Bab 34

701 116 34
                                    

Demin Pov

"Huwaaa... Ayah!!" Bell menangis sambil berlari mendapatkan ayahnya yang baru pulang bersama Wings dan seorang pengikut setianya. Dengan wajah keliru dengan tangisannya dan keadaan anaknya seakan menyorok dari sesuatu, dia terus mendapatkan anak kesayangannya itu.

"Kenapa anak ayah? Kamu sakit di mana-mana ke?" Soal Eiost dengan resah apabila anaknya itu meraung dengan kuat.

"Huwaaa... Pak cik Ash!!! Dia kena buli dengan pak cik yang lain! Mereka orang jahat! Orang jahat ambil Bell! Pak cik Ash suruh Bell lari cari ayah!" Ujarnya sambil tersedu sedan membuatkan Eiost tersentak dan membutangkan mata. Tidak mahu membuatkan anaknya panik, dengan tenang Eiost memberikan Bell kepada Lucas iaitu orang ketiga yang rapat dengan anaknya itu.

"Lucas! Bawa Bell ke tempat selamat," ujar Eiost kepada pengikutnya yang setia mengikutnya ke mana sahaja dia pergi. Lucas hanya mengangguk faham dan mengangkat Bell menunggang naganya.

"Ayah... Pak cik Ash takkan jadi macam mama kan?" Soal Bell dalam tangisannya membuatkan Eiost tersentak. Dia mengusap kepala Bell cuba untuk menenangkannya.

"Ayah janji akan bawa Pak cik Ash balik," ujar Eiost sambil tersenyum membuatkan Bell perlahan-lahan menghentikan tangisan.

"Aku akan jaga Bell macam nyawa aku sendiri. Eiost, 'ajar' pembelot tu," ujar Lucas dengan pandangan yakin.

"Aku berharap pada kau Lucas," balas Eiost lalu dibalas dengan anggukan. Eiost terus menunggang Wings dan tiba-tiba tanah bergegar dengan bunyi laungan naga kedengaran.

"Apa tu?!!" Ucap Lucas panik dengan laungan naga yang datang dari tengah bandar.

"Aku akan tengok apa terjadi kau bawa Bell keluar dari sini," arah Eiost tegas membuatkan Lucas hanya mengangguk dan terus terbang pergi.

"Rawwrrr!!" Wings berbunyi resah membuatkan Eiost turut tertanya-tanya apa berlaku.

"Maafkan aku Wings, aku perlu cari Ashdi walaupun kau ketakutan. Boleh kau kesan dia?" Soal Eiost sambil memberikan Wings kain yang dipercayai mempunyai bau Ashdi. Wings terus menghidunya dan terbang tinggi menuju ke arah bau itu.

Mereka dikejutkan lagi dengan kemunculan naga gergasi yang memusnahkan hampir keseluruhan kota itu membuatkannya terkedu kerana warna naga itu amat dikenalinya. Eiost menggeleng laju menepis kemungkinan itu setelah melihat lagi saiz dan corak emas pada badannya yang berbeza.

"Kita perlu cari Ashdi secepat mungkin. Kota ni akan hancur," ujar Eiost sambil meliarkan pandangannya dan terlihat tubuh Ash yang tidak sedarkan diri di bawah runtuhan.

"Wings! Mari!" Jeritnya dan terus menuju ke arah Ashdi. Keadaan semakin kecoh dengan kemunculan Chimera yang secara tiba-tiba dan naga hitam itu terjatuh hampir mengenai mereka. Mereka bernasib baik ia jatuh di banggunan bersebelahan dan tiada sisa banggunan yang jatuh menghempap mereka kerana Wings segera menghapuskan sisa banggunan yang berkemungkinan akan mencederakan mereka.

Pengembara mula kecoh dan cuba menjatuhkan naga itu membuatkan Eiost dan Ashdi terselamat dari perhatian orang ramai. Wings membantu tuannya mengangkat runtuhan kayu yang menghempap Ashdi dan mengeluarkan Ashdi dari runtuhan itu. Eiost tersentak sebaik sahaja dia menyedari bahawa rantai yang dipakainya kini kosong tanpa naga biru yang selalu ada bersamanya.

"Mari! kita pergi dari sini," ujar Eiost lalu segera menunggang naganya bersama Ashdi yang tidak sedarkan diri. Waktu dia terbang menjauhi suasana yang kelam kabut itu, secara tiba-tiba dia mendengar jeritan hero mengucapkan nama yang sangat dikenalinya.

"RAIN!!!!" jerit salah seorang hero yang berdiri di atas salah satu menara membuatkan Eiost memandang naga itu dengan wajah tidak percaya namun dia tidak menghentikan naganya dari terus terbang pergi.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now