Bab 9

1.1K 130 12
                                    

Aku melihat bayang diriku di air dan termenung sendirian. Corak pelik di dada sehingga ke leherku muncul secara tiba-tiba membuatkan aku hanya merenungnya dan cuba untuk menghilangkannya.

"Apa benda ni sebenarnya? Benda ni muncul semenjak aku dapat kuasa sage ni," kataku sendirian lalu hanya dapat mengeluh. Aku mula mengingati tengkorak papa sebelum ini. Naga lagenda yang sebelum ni buat dunia ini ketakutan dengan mudah mati dengan satu serangan. Haih...

"Ah... Dia cuma papa dalam dunia ni bukan papa betul pun lagipun dia tu naga bukannya manusia," kataku sendirian positif namun secara tiba-tiba air mataku jatuh ke dalam air membuatkan aku tersentak. Aku tidak sedar aku menangis, aku mengelap air mataku yang keluar.

"Haha... Ni mungkin sebab tubuh ni masih ada rasa tu pada papa dia, bukan aku haha, sob sob tak guna kenapa aku nak menangis? Aku tak pernah menangis semenjak umur aku 5 tahun," ucapku sendirian  lagi sambil mengelap air mataku yang aku sendiri keliru dengan perasaanku kini. Tak mungkin aku menangis demi naga yang cuma tugasnya menjaga aku sementara waktu.

Aku mula mengingati dia yang bergurau senda denganku dan melatihku dengan tegas. Dibelasah dengan adik beradikku yang lain, biarpun ia kasar tapi itu adalah waktu yang sangat menggembirakan buatku. Dalam dunia sebenar, aku tak pernah rasa gembira sebegitu buatkan aku rasa menyesal tidak kisahkan mereka.

"Semua yang berlaku dah berlaku, tak ada apa yang aku boleh buat," kataku sendirian. Aku berjalan pergi dan langit mendung secara tiba-tiba lalu menurunkan hujannya dengan lebat. Aku memandang langit dengan perasaan hati yang berat.

"Kau ejek aku ke langit? Ha... Aku patut minta maaf, sebab aku semua ni berlaku," kataku sendirian dan terus berjalan di dalam hutan itu tanpa hala tuju. Sedang aku asyik bersedih seorang diri aku dapat rasakan sesuatu menyorok di belakang pokok dan di dalam semak.

Aku menggunakan deria bauku dan aku baru perasan sesuatu, ini bau reptilia. Aku membuka langkah bersedia untuk sebarang serangan. Secara tiba-tiba lizardman muncul di hadapanku sambil melutut membuatkan aku terus mendesis kerana terkejut.

"Wahai tuan muda kami, kami sedia membantu jika tuan muda memerlukan kami," kata salah seekor dari mereka sambil melutut membuatkan aku terpinga. Oh ya, mungkin sebab naga adalah nenek moyang dan merupakan waris utama kepada kaum lizardman jadi mereka amat menghormati para naga.

"Saya sesat," kataku dengan wajah mula memerah. Bagaimana aku boleh rasa terancam dengan pengikut aku sendiri?

"Ketua, tuan muda masih bayi. Bagaimana tuan muda boleh sampai ke sini?" Soal salah seorang lizardwoman.

"Mungkin disebabkan humana semalam yang membuatkan sage mengamuk jadi mungkin dia melarikan diri ke sini," kata ketua mereka dengan nada yang perlahan.

"Ahh... Humana tu sememangnya tak guna," kata seekor lagi penuh marah.

"Tuan muda, izinkan kami membawa tuan muda ke perkampungan kecil kami. Kami harap penjaga tuan muda dapat bertemu dengan tuan muda semula," kata ketua mereka sambil tersenyum.

"Penjaga... Tiada," balasku cuba untuk melarikan diri dari mereka. Ya, lebih baik mereka fikir aku sudahpun mati dalam serangan tu. Aku tak mahu dianggap beban lagi di dalam keluarga itu. Mereka memandang sesama sendiri lalu lizardwoman mendukungku seperti bayi membuatkan aku terus berubah kekok.

"Sekarang, biar kami yang menjadi penjaga tuan muda. Kami mungkin tak mampu untuk jaga tuan muda sepertimana penjaga tuan muda sebelum ni tapi kami akan cuba sedaya upaya kami," katanya dengan sebuah senyuman membuatkan aku rasa wajahku membahang kerana malu.

"Y-ye baiklah," ucapku kekok sambil cuba memandang ke arah lain daripada memandangnya. Mereka membawaku dengan dukungan bayi. Setibanya di perkampungan semua mata memandangku dengan wajah terkejut.

Dari dewasa sehinggalah kanak-kanak mereka melutut hormat membuatkan aku bertambah kekok. Aku hanya mampu terdiam sehingga mereka sendiri menaikkan wajahnya.

"Kasihan bayi ni... Tentu dia sesat di hutan," kata seekor lizardman tua sambil mengusap kepalaku. Hei, dalam dunia nyata aku dah dewasa.

"Penjaganya mungkin telah terkorban melawan dragon slayer sebelum ni," kata ketua mereka membuatkan mereka yang lain mengetap gigi. Lizardman yang berusia itu mengusap kepalaku seakan kasihan. Aku dah dewasa... Kenapa kau layan aku macam budak kecil erk.

"Kita jaga dia, mari bawa ke rumah utama," kata penetua itu lagi sambil mengetuai laluan. Aku hanya membiarkan mereka kerana aku tahu mereka takkan apa-apakan aku.

"Wahhh... Dia ke keturunan nenek moyang kita?" Kata seekor lizardman kecil. Yang lain kelihatan kagum.

"Ye, beliau adalah putera kita jadi kamu semua perlu panggil beliau 'tuan muda'," kata lizardwoman itu dengan senyuman lebar. Mereka semua mengangguk pantas.

"Tuan muda! Tuan muda!" Sambut mereka semua ceria. Sampai sahaja di satu khemah yang diperbuat dari kulit binatang aku diletakkan ke atas sarang yang seakan khas disediakan untukku.

"Maaf tuan muda, buat masa ni kami hanya mampu menyediakan sarang yang biasa digunakan pada telur-telur kami. Kami akan cuba mencari ranting yang lebih berkualiti untuk sarang tuan muda nanti," kata penetua itu dengan suara garaunya. Mereka tersenyum lebar memandangku yang hanya duduk kaku memandang mereka.

"Kami rasa sangat beruntung seekor naga yang memahami dan baik datang ke perkampungan kami," kata lizardman yang mengambilku tadi sambil melutut dengan senyuman lebar.

"Ini satu keberkatan, harap tuan muda melindungi kampung kami sentiasa dengan kuasa tuan muda," kata lizardwoman pula juga turut melutut. Mereka semua mula melutut seakan menghadap raja. Mungkin ini perkara biasa jadi aku hanya perlu menurut mereka sementara aku cari cara untuk aku hidup biasa di dunia asing ini.

"Baiklah, sebagai tanda terima kasih menyediakan tempat saya, saya akan melindungi kampung ni," kataku dengan tenang. Mereka semua tersenyum lebar malah ada yang hampir menangis. Melihat keadaan mereka yang kurus dan hampir menampakkan tulang, aku tahu mereka menghadapi kesukaran.

"Saya tak tahu lagi nama-nama di sini, jadi apa yang patut saya panggil?," soalku cuba mengenali. Lizardman yang kelihatan seperti ketua yang mengambilku tadi berdiri sambil meletakkan tangannya di dada.

"Nama saya Ambuur Frangis tuan muda, ketua kampung Lizardre. Ini anak lelaki saya, Ambuur Predat ketua kampung seterusnya," katanya lalu memperkenalkan anaknya. Lizardman muda yang mengikut mengambilku tadi turut bangun dan memberi tundukan hormat.

"Saya Blud Angura, keturunan pahlawan Blud Lizardre," katanya turut bangun memperkenalkan diri.

"Dia merupakan keturunan pahlawan setia perkampungan kami, ayahnya terkorban dengan penuh kehormatan untuk melindungi kami dari serangan humana," sambung Frangis dengan hormat.

"Ini pula penetua yang merupakan ahli magis di kampung kami, Basak. Dia mengajar anak-anak muda di kampung ini magis. Malangnya umurnya semakin meningkat jadi magisnya kadang-kadang kurang berkesan," kata Frangis sambil menunjukkan pada penetua yang menunjukkan jalan ke rumah ini. Dengan tangan menggeletarnya dia menunduk hormat membuatkan aku risau dia tidak dapat berdiri dengan lama. Setelah itu, semua pengikut yang seakan mempunyai pangkat yang tinggi memperkenalkan diri mereka.

"Sementara ni, semua berehat. Jangan risau, saya boleh melayan diri," kataku selamba sambil mengempukkan sarang yang menjadi tempat tidurku.

"Baiklah, kami juga berharap tuan muda juga dapat berehat dengan tenang," kata Frangis lalu mengundurkan diri. Di luar aku dapat mendengar mereka bersorak gembira seakan meraikan kemenangan, aku tersenyum seorang diri mendengar suara ceria mereka tapi aku tak mahu kampung ni bertambah malang sebab kewujudan aku. Aku patut pergi selepas aku berehat. Aku terus melelapkan mata dan tidur dengan lena.

Bersambung...

🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲🐲

Jangan lupa Comment, Vote dan Follow. Thanks...

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now