Bab 37

728 111 59
                                    

Aku mengikut Demon Lord menuruni tangga menuju ke ruang bawah tanah. Sebaik sahaja kami memasuki jalan bertangga yang menuju ke bawah, pintu yang dilalui kami segera tertutup dan aku boleh nampak ada cahaya terang yang berada di hujung laluan.

"Tak apa ke kalau mereka dengar kata laluan masuk ke sini?" Soalku ingin tahu. Selalunya kata laluan ini cuma disebut bila berseorangan.

"Tak mengapa... Mereka semua pengikut yang boleh dipercayai. Lagipun hanya akan ada satu sahaja demon lord yang wujud dan mereka takkan taat selain kepada demon lord," balasnya sambil terus berjalan.

"Haha, kita masih belum perkenalkan diri masing-masing tapi kepercayaan tu sememangnya buat saya terbeban tapi apa-apa pun saya hargai tuanku mempercayai saya," ujarku sambil tergelak kecil.

"Beta boleh mengesan penipuan dan kamu sememangnya tidak datang untuk membunuh malah sepanjang kamu bercakap beta tak mengesan sebarang penipuan," balasnya lagi dengan senyuman nipis.

"Tuanku boleh panggil saya Rain dan saya tak pasti samada saya perlu terus formal. Saya tak biasa," ujarku mula mesra.

"Kalau begitu kamu boleh panggil beta Ruijert. Beta rasa kita lebih rapat sekarang haha," ujarnya bersama senyuman lebar membuatkan aku berfikir lama bagaimana makhluk yang agak mesra ini boleh menjadi musuh dunia. Mataku terbutang kagum apabila aku memasuki ruang luas yang ada di hujung laluan. Melangkah masuk ke dalam ruang itu membuatkan aku seakan berada di dalam gua yang gelap namun diterangi dengan cahaya bunga biru di dinding dan permukaan gua tersebut.

"Sebenarnya, kami bukan 'demon'," kata Ruijert tiba-tiba. Aku memandangnya kembali dengan pandangan keliru.

"Apa maksud Ruijert?" soalku semula.

"Demon adalah gelaran yang diberikan oleh humana dalam dunia ni tapi di tempat kami, kami digelar 'Fergal'," ujarnya sambil terus berjalan ke hadapan dan aku terus mengekorinya dari belakang.

"Fergal?" soalku semula.

"Kami digelar 'Pemberani' dan adalah spesies terkuat dalam dunia ni dan mungkin disebabkan itu humana mula berwaspada dengan kami. Puak kami sama seperti humana cuma kami lahir sama seperti fairies. Lahir melalui bunga dan boleh berfikir seperti humana. Beratus tahun kami berperang untuk kedudukan di dunia ni. Kadang-kadang beta fikir... Untuk apa kita berebut sesuatu yang akhirnya kita cuma akan kehilangan begitu banyak benda berharga. Setiap kali kami 'demon lord' lahir. Kami hanya akan terlihat dunia yang hampir terhapus kerana peperangan antara kami dan humana," ujarnya lalu berhenti di hadapan dahan bunga yang terletak orb yang bercahaya merah di atasnya. Terdapat bunga yang terapung di dalam orb tersebut. Ruijert terus menenggelamkan tangannya ke dalam orb itu dan mengambil bunga itu.

"Ini... lakukan apa yang patut kamu lakukan," ujarnya sambil menghulurkan kepadaku. Aku mengelamun seketika kerana aku tak sangka dia dengan semudah ini memberikannya kepadaku. Kepercayaannya kepadaku amat tinggi buatkan aku serba salah untuk menghampakannya. Bunga ni bukan dari dunia ni malah ia bukan seperti bunga yang lain. Bagaimana kalau aku gagal untuk klonkannya? Apa jadi selepas tu? Apa patut aku buat? Tak, aku tak patut fikirkan semua tu lagi. Aku belum cuba jadi aku tak patut sangsi dengan kebolehan aku.

"[Cloneiar]," sebutku lalu bunga itu bercahaya dan perlahan-lahan menjadi dua. Ruijert juga turut membutangkan matanya apabila ia berpecah. Kemudian, bunga itu berganda namun warna klonnya agak pudar dari bunga yang asal. Aku terus memeriksanya untuk melihat perbezaannya.

Hell Spider Lily (Secondary)
 ~ A flower that believed come from hell. Power cut into 25% from the original flower due to the clone skill.

Materials for gate:
 (0/1) Hell Spider Lily
[1/5] Secondary Hell Spider Lily
(0/1) Dragon bone

Aku melihat teliti dan perasan bahawa teks pada 'Secondary Hell Spider Lily' berwarna ungu membuatkan aku rasa ada satu kemungkinan bahawa bunga ini diterima jika kuasa yang ada pada bunga itu menyamai dengan yang asal. Aku cuba menggunakan skil itu lagi sehingga mendapat lima kuntum bunga dan ia bergabung menjadi satu membuatkan aku terkejut. Aku membuka semula skrinku dan bahan untuk dicari dapat dipenuhi.

Materials for gate:
 (1/1) Hell Spider Lily
(0/1) Dragon bone

Aku menghela nafas berat. Kini hanya tinggal satu bahan untuk dicari tapi memandangkan ia adalah tulang naga menyebabkan aku rasa ia agak sukar untuk didapati. Aku tak tahu berapa lama tulang-tulang naga yang biasa mampu bertahan dan aku tak tahu samada tulang mereka tu sempat untuk menghantar mereka semua pulang.

"Terima kasih Ruijert, sekarang mereka semua dapat pulang dengan selamat," balasku dengan senyuman. Dia menepuk bahuku lalu menggeleng.

"Tak... Beta yang patut berterima kasih Rain. Kamu telah menghalang beta membunuh pengembara yang tidak bersalah dan tidak ada kena mengena dengan peperangan antara humana di dunia ni dan kami. Kalau kamu tak menghantar mereka pulang, beta tak kan dapat hidup dengan rasa bersalah ni," balasnya jujur membuatkanku tersenyum.

"Ruijert tak perlu risau lagi. Saya cuba- tak... Saya akan tamatkan peperangan ni. Dua hari dengan berjalan kaki ke selatan dari sini ada perkampungan dibina dan bakal menjadi kota untuk semua spesis. Kota itu bebas dan mana-mana bangsa bebas memasukinya. Kami mengalukan penduduk dari kerajaan ni untuk masuk ke kerajaan kami selepas peperangan ini tamat," terangku teruja memperkenalkan tempatku yang sedang aku bangunkan.

"Itu sememangnya hebat! Beta berbesar hati untuk melawatnya kemudian hari tapi... Apa maksud kamu dengan 'peperangan'?" Soalnya dan menangkap apa yang aku baru katakan.

"Oh? Saya tak beritahu? Ahaha, Erm... Ceritanya agak panjang tapi secara ringkas saya cuba untuk menghantar hero itu pulang ke tempat asal mereka tapi humana... Cuba mendapatkan mereka kembali dengan cara paksaan. Oh ya! Saya perlu segera pergi," jelasku pendek dan ingin segera beredar apabila mengingatinya kembali.

"Kalau begitu biar kami membantu kamu!" Ujarnya sambil menahanku daripada pergi.

"Haha... Ruijert bertenanglah. Ini peperangan antara kami. Tuanku tak perlu membahayakan diri dan rakyat tuanku untuk membantu kami," balasku tenang.

"Tapi... Ia turut menjadi peperangan kami memandangkan humana menyeru mereka demi menyerang kami bukan? Kami akan mengalihkan perhatian humana sementara kamu membawa mereka pulang," balasnya bersungguh membuatkan aku tersenyum nipis.

"Tak mengapa Ruijert, saya tak mahu humana di dunia semakin takut dengan bangsa demon. Saya mahu mewujudkan kota yang bebas dan menerima semua bangsa. Untuk mencapainya, saya tak mahu Ruijert menyertai dalam peperangan ni. Kita akan perlahan-lahan menunjukkan bangsa demon tidak berbahaya seperti yang mereka sangkakan. Ia sukar tapi tidak mustahil saya akan buat sebaik mungkin untuk mencapainya," terangku dengan penuh jujur membuatkan suasana senyap seketika. 

"Haih... jika pengembara dari dimensi lain adalah hero humana, kamu pula adalah hero kami anak naga legenda. Kamu sememangnya hero kami. Kalau perlukan apa-apa lagi, kamu bebas datang ke sini dan memintanya dari beta. Beta senang hati jika dapat memenuhi permintaan kamu," ujarnya lagi.

"Haha! Dengan senang hati saya tak akan menolak tawaran tu.  Maaf tapi saya perlu pergi dengan segera. Penduduk saya perlukan saya," balasku tenang.

"Beta harap kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat. Beta mahu tahu lebih lagi tentang kamu dan kota yang bakal kamu bangunkan. Semoga kamj berjaya dalam peperangan kamu," balasnya pendek membuatkan aku mengangguk setuju.

"Terima kasih dan saya turut berharap perkara yang sama. Saya mahu tahu lebih lanjut tentang Ruijert," balasku dengan senyuman lebar. Dia menghantarku ke luar sendiri sebagai tanda penghargaan. Aku bersalam dengannya dan kembali berlari lalu melompat dan menukarkan diriku kepada naga kemudian terbang pergi.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now