Bab 4

1.2K 143 37
                                    

Aku memandang Tornado dan lain-lain. Mereka menyorok ketakutan setiap kali mama menengking papa dengan ngauman naganya. Aku menarik pipiku ke bawah tanda kepenatan.

"Mama," panggilku namun tidak didengari kerana dia masih fokus memarahi papa. Aku tanpa sedar dah panggil mama dan papa pada mereka ni.

"Mama!!!!" Jeritku kuat membuatkan mereka semua memandangku.

"Tak nampak ke saya okey?! Itu lebih baik kan?! Tengok apa yang mama buat pada mereka ni mereka ketakutan disebabkan mama. Saya rasa papa datang tepat pada masanya kalau papa terlambat sikit mereka mungkin dah ambil saya dan jual saya tak boleh ke mama rasa bersyukur sikit?!" Jeritku membuatkan mereka semua terdiam.

"Ta- tapi sayap," mama cuba membalas.

"Saya tak kisah pun tentang sayap saya! Naga ditakuti semua sebab mereka kuat di langit jadi saya akan jadi kuat di daratan. Abang dan kakak saya mungkin akan jadi raja dan permaisuri di langit tapi saya akan jadi raja di daratan! Tak boleh ke mama lebih yakin pada saya!? Berikan saya harapan! Bukan patahkan harapan saya lagi! Saya boleh sembur api dan buat semua makhluk gerun dengan saya dan seluruh hutan musnah! Yakin lagi pada saya!" Jeritku tegas membuatkan mereka terdiam. Mama menunduk kesal.

"Mama minta maaf, mama cuma cemas dan takut kamu semua diambil, sob sob" kata mama sambil menangis. Papa membutangkan mata sambil memandang mama dengan wajah tak percaya.

"Huh... Tak apa, lagipun salah kami juga keluar tanpa pengetahuan mama dan papa," balasku sambil menyilang tangan dan memandang Tornado dan yang lain-lain. Mereka yang memandangku terkejut lalu terus melarikan pandangan dan bersiul seakan tidak ada kena mengena dengan mereka.

"Wow... Ini pertama kali papa lihat mama menangis sebab dimarahi dan minta maaf," kata papa masih memandang tidak percaya.

"Diamlah! Awak apa tahu?! Anak kita ni menyeramkan tau tak?! Dia masih anak kita yang berusia dua hari ke?! Ha?!!" Balas mama sambil mencekik leher papa. Aku menghembus nafas lega sekurangnya keadaan dah terkawal.

"Jadi anak-anak mama semua... Apa yang kamu semua buat di luar dan bagaimana kamu semua boleh keluar?" Soal mama kepada Tornado dan yang lain-lain. Papa menjauhi mama yang kini dipenuhi aura setan di sekelilingnya. Dia mengambilku dan menunduk membawaku jauh dari yang lain-lain.

Tornado dan yang lain-lain menjerit dalam senyap meminta pertolongan untuk membawa mereka juga namun hanya aku yang dia dapat selamatkan kerana kecederaanku. Aku hanya tersenyum sinis dan turut melakar wajah setan. Dendamku dari aku mula menetas kini terbayar.

Sementara mereka dibebel, papa menjilat sayapku yang luka ibarat cuba menyembuhkannya membuatkan aku kegelian. Ini juga adalah salah satu penyeksaan, dijilat dengan lidah yang baru sahaja menelan manusia tadi.

"Lepas ni... Papa takkan benarkan 'Ape' sentuh kamu lagi," ucapnya tiba-tiba membuatkanku terkejut. Ape?! Ape tu sejenis monyet kan?!! Dia maksudkan manusia ke?!! Apa dah jadi pada dunia ni?!!

"Rain, macam mana kamu tahu naga boleh semburkan api sedangkan kamu belum berusia dua minggu? Dan papa masih tak ajar kamu lagi bagaimana ingin gunakannya," soalnya kepadaku membuatkan aku tersentak. Jadi naga cuma boleh semburkan api cuma apabila dia berumur dua minggu?

"Waktu saya hampir terkena dengan bola api sebelum ni saya cuma fikir 'oh... kan bagus kalau saya boleh gunakannya seperti mereka' dan kemudian saya rasa tekak saya terbakar dan saya terus keluarkannya," terangku gugup namun melihat reaksi papa nampaknya dia percaya.

"Begitu rupanya. Haih... Maafkan papa sebab terlambat," balasnya dengan kesal. Aku pula rasa kasihan dengannya.

