Bab 36

778 119 41
                                    

Aku meluncur laju ke arah hutan kegelapan dan mengambil masa hampir 17 jam dan akhirnya aku tiba pada waktu malam. Sebaik sahaja aku tiba, mereka yang berjaga di hadapan istana terus cemas dan berubah pucat seakan menemui seseorang yang sememangnya tidak dijangka.

"Saya datang untuk buat pertukaran," ujarku serius menukarkan diriku menjadi manusia. Mereka yang lain memandang sesama sendiri sebelum seseorang keluar dari istana seakan dapat informasi tentang kedatanganku.

"Tuanku menunggu tuan di dalam," ujarnya penuh karisma membuatkan pengawal yang lain menurunkan senjata namun ia tidak dapat menghilang rasa resah mereka namun aku tetap masuk ke dalam istana itu dan menghadap raja mereka yang duduk dengan tenang di takhtanya.

"Jadi... apa yang kamu mahu dari beta?" soalnya tegas. Aku menarik nafas dan cuba bertenang namun setiap tingkahku diperhatikan malah mereka kelihatan berwaspada walaupun aku cuba menarik nafas membuatkan aku rasa kekok.

Mungkin kedatangan aku sebelum ni meninggalkan kesan yang tak sepatutnya sekarang aku rasa bersalah buatkan mereka rasa yang aku ni terlalu bahaya.

"Saya datang untuk buat pertukaran bukan untuk bergaduh jadi... awak semua tak perlu berwaspada dengan saya," ujarku penuh hati-hati sambil tersenyum kekok. Demon Lord yang duduk di takhtanya mengelipkan matanya beberapa kali lalu memberi isyarat tangan untuk mereka yang lain bertenang.

"Walaupun kamu kata begitu... kuasa suci kamu terlalu tinggi untuk seekor naga muda malah beta tak pernah melihat mana-mana naga seusia kamu berkebolehan untuk bertukar menjadi humana," komennya memandangku dengan kening berkerut.

"Ah... itu sebab saya anak dari naga lagenda," balasku sambil tergelak kekok.

"Dari pandangan kami... kamu bukan lagi naga," ujarnya lagi membuatkan aku terdiam.

"Ianya mustahil untuk makhluk selain humana gunakan magik suci dan mustahil untuk makhluk selain demon gunakan magik kegelapan tapi kamu... boleh gunakan kedua-duanya malah ia harmoni dan tidak berlawan satu sama lain," komennya sambil mengecilkan matanya memandangku dengan penuh serius.

"... kamu bukan lagi naga tapi 'beast'," ujarnya membuatkan aku terkedu.

"Tak tak... saya naga. Anak naga kepada naga lagenda, Thunderclap. Saya tak nak berbangga dengan kemusnahan yang dia pernah lakukan tapi... ya saya anak dia dan ia normal untuk saya ada kuasa yang lebih kuat berbanding naga lain, kan?" balasku sambil memandang ke arah lain mula kekok dengan apa yang dia sampaikan.

"Haih... Jadi apa yang kamu mahu?" Soalnya lagi penuh tegas.

"Berikan saya bunga Hell Spider Lily," pintaku. Mendengar sahaja permintaanku mereka semua terus berwaspada dan melindungi raja mereka.

"Sejak beratus-ratus tahun dahulu, kami dan humana berperang untuk bunga ni dan kamu dengan mudah memintanya. Maaf tapi... Walaupun beta perlu korbankan nyawa beta... Beta akan lawan!" Ujarnya lalu bangkit dari takhtanya dan mengeluarkan aura kegelapan yang lebih kuat dari yang lain. Mereka mula mengelilingi aku sebagai langkah waspada.

"Tenang... Tenang... Sebab itu saya kata 'pertukaran'. Saya takkan ambil bunga tu tanpa memberi apa-apa kembali," balasku tenang cuba menenangkan mereka.

"Tiada apa dalam dunia ni yang boleh mengantikan nyawa demon lord!!!" Ujarnya penuh marah membuatkan aku tersentak.

"Apa maksud tuanku?" Soalku kembali penuh keliru.

"Jadi kamu tak tahu apa sebenarnya bunga tu..." Ujarnya lalu mengarahkan yang lain menurunkan senjata.

"Apa yang saya tahu bunga tu dikatakan dari dunia lain dan bukan berasal dari dunia ni dan ia sangat langka," balasku jujur. Demon Lord menghembus nafas berat.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now