Bab 44

676 105 8
                                    

Kami terus terbang ke arah tasik berdekatan yang terdekat dengan Fairy Land di mana ia adalah tempat yang sama seekor naga sage yang dulu pernah muncul untuk berikan aku salah satu skilnya.

"Hm? Kenapa dengan tempat ni papa?" Soal Leavy ingin tahu.

"Di sini... Seekor naga sage beradu dengan nyaman di dasar tasik ni. Kamu dapat rasa tenaganya?" Ucap papa lalu menyoal kembali.

"Hmm... Bila fikirkan balik, betullah memang saya dapat rasa satu tenaga istimewa yang datang dari tasik ni," ujar Blizzard mendekati gigi air.

"Dan ia sejuk... Sangat sejuk mungkin Snowy dan Blizzard tak dapat rasa tapi bagi saya ia memang sejuk," ucap Volcano dan disetujui oleh Tornado.

"Itu sebab sage yang berada di dasar tasik ni merupakan naga salji tapi dia boleh mengawal tiga elemen yang lain membuatkan dia naga yang paling lama hidup di muka bumi ni dan dia juga merupakan raja kita semua," terang papa lagi.

"Naga salji? Macam Snowy ke? Snowy boleh jadi sekuat naga sage?" Soal Snowy teruja.

"Hmmm... Bukan mudah untuk jadi naga sage sedangkan papa pun tak boleh jadi sekuatnya tapi papa yakin kamu juga boleh jadi salah seekor naga terkuat di dalam dunia ni memandangkan kamu keturunan naga lagenda," balas papa lembut membuatkan Snowy sedikit sedih namun tetap bersemangat apabila mendengar dia akan jadi salah seekor naga yang terkuat.

"Naga lagenda... Bagaimana papa boleh dapat gelaran tu?" Soalku ingin tahu maka bermulalah cerita dongengnya dari 1000 tahun yang lepas.

"Seribu tahun dahulu...

Papa merupakan salah seekor naga terkuat daripada naga yang lain dan merupakan alpha untuk kumpulan naga langit. Papa diseru untuk mengalahkan askar apes yang ceroboh masuk ke dalam kerajaan Demon Lord Jugas. Dengan jantung Carlos sebagai pertukaran, papa bersetuju untuk menjadi naga tunggangannya dan menyertainya dalam peperangan antara mereka dan apes. Mereka paling mengeruni papa kerana papa sangat sukar untuk dijatuhkan. Senjata mereka tidak mengena sebab papa serang dari langit. Hampir tiga bulan kami berperang akhirnya apes mengundurkan diri dan hutan ini menjadi milik kita. Seperti yang dijanjikan jantung Carlos papa dapat pegang dan menjadikannya jantung papa," ceritanya panjang membuatkan yang lain kagum manakala aku pula mengerutkan kening.

"Jantung Carlos tu apa?" Soalku lagi membuatkan papa tersenyum.

"Ini dia apa yang papa maksudkan dengan jantung Carlos," ujar papa lalu mengeluarkan satu mahkota yang warnanya berkelip-kelip perlahan. Ianya mahkota mengapa pula dipanggil jantung?

"Mahkota ni dibentuk dari darah ketua naga yang pertama betul-betul dari jantungnya. Ia tiada apa-apa fungsi tapi kewujudannya cukup membuatkan semua naga menghormatinya. Papa tak mahu mahkota ini terus berada di tangan demon mahupun apes sebab itu papa kini menjaganya. Jika ia terus berada di tangan mereka, mereka sentiasa menganggap bahawa mereka mempunyai pengawalan ke atas naga," terang papa sambil melihat mahkota itu dengan penuh kasih yang selama ini disimpan menggunakan magiknya.

"Hanya permaisuri dapat berpasangan dengan naga terkuat, dan hanya naga terkuat dapat berpasangan dengan permaisuri. Selain kamu semua mempunyai darah lagenda yang mengalir dalam tubuh kamu semua, kamu juga merupakan keturunan para diraja naga," ujar papa membuatkan aku turut membutangkan mata.

"Wah!!! Hebatnya!!! Maknanya kita semua naga terkuat!" Sambut Volcano dan yang lain-lain penuh ceria.

"Maknanya kalau mama permaisuri, dan naga sage tu raja maknanya naga sage ni atok kita semua?" soal Blizzard mula teruja namun papa menggeleng membuatkan mereka kecewa.

"Dia adalah moyang kamu semua," balas papa memperbetulkan Blizzard membuatkan mereka semua kembali teruja.

"Tapi... Selepas papa berlawan dengan apes kelmarin, papa baru sedar apes tidak lagi selemah seperti dahulu. Mereka makhluk yang pintar, ada antara mereka mempunyai kekuatan luar biasa yang melangkaui kekuatan biasa seorang apes. Papa risau generasi kamu semua akan menjadi generasi paling mencabar buat kamu," terang papa. Aku dapat mengagak bahawa punca kekuatan mereka adalah hadirnya manusia yang diseru dari dunia yang lain dan mereka dari dunia moden yang hidup dengan permainan video.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now