Bab 33

730 120 25
                                    

"Semua pengembara!!! Berkumpul!!" arah seorang pahlawan lalu pengembara yang ada di kota itu berkumpul untuk melindungi raja. Para ahli magik juga membuat kumpulannya sendiri dan bersedia untuk menyerang.

"Ice Prison!!!!" ucap mereka selepas beberapa saat membaca mantera dan ais mengikat diriku menghalang aku untuk bergerak. Beberapa askar yang lain membantu orang-orang dari kota pindah ke tempat yang selamat sementara pengembara menahanku dari bergerak.

"Wahh... Lihat betapa besarnya naga tu, tentu kita akan dapat ganjaran yang lumayan kalau dapat jatuhkan naga ni," ucap salah seorang dari pengembara tersebut.

"Cuba bayangkan berapa mahalnya tulang naga tu," ucap seorang lagi sambil memandangku dengan mata yang tamak. Melihat kebanyakan orang kota sudah keluar dari kota itu, aku mengambil peluang ini untuk melepaskan diri. Dengan menggunakan nafas apiku, aku membakar seluruh kawasan itu termasuklah pengembara yang mendekatiku. Beberapa dari mereka hangus dan menjadi abu tapi ada antara mereka yang berjaya menghalangku dari membakar mereka.

Ini bagaikan peperangan dan satu-satunya musuh di mata mereka adalah aku. Mataku liar mencari di mana raja itu melarikan diri dan aku menjumpainya bersama beberapa askar elit yang lain cuba melindungi mereka dan sedang membaca mantera untuk teleportasi. Aku terbang ke langit untuk mengejarnya namun ada beberapa lagi pengembara cuba menahanku dengan menggunakan alat magik yang agak kuat.

Aku keluarkan [item] yang sekian lama aku simpan yang aku dapat dari pemburuan slime dulu. Aku mengeluarkannya dan memakaikannya di kepalaku dan ia segera tenggelam ke dalam kepalaku dan terus membuatkan semua urat darahku bercahaya emas di seluruh tubuh.

[You put on golden crown]
[All your stats increase by x10]
[Your speed decrease by x10]
[Your growth increase by x100]

Aku tak pernah menggunakan barang ini sebab aku tahu ia agak bahaya terutamanya apabila ia menggandakan saiz aku. Kini secara tiba-tiba aku membesar sehingga 100 kali ganda dari yang asal dan semua manusia di depanku kelihatan seakan semut.

"Apa jadi?!!! Bagaimana dia boleh membesar sehingga saiz ni?!!" Jerit ahli pengembara. Banggunan yang berhampiran denganku semuanya runtuh akibat saizku yang membesar secara tiba-tiba. Ada antara mereka cuba menyerangku namun disebabkan sisikku yang tebal dan aku yang kebal hampir kepada semua elemen, ia tidak berhasil untuk mencalarkanku.

Aku terbang dengan pantas ke arah raja yang berada di atas bulatan sihir sedia untuk melarikan diri menggunakan teleportasi. Aku mendarat di hadapannya lantas menyebabkan kawasan itu dipenuhi dengan asap pasir dan magik ahli sihir itu terbatal. Raja itu terduduk apabila mataku berada betul-betul di hadapannya yang ternyata sangat besar dan aku seakan melihat semut. Ratu dan keturunannya yang lain menjerit panik apabila aku berada di hadapan mereka. Pahlawan raja menyerangku dengan cuba menikam mataku namun aku segera bangun dan menghembuskan api lantas perisai besar muncul menghalang dari apiku mengenai mereka. 

Melihat semburan apiku dapat dipatahkan, mereka tersenyum sinis dengan cuba menyerangku dengan menggunakan magik air namun mereka tak tahu bahawa aku mempunyai ketahanan pada semua magik. Aku mengaum kuat membuatkan awan berkumpul lalu aku mewujudkan sambaran kilat dan ia menghancurkan hampir seluruh banggunan di kawasan sekeliling.

"Dahsyat... kita takkan dapat kalahkan dia. Dia terlalu kuat," ucap salah seorang pengembara. Bunyi ketamakan pengembara yang inginkan tubuhku sebagai trofi mereka kini bertukar gerun apabila mereka sedar bahawa serangan mereka tidak berjaya. Mereka seakan hanya muncul untuk memberi masa kepada raja melarikan diri. Aku ternampak raja yang panik dan mereka cuba sekali lagi menghasilkan magik teleportasi untuk raja mereka. Sebaik sahaja aku cuba untuk menghancurkan mereka, Gohan tiba cuba menghentikan aku dengan berdiri di atas salah satu menara.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now