Bab 1

3.2K 184 70
                                    

"Rain... Ke mana kita nak pergi?" Soal seorang gadis jelita di sampingku. Aku tersenyum lebar, dengan kekayaan yang sememangnya tidak akan pernah mengecewakan gadis dan rupa yang sangat kacak aku mudah untuk mendapat gadis yang aku ingini. Hari ni adalah hari yang ditunggu-tunggu setelah sekian lama. Ahak!

"Hari ini kita akan bergembira kita akan ke ho- burg!!!" Ucapku tidak terlepas apabila secara tiba-tiba aku ditembak seseorang dan maut di tempat kejadian.

"Oi! Kau tembak ke mana? Aduhh jom blah kau kenapa tak lock pistol kau," kata seseorang dan terus berlalu pergi. Gadis yang berada di sebelah aku tadi walaupun cemas dia tetap mengambil kesempatan dengan mencuri dompetku di dalam poket seluar lalu terus berlalu pergi.

Pandanganku terus gelap, membuatkan aku rasa seperti di dalam kotak. Aku rasa tempat ini terlalu sempit. Aku dah mati ke? Tak! Tidakk!!! Aku tak dapat jadi lelaki sejati lagi!! Argh! Gadis tadi pun aku baru mahu jadikannya sebagai isteri mungkinlah... Arghhhh tak penting!! Ini tak adil! Tak adil! Aku perlu keluar dari sini!!!

Aku mengerakkan tubuhku dan cuba keluar dari tempat yang sempit itu sekuat hatiku. Secara tiba-tiba aku terlihat cahaya di rekahan membuatkan aku semakin menggasak untuk melepaskan diri. Aku keluar dari tempat itu lantas satu suasana pelik tertangkap oleh mataku. Beberapa ekor naga yang seakan baru keluar dari telurnya memandangku dengan sebuah senyuman. Malah saiz mereka sememangnya lebih besar sedikit dariku.

Arghhh!!! Aku baru keluar dari tempat tu dan sekarang aku bakal mati dengan benda tak masuk diakal ni?!! Arghh!! Aku tak tahu aku di mana?! Mungkin aku diisekaikan? Ha? Tapi aku tak ada peluang gunakan [cheat]! Mungkin sempat! Sempat!

'Apa-apa [cheat] pun!! Jadikan aku selamat dari situasi ni!!! Hiyakkkk!!!' Ucapku yakin di dalam hati sambil melancarkan serangan yang tidak diketahui (tak ada apa-apa yang keluar) melalui tanganku sehinggalah aku menyedari sesuatu. Tangan aku nampak pelik.

"Eh??" Aku kehairanan dan sesuatu menjilatku dengan lidah yang sangat besar. Aku memandang ke arah jilatan tersebut dan dua ekor naga yang sangat besar seakan menungguku.

...

Eh?

EHHHHHHH?!!!!!

.
.
.
.

Apa yang dah jadi sebenarnya? Aku tak pernah bayangkan yang aku jadi naga apabila diisekaikan, patutnya aku jadi seorang pengembara yang sangat kacak dan mempunyai kekuatan luar biasa. Kenapa aku jadi binatang? Binatang ni patut jadi mangsa buruan aku... Huhu

Aku menepuk muka masih tidak dapat menerima kenyataan. Di dalam keluarga naga ini aku merupakan naga yang paling muda daripada enam anak naga. Empat ekor darinya adalah jantan termasuk aku dan dua ekor adalah betina. Aku masih duduk di dalam telurku kerana aku rasa menyesal keluar dari tempat sempit ini dan akhirnya aku tiba di tempat yang pelik ni. Aku hanya mampu melihat dengan hati yang sudahpun hancur. Aku tak dapat melihat gadis yang cantik lagi, itu semua sudah menjadi mustahil huhu...

"Rain... Kenapa duduk dalam tu? marilah keluar," kata kakakku yang bernama Leavy. Ya, aku diberikan nama Rain seperti nama asalku kerana aku menetas semasa hujan. Aku memandang wajah lembut kakakku itu yang tersenyum memandangku. Anak naga sememangnya tak pelik jika mereka comel. Aku terus mengambil pecahan telur yang tersisa dan menutup telurku menjauhi dari penglihatannya.

"Pergi!!! Arghhh!! Jangan ganggu aku!!" Jeritku, sekarang aku dapat bercakap dengan naga. Ini sememangnya pelik arghh!! Aku menggeletar ketakutan kerana aku dapat merasakan bila-bila masa sahaja aku akan menjadi makanan.

"Knock! Knock! Raja naga datang... Hiyaakkk!!! Keluar!" Jerit abang sulungku, Tornado lalu menanduk telurku sehingga ia terbalik dan aku terkeluar dari telurku yang pecah akibat daripada tandukan itu.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now