Bab 40

546 96 21
                                    

Awan hitam berpusar di langit membuatkan mereka melihatku dengan senyap seakan menunggu seranganku. Kilat sabung-menyabung di sebalik awan dan beberapa saat selepas itu aku menyerang mereka dengan serangan kilat.

"[DispelGa!!!]" ucap seseorang lalu cahaya pelik menuju ke arahku namun serangan itu tidak menyakitkan. Serangan yang tidak boleh dielak walaupun skil [dodge] aku tahap tinggi. Ia bukan sesuatu yang normal.

[Attack reduce 30%]
[Magic attack reduce 80%]
[Defense reduce 40%]

Mereka gunakan [debuff] sememangnya berita buruk namun aku mempunyai magik holy yang mengembalikan kekuatan aku tapi aku risau walaupun kebanyakan sihirku tidak menggunakan mana. Aku masih tak dapat meneka kekuatan kuasa magik mereka.

Tiba-tiba serangan muncul dari belakangku dan serangannya sememangnya kelihatan dia menyasarkan untuk memenggal kepalaku. Aku terus berpaling ke belakang dan memuntahkan venom ke arahnya membuatkan dia berundur dan mengarahkan salah seorang dari mereka untuk menyembuhkannya dari serangan racunku. Aku sedar mereka ada empat pengguna magik holy yang bertahap tinggi. Ramai antara mereka sudahpun dinaik tarafkan kebolehan mereka.

Aku cuba menggunakan skil [monarch] kepada askar mereka untuk membuatkan mereka menyerang sesama mereka dan mengurangkan kerja aku. Mata mereka bercahaya putih dan mereka memalingkan wajah mereka ke arah heroes dan tiba-tiba seorang hero dengan perisai berat muncul.

"[Mind Shield]!" ucapnya lantang sambil menghentak perisai besarnya ke tanah sehingga mewujudkan gegaran kuat dan angin yang meniup kuat sehingga membuatkan penerbanganku hilang kawal seketika lalu mereka yang dikawal tadi terus seakan sedar semula.

Aku mengetik lidah lalu terus menyerang mereka dengan muntahan lava lalu seorang pahlawan wanita muncul dengan skrol besar dan membukanya luas. Di dalam skrol itu muncul lubang hitam yang menelan muntahan lavaku seakan ia tidak berhasil. Aku mengecilkan tubuh menjadi tikus dan melepasi magik pertahanan yang tertumpu ke atas. Aku masuk ke dalam kubah pertahanan itu dan menyerang dari dalam membuatkan askar manusia terkejut.

Aku menyerang balas dengan magik tanah yang menikam mereka semua yang menghampiriku dengan jerakah kasar. Mereka terkejut dengan magik elemenku yang pelbagai. Aku terus diserang dari jarak jauh yang ada antara mereka pengguna panah dan sniper magik.

"Dia pengguna magik quadra!" jerit salah seorang hero namun aku terus menyerang mereka dengan tsunami bersama serangan kilat membuatkan ramai antara mereka mati kerana renjatan dan lemas. Namun tank mereka bukan yang biasa, mereka dapat menahan magik aku dengan kuasa pertahanan mereka.

Tiba-tiba aku ditikam dari belakang bersama rantai pelik mengelilingi tubuhku membuatkan aku terkejut. Seorang lelaki menunjukkan diri di belakangku yang sebelum ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana dia menggunakan skil halimunan membuatkan aku terus memusingkan tubuhku cuba menghempapnya ke tanah namun dia sempat melompat pergi. Rantai terus muncul dari belati itu menutup mulutku dan sebahagian tubuhku.

[All magics been locked]

"The fakkkkk!!!!" jeritku tidak puas hati membuatkan mereka terkejut kerana aku boleh bercakap. [Item] yang aku paling risaukan muncul tanpa aku sedar malah belakangku terus sakit kerana pisau belati yang terus melekat di belakang.

"Akhirnya... kau bercakap Lord Rain," ucap salah seorang hero yang muncul dengan wajah beku. Di belakangnya terdapat pengkhianat yang mungkin memberi informasi tentang aku. Aku mengetap gigi geram dengan mereka.

"Aku tak faham! Kenapa kau semua pilih untuk jadi hamba dunia ni dari balik ke dunia kau semua. Aku bagi kau peluang untuk balik kenapa kau semua masih nak tinggal di sini? Kau dikawal? Aku sudah sembuhkan mereka dan aku boleh sembuhkan kau!" jeritku.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now