Bab 35

715 115 28
                                    

"Kau ingat lagi apa yang aku kata aku boleh buang sumpahan tu? Sekarang minum," ujarku sambil tersenyum senget membuatkan Gohan dan lain-lain tergamam.

"Cepatlah!!! Sakit ni syia*!!! Aku rasa nak nangis tahan ni!!!" Jeritku dalam bahasa jepun di mana Gohan dan kumpulannya saja yang faham.

"T-tapi tu..." Ujar Gohan rasa jijik.

"Cepatlah! Darah naga ni pun penawar!" Balasku lalu dia terus menutup mata lali menghisap darah pada jariku dan menelannya dengan wajah menahan jijik.

"Sekarang kalian pula," arahku sambil mengajukan jariku pada mereka yang lain. Mereka terus melakarkan wajah jijik.

"Darah aku darah yang berharga kau tahu? Humana kumpulkan keturunan aku untuk darah ni. Sekarang kau pilih, kau jilat darah aku yang menitik  di tanah atau terus dari jari aku sekarang," ujarku menahan geram dan sakit pada waktu yang sama. Mereka terkial-kial namun akhirnya turut mengikut Gohan menghisap jariku.

Selepas mereka semua dapat sedikit darah daripadaku, aku terus menggunakan kuasa penyembuhanku untuk memulihkan semula jariku yang hilang tapi jari itu berubah menjadi jari naga mungkin mengambil masa untuk ia kembali membentuk jari manusia.

Mereka semua terdiam sambil menekup tangan mereka pada mulut mereka dengan wajah pucat. Tak lama kemudian, Gohan termuntah darah dengan seekor larva sebesar ibu jari lalu ia mengelupur seakan terbakar dan terus mengecut. Selepas Gohan, yang lain turut mengalami situasi yang sama. Mereka terkejut melihat larva itu akhirnya keluar dari tubuh mereka selepas mengambil darahku. Melihatnya yang mengecut dan tidak bergerak meyakinkan kami, ia sudahpun mati.

"Sekarang, kita perlu memikirkan jalan untuk hentikan mereka dari terus cuba datang ke sini," ujarku sambil mendagu.

"Macam mana kalau kita gunakan magik ilusi?" Ujar Royu salah seorang daripada hero.

"Ilusi? Aku hanya boleh gunakan kuasa elemental dan telepati buat masa sekarang tapi kalau kau boleh tunjukkan magik tu mungkin aku boleh belajar," ujarku membuatkan Royu melakarkan wajah pelik.

"Kau serius tak tahu gunakan magik ilusi? Penyamaran pun dalam kategori magik ilusi," ujar Royu sambil melihatku. Aku mula terfikir semula bahawa aku dalam penyamaran sebagai manusia.

"B-betul ke? Aku tak pernah terfikir penyamaran tu dalam kategori magik ilusi," balasku sambil menggaru belakang kepala.

"Dalam kumpulan kami, Royu paling berbakat dalam menggunakan magik ilusi. Kita masih ada 4 hari lagi sebelum mereka mula menyerang. Mungkin mereka dapat lihat apa yang kami lihat melalui larva tu tapi sekarang aku pasti mereka gagal untuk terus mengesan memandangkan larva ni mati," terang Gohan penuh serius.

"Saya boleh gunakan magik ilusi untuk mereka berpusing di tempat yang sama dan gagal menjumpai tempat ni atau buatkan mereka berpatah balik dan berkhayal seperti tiada apa-apa di sini," terang Royu membuatkan aku mendagu.

"Berapa lama masa yang perlu diambil?" Soalku.

"Lihat dari saiz tempat ni kalau saya seorang mungkin mengambil dalam masa sebulan. Maaf tapi paling pantas yang saya boleh buat dalam 15 hari," terangnya lagi. Aku memandang Redeth, Ailana, Ixcel dan Aegeus.

"Apa yang diperlukan untuk gunakan magik ilusi?" Soalku.

"Ia Mana (tenaga magik) yang tinggi," balas Royu.

"Jadi... Aku tinggalkan kau bersama pengikut setia aku. Mereka berempat paling terkuat dalam kampung ni dan harapan utama. Redeth, Ailana kamu berdua ada [mana] yang paling tertinggi jadi aku mahu kamu berdua belajar menggunakan magik ilusi dari Royu. Kitsune juga biasa gunakan magik ilusi untuk menarik perhatian mangsa jadi kau boleh gunakan mereka," arahku kepada mereka berdua. Redeth mengangguk walaupun dengan peluh dingin selepas melihat aku yang serius dan seperti biasa Ailana hanya menuruti.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now