"Pfff... Papa nak kata tak wujud lagi naga yang boleh semburkan api selepas dua hari menetas kan? Bukan ke tu maknanya saya bakal jadi naga terhebat dalam sejarah?," balasku lalu mencucuk pipinya dengan kuku yang tumpul.

"Hahahhaha semestinya, anak papa semua akan jadi hebat terutamanya kamu si berani," katanya lalu cuba mengeletek perutku tapi aku tidak beri sebarang reaksi. Aku sememangnya tak ada rasa geli membuatkan papa yang tadinya gelak mula mengeluarkan air mata hambar.

"Berhenti la oi!" Jeritku tidak dapat menerima dia yang secara tiba-tiba menjadi depresi hanya disebabkan aku tidak memberi reaksi.

"Hei papa, boleh ceritakan pada saya tentang 'a-ape' ni?" Soalku tidak sanggup menyebut perkataan itu dimana aku rasa seolah menghina spesis aku sendiri tapi aku perlu juga sebut untuk dapat sedikit informasinya.

"Hmmm... Kita memanggil mereka sebagai 'ape' tapi mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'humana*' humana ada yang menjadi musuh kita iaitu mereka digelar 'dragon slayer' dan ada yang menjadi teman kita iaitu 'dragon tamer'. Papa tidak begitu pasti dengan humana tapi apa yang papa tahu kita tak boleh dekat dengan 'dragon slayer'," kata papa sambil termenung.

"Papa pernah jumpa?" Soalku ingin tahu.

"Papa tak pernah tapi... Abang papa pernah dan akhirnya dia tumpas di tangan mereka. Biarpun kami merupakan naga lagenda, mereka turut mempunyai senjata yang hebat untuk mengalahkan kami malah setiap kali mereka dapat tumpaskan kami, mereka menjadi bertambah kuat," kata papa jujur membuatkan aku serba salah. Kalau aku jadi seorang pengembara pun mungkin aku akan membunuh naga demi untuk meningkatkan tahap aku buatkan aku turut menghembus nafas kesal.

"Macam mana dengan 'dragon tamer'? Papa pernah jumpa?" Soalku ingin tahu.

"Hmm... Pernah terserempak tapi tahapnya lebih rendah dari papa jadi dia berundur daripada cuba jadikan papa sebagai teman dia. Papa tengok dia tak nampak bahaya jadi papa biarkan dia lagipun naga yang ada bersamanya sangat gembira menunjukkan dia seorang yang baik," tambahnya lagi.

"Kalau kami ikut 'dragon tamer' papa akan terima ke?" Soalku ingin mengorek rahsia. Papa diam seketika.

"Bila kamu berusia dua tahun, kamu perlu ambil jalan kamu sendiri samada tinggal bersama dalam kelompok atau menjadi 'lone dragon', apabila kamu hidup sebagai kelompok kami akan bantu kamu tapi kalau kamu menjadi 'lone dragon' seperti papa apa jadi pada kamu tak akan ada sesiapa masuk campur," ujarnya bersama senyuman. Menjadi seekor naga sememangnya sukar, hidup di rumah sendiri tapi mereka ceroboh masuk dan bunuh kami di sarang kami sendiri.

Aku mencengkam kepalaku kerana kesal aku mahu menjadi seorang pengembara sedangkan apa yang aku bakal buat hanyalah membunuh. Aku memandang wajah papa yang kini baru ku sedar penuh dengan parut bertarung.

"Papa mesti banyak bertarung dengan kesan parut ni," kataku ambil berat dan terus mukanya berubah mendadak dengan sinaran di mukanya seakan dalam keseronokan membuatkanku pelik.

"Ia berbaloi papa dapat mama, kekekkekeeke," gelaknya dengan wajah pelik. Aku menyesal kata rupanya itu cuma parut dalam pertarungan untuk mendapatkan pasangan. Ceh, tak guna.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Info Tambahan
Setelah Tornado dan lain-lain berusia dua tahun mereka akan mengambil laluan masing-masing. Jika mereka mengambil laluan untuk menjadi lonedragon maka mereka perlu meninggalkan keluarga tetapi papa juga turut perlu meninggalkan mereka kerana dia merupakan 'lonedragon' dan akan kembali semula pada musim mengawan yang akan datang. Mama merupakan naga yang hidup berkelompok jadi selepas dua tahun ia akan kembali ke dalam kelompoknya bersama anaknya yang pilih untuk hidup secara berkelompok.

Apa yang teruknya, mereka akan diuji samada layak hidup di dalam kelompok mereka. Jika gagal, mereka akan ditendang dan dipaksa keluar dari kelompok malah mungkin juga akan dibunuh. Jadi situasi ini sememangnya sukar untuk Rain kita. Huhu

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें