Bab 43

633 105 21
                                    

Aku melihat papa lagi yang masih tidur cuba untuk menyembuhkan diri sendiri. Dia turut cuba untuk mencabut anak panah itu namun ia tidak dapat dicabut membuatkan dia tidak selesa dan selalu menjauhi kami kerana risau kami tersentuh pada luka kecederaannya. Melihat keadaannya yang semakin tenat membuatkan aku semakin nekad untuk menyembuhkannya. Aku mula dapat idea cara untuk sembuhkan papa.

"Papa... Papa masih sakit ke?" Soal Snowy cuba menghampiri.

"Snowy... Kamu jangan kacau papa berehat. Mari ikut mama pergi memburu," panggil mama menunggu di siling gua yang merupakan satu-satunya jalan keluar untuk kami.

"Tapi..." Snowy mula di dalam dilemma untuk meninggalkan papa yang sedang menahan kesakitan.

"Jangan risau Snowy, saya tinggal di sini teman papa. Lagipun, saya dah makan dah tadi," balasku sambil tersenyum namun dia kelihatan masih ragu-ragu.

"Baik kita pergi cari makanan sendiri, tak perlulah risau tentang papa yang perlu cari makanan untuk kita," ujar Blizzard cuba memujuk kembar kesayangannya itu.

"Erm... Baiklah, Rain jaga papa tau... Snowy pergi dulu," balasnya dengan wajah resah dan aku hanya mengangguk setuju.

Setelah mereka semua pergi, aku kembali memandang papa. Tubuhnya sememangnya besar dan aku hanya sebesar kukunya sekarang tapi naga sememangnya cepat membesar. Dua tahun lagi aku akan jadi sebesar peha dia sekurangnya. Aku terus melihat sebelah matanya yang tercucuk panah.

Walaupun darah mula kering namun ia semakin membusuk kerana dibiarkan. Melihat dari corak perak pada batang panah yang sememangnya kelihatan seolah panah yang dimiliki oleh orang kaya/istimewa meyakinkan aku papa menghadapi kecederaan yang bukan dari senjata yang biasa.

Malah, sisiknya cukup tebal untuk menahan sebarang serangan manusia biasa tapi luka yang ada padanya sememangnya cukup dalam dan mengambil masa untuk sembuh. Dia juga hilang selera makan membuatkan aku semakin resah risau jika dia tak dapat bertahan. Nafasnya turut semakin berat malah aku yakin dia akan terus tidur sehingga lukanya sembuh.

"Papa, kalau saya boleh cabut keluar senjata ni... Papa tak akan marah kan?" Soalku duduk di hadapannya.

"Kalau ia boleh dicabut, papa akan lebih dari gembira Rain. Kamu risaukan papa? Jangan risau, papa akan sihat selepas berehat sekejap," ujarnya lagi dengan nafas berat. Aku mengerutkan dahi. Dia masih mengambil ringan kecederaannya walaupun dia semakin tenat. Haih... Nampaknya aku perlu juga keluarkannya.

"Papa boleh janji pada saya?" Soalku membuatkan dia memandangku dengan penuh tanda tanya.

"Sakit macam mana pun, papa jangan bergerak," balasku penuh serius membuatkan dia merenungku lama.

"Kamu mahu cuba keluarkannya ke Rain? Tapi... Papa sendiri pun tak dapat gerakkannya walaupun seinci dari mata papa tapi baiklah... Kalau kamu rasa kamu boleh membantu papa, papa tak akan bergerak. Papa janji," balasnya sambil tersenyum pahit.

"Baiklah saya mulakan," ujarku lalu merenung serius pada matanya. Aku mengeluarkan bebola air supaya dapat menipu papa bahawa aku gunakan kuasa air untuk menyembuhnya.

"Rain... Ini..." Papa mula tertanya-tanya dengan apa yang aku lakukan.

"Saya dapat tahu magik air pun boleh menyembuh lepas saya terjatuh di tepi tasik hari tu," ujarku dan terus cuba menarik panah itu sedikit demi sedikit.

"Oh begitu... Erk sakitnya," ujar papa sambil terus cuba bertahan sementara aku terus menariknya.

"Bertahan papa. Hiyak!" Jeritku dan aku berjaya menariknya keluar lantas terus darah tersembur dari mata papa membuatkannya mengaum kuat kerana kesakitan.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now