Bab 13

1K 123 11
                                    

"Tsk... Aku nak keluar dari tempat ni tapi mereka ni mengawal aku dengan teliti sangat. Semua hanya disebabkan pengembara dan 'dragon slayer'. Errg," kataku sendirian sambil keluar dari rumah itu secara bersembunyi melalui tingkap.

Aku menggunakan kuasa halimunan agar tidak dikesan sewaktu aku keluar nanti. Aku nak lihat apa yang ada di luar sana setelah setahun aku berada di dalam kurungan penjagaan.

Sewaktu di hutan, aku terserempak dengan Ailana dan yang lain-lain membuatkan mereka secara tiba-tiba berhenti dari terus berjalan. Aku yakin aku dah tersembunyi jadi mengapa mereka berhenti?

Tiba-tiba Ailana menggunakan magis ais yang luas ke seluruh kawasan tapi aku terlebih dulu melompat dan terbang di langit mengelak dari magik itu.

"Ailana, awak pun ada terbau bau tuan muda ke?" Soal Ixcel. Ailana mengangguk tanda betul. Aku terdiam, dia boleh bau badan aku? Aku ni busuk sangat ke?

"Tapi... Tak ada tanda-tanda tuan muda ada di sini," balas Aegeus.

"Erm... Tapi bukan ke tuan muda ada sayap? Mungkin dia tak berada di tanah," ujar Redeth memberi pendapat membuatkan aku terus terkejut. Arghh!!! Tak guna punya Redeth! Menyesal aku beri kau nama tu! Tiba-tiba sekitar aku menjadi sejuk dan bersalji membuatkan tubuhku terkena salji.

"Betul kata awak Redeth, tuan muda memang ada di atas," katanya setelah dapat mengesan aku yang berada di udara kerana salji yang membentuk tubuhku. Aku mengeluh berat lalu mendarat ke tanah dan menghilangkan kuasa halimunanku.

"Cubaan kali pertama... Dan ia gagal, dan lebih teruk lagi... Disebabkan budak ni!" Kataku lalu menunding ke arah Redeth tidak puas hati. Redeth terus menyorok ke belakang Aegeus yang lebih besar kerana ketakutan.

Melihat dari kumpulan ini... Sememangnya kelihatan kumpulan yang lengkap jika dijadikan sebagai pengembara. Walaupun Redeth kelihatan seperti pengecut tapi dia handal menggunakan busur. Ailana sebagai [Mage], Ixcel sebagai [Healer], Aegeus sebagai [Tank] atau [Swordman] dan Redeth sebagai [Archer]. Sememangnya pasukan yang lengkap.

"Tuan muda nak ke mana sebenarnya?" Soal Ixcel sambil membongkok memandang aku yang pendek. Aku melakar wajah tidak puas hati lalu terus berdiri di atas batu.

"Well... Sebenarnya, patutnya naga sentiasa melihat kawasan bukannya berkurung di satu tempat. Kami perlu melihat kawasan sebelum dilepaskan apabila berusia 2 tahun," jelasku sambil menyilang tangan.

"Hmm... Tapi di luar ni agak bahaya, kami baru sahaja mengalahkan orc yang cuba masuk ke kawasan ni," balas Redeth.

"Grrr..." Balasku membuatkan dia terdiam dan mengunci mulutnya di belakang Aegeus.

"Saya perlu belajar memburu mulai sekarang sebelum berdikari bila berumur 2 tahun nanti, hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum saya berumur 2 tahun," balasku berdegil terus membuatkan wajah mereka berubah.

"Tuan muda akan tinggalkan kami nanti?" Soal Ixcel dengan nada kecewa.

"Yess... Lumrah semua hidupan akan dilepaskan terbang," kataku bersahaja masih tidak perasan perasaan mereka.

"Oh ye, kalau risau sangat tentang saya apa kata ikut saya pergi berburu... Hehe, barulah saya dapat buktikan saya cukup kuat," balasku sambil mencekak pinggang bangga namun mereka secara tiba-tiba berdiam tidak seperti selalu.

"Eh? Kenapa kau semua diam?" Soalku sambil menggaru belakang kepala kerana pelik dengan mereka yang tiba-tiba sahaja mendiamkan diri.

"Jadi kampung kami... Tak akan selamat lagi? Penetua Basak pernah cerita... Sebelum tuan muda datang ke kampung kami, keadaan kami teruk sehingga ramai yang mati kebuluran malah hampir lenyap sepenuhnya tapi selepas tuan muda datang tahap kami jauh berbeza dari lizardmen biasa dan humana gentar bila berhadapan dengan kami," terang Ixcel dengan raut sedih membuatkan aku serba salah.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now