saya akan bina empayar bebas, yang mencampurkan semua bangsa dalam dunia ni... tak kira Beast-folk, Demons, Apes, naga atau lain-lain... Saya akan wujudkan satu empayar yang bebas walaupun ia hanya penuh dengan apes yang dilahirkan sebagai [dragon tamer] saya tetap akan wujudkannya di mana apes dan naga dapat hidup bersama," ucapku yakin membuatkan papa terkedu. 

"HAHAHHAHAHAHAHA!!!! Impian kamu sememangnya besar Rain! Papa sememangnya terkejut... ahahhahah... apa-apa pun papa tetap sokong kamu. Kalau kamu mahu satukan naga, ia perlu kumpulan naga juga kan? Jadi kamu perlu menjadi Alpha. Kamu boleh cuba tanya mama kamu memandangkan dia hidup dalam kelompok naga dan merupakan puteri. Papa yakin mama kamu lebih tahu tentang tu," balasnya membuatkan aku teruja. Menjadi alpha, salah satu 'quest' yang aku perlu penuhkan.

"Nampaknya papa perlu lepaskan kamu dengan lebih awal. Hati papa berat... tapi kalau  keputusan kamu ingin bersama apes, papa takkan menghalang. Papa cuma sarankan untuk wujudkan kontrak dan bukan hanya mengikut semata menjadi hamba," Ujar papa memberi nasihat membuatkan aku terkedu. Dia... terima manusia? Betul ke apa aku dengar ni?

"Papa benarkan saya untuk keluar dari kawasan?" soalku semula. Dia terdiam seketika.

"Kamu nampak teruja... kamu memang tak sabar untuk lihat dunia luar kan?" ujarnya membuatkan aku menggaru belakang kepala dan tergelak kekok. Aku mula sedar kalau dari awal dulu aku tak terlalu gelojoh, papa takkan terlalu bencikan apes.

"Saya tak boleh nak menidakkannya," balasku sambil tergelak kekok.

"Hahaha... tapi... kamu perlu juga minta kebenaran dari mama," ujarnya membuatkan aku terus terkejut.

"M-Mama? tapi... papa pun dah cukup untuk beri saya keluar kan?" soalku terkejut. Aku ingat lagi bagaimana mama memarahi papa dan papa langsung tidak dapat melawan. Kalau nak diikutkan, mama sememangnya lebih menakutkan.

"Penjaga kamu bukan papa saja kan? Dia sangat risaukan kamu kerana tubuh kamu yang kecil tu. Apa yang kamu boleh buat cuma buktikan padanya kamu tu boleh keluar dari sini tanpa memerlukan perlindungan kami. Papa tak dapat tolong tentang tu," balas Papa dan mula berlalu pergi keluar gua untuk memeriksa kawasan meninggalkan aku yang masih terkedu.

"Eh? EHHHHH?!!!" jeritku tak puas hati. Aku rasa seolah sia-sia sahaja aku teruja kalau akhirnya aku terpaksa menghadap mama. Walaupun mama tak obses padaku seperti papa namun kata-katanya mutlak. Jika kita perlu memilih antara jalan kiri atau kanan dan kalau dia arahkan untuk ikut jalan tengah, kami tetap perlu menurutnya walaupun ia tidak wujud.

Mungkin dia keturunan diraja sebab itu dia tegas dengan pendirian dan kata-katanya. Aku menghampiri mama dan yang lain-lain. Mama sedang memanaskan sarang kami agar lebih selesa dengan nafas naganya. Aku meneguk liur kelat, aku harap dia akan lepaskan aku.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Vote, Comment dan Follow. TQ

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now