Bab 27

836 133 57
                                    

Di dalam dunia ini yang digelar Dunia Fantas, pelbagai makhluk berkuasa dan penuh magik. Namun, di dalam dunia ini hanya ada dua jenis makhluk yang paling berkuasa iaitu manusia dan demon. Mereka sering berperang untuk menjadi makhluk paling terkuat dalam hierarki Fantas manakala naga adalah haiwan paling terkuat dan sering digunakan sebagai alat peperangan tapi segalanya akan berubah hari ini.

"Hm? Ini ke Land of Darkness? Sememangnya macam dalam permainan video," ujarku sendirian apabila tiba di hutan yang sangat gelap. Segalanya berwarna kelabu dan hitam menunjukkan betapa suramnya kawasan yang dikatakan kerajaan yang dikuasai oleh demon lord.

Selain dari pokoknya yang berwarna kelabu tanah kerajaan ini turut berwarna hitam. Hutan ini sunyi seolah tiada seekor pun makhluk berkeliaran. Mungkin kerana waktu masih petang dan mereka hanya aktif pada waktu malam. Aku melangkah masuk dan menjejak tanah hitam itu. Sebaik sahaja aku menjejakkan kakiku, aku dapat rasakan sesuatu terjaga dan terus memerhatikan aku membuatkan aku terus meremang.

"Pandangan membunuh," ujarku sendirian dapat merasainya namun tiada sebarang serangan yang dilancarkan kepada aku membuatkan aku terus melangkah masuk. Mungkin disebabkan aku dalam bentuk naga, mereka hanya menganggapku sebagai haiwan yang hanya berkeliaran.

Tanah ini agak hangat berbanding di luar kawasan malah walaupun hutan ini nampak suram, tumbuhan di dalam hutan ini kelihatan besar dan kuat. Aku terus berjalan dan dapat merasakan mata-mata makhluk yang tinggal di dalam hutan ini merenungku secara senyap dari tempat persembunyian mereka.

Aku dapat rasa seolah tempat ini sememangnya dicipta untuk aku disebabkan warna badanku yang sama seperti tanah di tempat ini. Kalau aku tidur di mana-mana kawasan ini mungkin mereka fikir aku adalah batu yang sememangnya ada di sini dan takkan menyedari aku adalah naga.

Aku terus menuju ke tengah hutan itu dan terbau beberapa makhluk yang berkumpul dan ia semakin kuat. Beberapa ekor makhluk yang kelihatan seolah manusia berekor tajam memunculkan diri dengan pakaian askar dengan pandangan membunuh dengan alatan memburu. Aku mendongakkan kepala untuk menampakkan diriku berani dan tidak gentar walaupun diserang.

"Saya datang ke sini untuk bertemu dengan raja," ucapku membuatkan mereka terkejut. Tiada siapa yang boleh memahami apa yang diperkatakan oleh naga kecuali sejenisnya sendiri. Malah naga di hadapan mereka ini adalah anak naga  muda yang masih belum mencecah umur 10 tahun.

"Kalian semua pasti mahu berlawan dengan saya?" Soalku lalu menggunakan skil [Monarch] apabila melihat mereka tidak mahu berundur lalu memaksa mereka untuk melutut.

"Lu-lutut saya!" Ujar mereka panik apabila lutut mereka terus mencecah tanah tanpa dapat dikawal. Aura sage dilepaskan membuatkan mereka berpeluh dingin, tiba-tiba seseorang bersayap memunculkan diri lalu memberi tundukan hormat.

"Kami menjemput naga sage untuk bertemu raja," ujarnya ringkas membuatkan aku membalas dengan senyuman nipis dan melepaskan mereka semua. Aku terus menuju ke pintu utama untuk masuk ke dalam istana dan mereka lebih terkejut apabila aku berubah menjadi manusia yang kelihatan masih seorang budak kecil.

"Jangan cuba apa-apa... Atau kalian akan menyesal," ujarku apabila aku dapat merasai aura membunuh dari mereka yang mungkin fikir mereka lebih berpeluang untuk membunuhku dalam bentuk yang kelihatan seperti budak yang lemah. Mereka terus membutangkan mata apabila dapat merasai aura membunuhku yang lebih kuat. Mereka berundur dari terus cuba untuk menyerangku.

Aku tiba di ruang takhta dan seorang lelaki bertanduk duduk di atas takhtanya sambil menyilangkan kaki dan mendagu. Aku hanya terus tersenyum melihat seorang perempuan yang duduk di ribanya yang kelihatan sangat seksi dan cantik. Mereka dengan tanpa rasa malu tunjukkan hubungan mereka begitu kepada aku yang masih budak sememangnya melampau. Ahh... Aku betul-betul rasa nak bunuh mereka sekarang ni.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now