Bab 50

594 106 18
                                    

"Saya perlukan tulang naga, lebih tinggi tahapnya lebih lama portal itu bertahan dan kita tak perlukan masa tertentu untuk wujudkannya," jelasku membuatkan sage memandangku lama.

"Hmm... kalau begitu gunakan saja tulang beta," balasnya tenang membuatkan aku terkelip mata beberapa kali dan menjerit kerana terkejut.

"Maaf mencelah moyang tapi... kami percaya tempat ini masih selamat kerana penjagaan dari  moyang jadi..." mama cuba menolak dengan penuh risau.

"Ahhh... tak perlu risau tentang tu. Memandangkan budak ni sudahpun mempunyai sebahagian dari roh beta... Beta cuma perlu menumpang dalam tubuhnya saja. Lagipun, budak ni sememangnya tak tahu apa-apa bagaimana untuk membina empayar. Dia sangat naif. Beta akan gunakan tubuhnya untuk melindungi," ujarnya terus terang tanpa menyembunyikan apa-apa.

"Saya dengar semua tu..." balasku merasakan dia tidak langsung mengambil kisah tentangku.

"GAHAHAHAHA! Kenapa dungu?! Kamu tak mahu terima? Beta boleh beri kuasa kepada kamu dengan lebih kuat malah menyatukan empayar dengan apes. Kamu tak mahu?" ujarnya dengan lantang.

"Siapa saja yang suka jika tubuhnya dikawal dengan makhluk lain... Itu memang mengerikan," ujarku sambil memeluk tubuhku dan menolak apa yang dicadangkannya.

"GAHAHAHAHA... jangan risau tentang itu si dungu... Beta cuma boleh menggunakan tubuh kamu jika kamu membenarkannya. Selain itu, kamu boleh meminta pendapat beta apabila membuat keputusan. Beta mempunyai pengalaman dengan apes lebih 30 000 tahun jadi beta cukup faham sifat mereka," ujarnya membuatkan aku terkejut sekali lagi.

"Tapi... sikap mereka yang datang dari dunia kamu, hanya kamu yang tahu jadi beta cuma akan tolong kamu mengendalikan apes dari dunia ni," balasnya dengan senyuman manis membuatkan aku terkedu seketika. Pujukannya sememangnya sangat meyakinkan membuatkan aku hampir terima.

"Sage tak menipu kan?" soalku mula sangsi.

"Dengan nama keturunan beta dan empayar Dragonia... Kamu boleh mempercayai beta. Ini adalah kontrak sama seperti apabila [dragon tamer] cuba mendapatkan naga sebagai pengikutnya cuma bezanya kamu mendapat roh beta bukannya jasad beta," jelasnya membuatkan aku sedikit percaya.

"Ia situasi menang-menang. Kamu dapat gunakan tulang beta untuk mewujudkan portal dan beta dapat tempat untuk beta beradu. Ia tidak merugikan sesiapa. Lagipun... semua benda di dalam dunia tiada yang percuma, bukan?" soalnya untuk terus meyakinkan aku.

"Ahhh... kalau begitu, sememangnya sukar untuk saya tolak," ujarku memandangkan tulang naga bertahap tinggi adalah bahan yang paling aku perlukan kini.

"Kalau begitu... Evelyn! titah dari beta," ujar sage dengan serius terus membuatkan mama melutut hormat sedia untuk terima arahan.

"Mulai hari ini, tugas mengawal dan melindungi Rain bukan lagi pada pasangan kamu. Kini ia tugas kamu untuk melindungi bakal raja. Apabila umurnya cukup dewasa, Dragonia kingdom akan diberikan kepadanya," arah sage dengan tegas. 

"Junjung perintah maharaja," balas mama dengan hormat. Sage tersenyum puas, aku fikir mama tidak akan lagi menurutnya memandangkan dia tidak lagi seekor maharaja. Nampaknya pemerintahan kerajaan naga sangat berbeza dari kerajaan manusia. Aku fikir ia hampir sama.

"Jadi Rain... mari kita mulakan kontrak, Evelyn pergi jauh dari sini... kawasan ni akan jadi kucar," ujar Sage dan sekali lagi mama hanya terus menurut tanpa bantahan.

"Oh ya... sebelum itu Rain. Ini dia, beta percaya kamu memerlukan ini," ujar Sage lalu menghulurkan salah satu cincinnya kepadaku.

"Ini..." aku mula memeriksanya dan mengimbasnya. Ternyata cincin ini mempunyai magis ruang tapi ia kelihatan lebih istimewa daripada itu.

Legend Beast ✅ [Complete]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin