Bab 16

994 134 14
                                    

"Hmm... Kenapa aku tak pernah terfikir tentang ni? Aku boleh guna [duplicate] pada diri aku sendiri. Kalau aku fikir dari awal tak adalah aku perlu risau tentang bagaimana aku mahu keluar dari sini," kataku lalu mengklonkan diriku menggunakan [duplicate] tapi selagi dia tidak tercedera parah ia kekal akan terus muncul.

"Kau duduk sini, aku keluar," kataku pada klon diriku. Dia hanya mengangguk.

Aku menggunakan [invisible] untuk menghilangkan diri dan sekali lagi keluar dari kampung itu. Aku menggunakan kuasa tanah dan air untuk menghilangkan bau badanku supaya tidak dikesan mereka.

Di luar aku terus bertukar menjadi serigala dewasa. Aku berjalan di kawasan hutan dan memunculkan sayapku menjadikan aku seolah naga yang berevolusi. Aku rasa aku hebat, ini yang selalu aku bayangkan waktu di sekolah menengah dulu, serigala bersayap ia memang menakjubkan dan sekarang aku menjadi ia. Hahahhahaha.

Aku bersembunyi di semak berhampiran sambil mengintai manusia yang lalu lalang di laluan tersebut. Ada beberapa orang pengawal menjaga pintu masuk tembok yang merupakan satu-satunya jalan masuk ke pekan manusia itu.

Kalau aku tunjukkan diri sebagai serigala dewasa, mungkin aku dijadikan haiwan buruan. Tak, kalau aku jadi serigala kecil pun mereka mungkin akan menangkap aku dan menjual aku. Aku perlu rancang strategi yang lebih teliti. Arghh!! Aku betul-betul mahu makan nasi.

Tiba-tiba aku terlihat satu kumpulan seakan pengembara keluar dari pekan itu dan memberi plate mereka kepada pengawal untuk diperiksa. Tidak lama selepas itu mereka dibenarkan pergi. Aku kembali menyorok dan pergi jauh ke dalam hutan.

Dalam kumpulan itu ada perempuan dan perempuan sukakan sesuatu yang comel dan sesuatu yang comel adalah anjing dan anak anjing adalah yang paling comel jadi...

Aku menukarkan diriku kepada anak serigala bersayap. Mungkin ini akan dapat menawan mereka, aku pakar dalam menawan wanita tapi disebabkan aku bukan manusia aku terpaksa pilih cara ini. Hmm, aku tak menggemarinya tapi memikirkan habuan yang aku akan dapat ia pasti berbaloi. Sekarang, lukakan kaki dan berlakon seakan tercedera.

"Ahhh... Sekarang tak silap saya, ia berada lebih kurang di kawasan ni," kata perempuan itu.

"Tapi saya dengar kumpulan SouthGear dah musnahkan sarangnya kelmarin," kata seorang lagi perempuan.

"Jadi kita tak ada pilihan selain untuk terus cari ke dalam hutan," balas seseorang yang kelihatan mengambil tempat sebagai [tank].

"Tapi... Bukan ke ada berita tentang kemunculan anak naga dalam hutan ni, sekarang ia sudah menjadi zon merah. Selagi sarang naga itu tak dijumpai, kita yang mempunyai rank rendah tak boleh masuk jauh ke dalam," balas pula perempuan yang awal tadi.

"Betul kata Sara, kita tak patut jauh ke dalam hutan tapi pada masa yang sama kalau kita tak teruskan misi ni duit simpanan kita bulan ni akan kehabisan," balas perempuan di sebelahnya.

"Kita tak ada pilihan lain, kalau kita jumpa kesan naga kita perlu segera beredar," kata [Tank] kumpulan itu.

"Okey Tuck, kami akan berhati-hati. Ivy kalau kita dalam bahaya, segera gunakan [Escape rope] untuk lari. Walaupun alat tu mahal tapi nyawa kita lebih berharga kan?" Balas Sara.

"Ya ya, awak rancang perkara tu terlalu awal la Sara. Mungkin juga kita akan bernasib baik tak terjumpa dengan naga tu," balas Ivy bersahaja.

"Kalau kita terjumpa 90% kita akan mati," balas Tuck.

Uhuk, aku memang tak patut tunjukkan diri aku pada mereka sebelum ni tapi apa-apa pun aku perlu rapat dengan mereka sebagai haiwan peliharaan. Aku harap mereka pilihan yang betul lagipun... Dua orang wanita tercantik yang aku pernah lihat selama aku tinggal di dunia ni menrik perhatian aku. Aku nak makan masakan manusia yang penuh dengan perisa!

Mereka tetap maju ke hadapan dan masuk jauh ke dalam hutan. Nampaknya mereka sememangnya nekad ingin selesaikan misi tu tapi apa misinya ya? Aku masih mengekori mereka sambil bersembunyi, aku perlu menunggu masa yang sesuai untuk keluar. Melihat dari jubah putih dan tongkat sihirnya yang berpermata hijau meyakinkan aku bahawa perempuan yang digelar Sara itu merupakan seorang [Healer].

"Auuuu..." Sebutku dengan suara perlahan dan keluar dari semak itu dengan luka yang parah. Aku tak rasa sakit tapi sekurangnya aku masih ingat rasa sakit itu bagaimana. Haha, aku sememangnya hebat berlakon.

"Itu... Hell Wing Wolf!" Jerit Sara terkejut. Aku terus membuat suara kecil sambil merangkak ke arah Sara.

"Dia masih kecil lagi dan seperti... Jinak?" Ujar Ivy sambil mendagu.

"Hell Wolf tidak akan mendekati manusia tapi mungkin sebab dia dalam keadaan terdesak, mungkin sebab itu dia mendekati lagipun ia bukan Hell Wolf yang biasa, itu Hell Wing Wolf! Baka yang paling jarang dijumpai, kita beruntung kalau dapat jinakkannya," balas Tuck bersemangat. Sara mendekati dengan wajah kasihan dan merendahkan dirinya.

"Kasihannya... Awak mesti sakit kan?" Soalnya lalu menggunakan magik penyembuhan tapi aku menyedari ayat sihirnya terlalu panjang dan ambil masa yang lama untuk dilepaskan. Ini perkara normal ke di dunia ni? Atau mungkin kerana mereka rank rendah?

Luka di tubuhku sembuh dan dia kelihatan kepenatan. Dia mengusap peluhnya di dahi dan menghembus nafas lega.

"Awak okey, Sara?" Soal Ivy. Sara hanya mengangguk yang dia tak apa-apa. Aku sengaja mengusap betisnya dengan sisiku.

"Dia serigala kan? Kenapa perangai dia macam kucing?" Soal Ivy pelik setelah melihat tingkah lakuku membuatkan aku terus tersentak dan terus berlakon seolah anjing dengan menunjukkan perut.

"Auuu..." Ucapku sambil berpeluh dingin. Sara terus mengeletar dan mengangkatku lalu memelukku erat.

"Kyaaaa!! Comelnya!! Dia jinak! Jom kita bela!" Kata Sara dengan mata bersinar ke arah Ivy. Yes! Rancangan berjaya. Sekarang aku perlu buat muka simpati untuk dapatkan simpati mereka yang lain.

"Tak boleh! Perbelanjaan kita pun semakin menurun, siapa nak jaga anak serigala ni malah siapa yang mahu beri makan pada dia?" Soal Ivy terus menutup rasa teruja Sara.

"Tapi... Dia keseorangan mesti dia sudah tiada penjaga lagi. Kalau kita biarkan dia, dia pasti dalam kesusahan," ujar Sara dengan raut sedih, aku juga turut membuat suara kecil untuk menangkap rasa kasihan mereka. Aku memandang Ivy dengan mata meminta belas.

"Erkkk... B-baiklah, tapi minggu ni saja kalau kita tak dapat selesaikan misi ni sehingga minggu depan kita terpaksa lepaskannya semula ke hutan," balas Ivy sambil memandang ke arah lain. Sara tersenyum lebar puas dengan pujukannya yang berjaya. Aku menyalak gembira sambil Sara berpusing teruja.

"Jadi, sekarang misi kita mencari Bunga Half-Fairy yang cuma tumbuh di sarang Pickoobot," jelas Tuck sambil membuka peta hutan.

"Sekarang kita berada di sini, tapi jelas sarangnya sudah dimusnahkan dan bunga tu dah diambil oleh kumpulan sebelum ni," jelas Tuck lagi. Pickoobot, sejenis makhluk berupa ayam besar dan kalau ingin bayangkan bentuknya ia lebih kurang seperti burung unta di dunia aku dulu tapi corak di tubuhnya seperti burung merak dan berwarna emas pada jantan manakala kelabu pada betina.

"Auf! Auf!" Aku mengambil perhatian mereka dan turun dari dukungan Sara. Aku membuat isyarat untuk mengekoriku.

"Dia tahu ke sarang mereka di mana?" Soal Ivy sendirian.

"Mari ikut dia," kata Ivy dan mengekoriku di belakang.

Ya, aku sememangnya tahu sarang yang paling terdekat dan bunga tu aku nampak di sarang tu. Lagipun itu sememangnya kawasan yang aku selalu memburu jadi ia amat mudah bagi aku. Kau terima aku dan aku berikan semua yang kau mahu. Hmm... Hehe tak adalah teruk sangat jadi binatang ni, aku dapat dekat dengan gadis-gadis cantik. Ahak! Ajahahhahahhahahhaah!

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now