Bab 38

695 102 10
                                    

Aku kembali terbang sehinggalah kawasan tasik yang sering aku lalui untuk menuju ke kampung Lizardre membeku dan suasana di situ sejuk. Aku turun untuk memeriksa kawasan dan aku mengesan terdapat tapak seekor naga yang berkeliaran di situ. Naga mempunyai deria bau yang kuat membuatkan ia mudah mengesan bau naga yang lain membuatkan aku pasti bahawa bau ini aku sangat kenali.

"Snowy!!! kau di sini ke?" jeritku memanggilnya dan tiba-tiba sahaja gunung salji kecil yang pada mulanya aku fikirkan ia adalah batu dilitupi salji bergerak dan ia pantas menuju ke arahku. Aku tidak merasa sebarang bahaya mahupun naluri membunuh membuatkan badanku tidak bergerak untuk mengelak.

"RAIN!!!" jeritnya lalu melompat ke arahku. Aku terbaring ke tanah kerana tolakannya dan tubuhnya lebih besar sedikit dariku.

"Snowy? Kenapa kau di sini? dan macam mana kau boleh ke sini?" soalku pelik memandangkan naga salji sepatutnya hadir semasa musim sejuk tapi dia datang ke sini sewaktu musim panas. Ia akan menyebabkan kawasan ini mengalami perubahan musim.

"Snowy tak dapat rasa nafas Blizzard lagi... di mana Blizzard?" soalnya sambil menangis. Ahh... tentulah dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku pada Blizzard kerana mereka menetas secara serentak dan berkongsi kuasa yang hampir sama.

"Dia... dah tak ada," ucapku jujur membuatkan Snowy tersentak. Aku bangun dari baringku dan kami hanya senyap beberapa ketika. Snowy juga terdiam beberapa ketika seakan tidak dapat menerima apa yang baru sahaja didengarinya.

"Tak mungkin! Blizzard takkan mudah mati macam tu saja! Dia kuat!" Jerit Snowy tidak dapat menerima kenyataan lalu awan menjadi mendung dan terjadinya ribut salji.

"Snowy bertenang! Snowy!!" Jeritku apabila pokok di sekeliling mulai tumbang dan salji mula menggunung di tanah melitupi warna asalnya. Aku cuba menghentikannya namun dia menolakku jauh darinya seakan tidak mahu mendengar lagi apa yang aku ingin katakan.

"Snowy..." Tiba-tiba sahaja ribut itu kembali tenang dan Leavy sedang memeluk Snowy yang sedang menangis teresak sambil membenamkan wajahnya ke dalam pelukan Leavy.

"Rain... Betul ke? Apa yang saya dengar?" Soal Leavy kembali dengan wajah sedih. Aku terdiam dan rasa berat hati untuk berkata jujur. Mereka cuma naga tapi mengapa mereka mempunyai perasaan seakan manusia?

"Kita perlu pergi dari sini sebelum humana mula mengesan keadaan yang tidak normal di sini," balasku cuba membawa mereka ke tempat selamat. Aku risau kalau manusia menghantar 'dragon hunter' untuk menyiasat kejadian di sini.

"Snowy, kau boleh jadikan tempat ini kembali seperti asal?" Soalku cuba menutup bukti namun dia hanya mengeleng.

"H-hanya cahaya matahari yang boleh mencairkannya," balas Snowy sambil mengesat air matanya.

"Jadi kalau begitu, aku akan lepaskan magik [pyro]," balasku dan memunculkan bebola api gergasi dan cahayanya terus mencairkan ais dan salji yang memenuhi kawasan itu. Tiba-tiba aku ternampak satu tubuh pelik di bawah air yang kini separa beku.

"Apa tu?" soalku sendirian.

"Saya tak tahu tapi ini tempat terakhir saya dapat rasai nafas Blizzard dan tasik ni sememangnya sedia beku semasa saya tiba," balas Snowy jujur. Aku tersentak dan mula terfikir bahawa tubuh pelik itu merupakan Blizzard. Aku terus memasuki air dan menyelam menuju batu ais yang berada di dasar tasik itu. Di dalamnya terdapat seekor naga yang menggulung dan beku. Tubuhnya penuh dengan luka parah kesan tikaman dan pedang membuatkan aku yakin Blizzard membekukan tubuhnya sebagai langkah terakhir menyelamatkan diri. Malah aku perasan ada beberapa manusia beku di dasar tasik tersebut.

Aku baru teringat bahawa kuasa Blizzard adalah ais yang membekukan sekeliling dan juga turut membekukan masa di dalam aisnya. Mungkin kuasa itu juga yang membuatkan nafasnya berhenti serta jantungnya turut berhenti berdegup. Aku cuba memanaskan air itu dengan menggunakan kuasa api. Air di sekelilingku mula menggelegak panas dan batu ais yang kecil mula pecah dari bongkah ais tersebut.

Legend Beast ✅ [Complete]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora