Bab 52

574 107 20
                                    

"Apa yang kamu buat dengan mereka?" Soal Alussia resah melihat semua heroes yang tidak menyedarkan diri.

"Beta cuma tunjukkan pada mereka hakikat sebenar yang terjadi dalam dunia ni. Hakikat di mana mereka disanjung dan digelar sebagai heroes sebenarnya hanya dijadikan sebagai mesin pembunuh dan akan dihapuskan selepas sudah digunakan," ujarku sambil mendagu dengan malas.

"Itu tidak benar! Kami cuma... Kami cuma ingin hidup dengan aman!" Ujar Alussia membangkang. Aku hanya merenungnya.

"Dead Valley," ucapku membuatkan mereka tersentak.

"Tanah perkuburan para heroes yang lama dan tidak disemadikan. Kebanyakan mereka dibunuh oleh penyeru sendiri dan larva kematian yang diletakkan di dalam otak mereka telah membuktikan kalian hanya ingin mempergunakan mereka," ujarku membuatkan mereka berpeluh dingin. Aku bangun dari kerusiku yang diperbuat dari magis kayu dan perlahan berjalan ke arah puteri mereka.

"Untuk menyeru mereka ke sini perlukan korban yang banyak kan? Adakah peperangan hanya sebagai alasan untuk mereka dijadikan korban penyeruan?" Soalku dan mereka tidak dapat menjawab.

"Beta memberi pendapat untuk satukan kerajaan kita supaya tiada lagi peperangan jadi... Mengapa kamu menolak pendapat beta? Bukankah keamanan yang kalian mahukan? Mengapa masih inginkan peperangan?" Soalku membuatkan mereka semakin terdiam.

"Itu... Itu sebab arahan dari raja adalah mutlak," balas Puteri Alussia. Suaranya tergetar seolah dia sendiri tidak pasti dengan apa yang dia katakan.

"Beta faham... Jadi kesetiaan kamu tidak mengira salah atau benarnya raja. Kamu ingat apa janji kamu sebelum ni?" Soalku membuatkannya membutangkan mata.

"[Disappear]," ujarku lalu Puteri Alussia hilang dan menjadi abu.

"Tuan Puteri!!!!" Jerit mereka yang lain terkejut dengan kehilangan puteri mereka. Memandangkan aku kini boleh membuka portal ke dimensi lain aku boleh kembalikannya tapi aku ingin memberi pengajaran kepada mereka sebelum aku mengambil semula puteri mereka.

"Sekarang tuan puteri kalian sudahpun hilang, apa kalian mahu lakukan?" Soalku dan menjeling ke arah Yunov yang terkedu dan wajahnya seakan tidak percaya.

"Kau... Perangkap kami?" Soal Yunov sukar untuk mempercayai apa yang dia lihat.

"Perangkap? Tidak. Kamu ingat perjanjian kita? Beta akan mati kalau membelot perjanjian kita itu... Termasuklah kalian," balasku dengan senyuman.

"Jadi... Kenapa kau bunuh tuan puteri?" Soal Yunov dan cuba untuk mengambil senjatanya namun dia tersedar bahawa semua senjata yang ada turut lesap kerana skilku tadi.

Kini mereka tidak boleh berlawan ataupun berundur. Heroes tiada di sini untuk membantu mereka kerana mereka tidak menyedarkan diri. Puteri mereka pula dianggap turut mati kerana hilang di hadapan mata mereka. Mereka yang lain turut cuba mengaktifkan skil mereka namun dengan skil [Lock] aku tadi bukan hanya terkesan pada sekeliling namun turut pada manusia.

'Rufus... Macam mana sekarang? Aku nak Yunov berada di pihak aku,' soalku di dalam kepala kepada Rufus yang hanya duduk terapung sambil menyilangkan kaki dan tangan.

"Biarkan mereka rasa terdesak dan tiada pilihan lain selain menerima kamu sebagai ketua," balas Rufus tenang. Aku tak tahu cara ini berkesan atau tidak, dia ikut cara untuk menundukkan naga jadi mungkin ia juga berhasil untuk menundukkan manusia.

"Beta tidak membunuhnya... Beta cuma 'menyimpan'nya. Beta boleh lakukan seperti ini pada semua kota dan kerajaan tapi beta pilih untuk berbincang jadi... Ikut perancangan beta atau lesap bersama puteri dan kerajaan kalian," balasku membuatkan mereka tersentak.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now