Bab 6

1.1K 137 15
                                    

"Penyamaran ha? Ni memang kuasa yang aku nak, dengan ni... Aku boleh jadi manusia semula," kataku sambil tersenyum lebar. Aku cuba menggunakan kuasa tersebut.

"Disguise!!" Sebutku sambil menutup mata untuk cuba bertukar namun skrin biru pula muncul.

[You try to use disguise]

[Disguise failed!]

[You have to consume the source to use disguise]

"Ha?" Aku kebuntuan dan otakku seakan berhenti berfungsi seketika. Maknanya kalau aku nak jadi manusia aku perlu makan manusia? Aku mencengkam kepalaku sendiri tertekan kerana ini sememangnya sukar untuk diterima.

"Arghhhh!!!!! Wtfish is this?!!!!" Jeritku seorang diri. Aku kembali ke sarangku dengan wajah tidak bermaya. Kelihatan papa dan mama menungguku dengan wajah tidak sabarnya. Setelah aku masuk aku terus membenamkan wajahku ke sarangku dan menyumpah sendiri.

"Erm... Rain, kamu ada masalah ke?" Soal mama risau membuatkan aku mengangkat kepala.

"Tak..." Jawabku tidak bermaya. Aku mengeluh berat dan kembali membenamkan kepalaku.

"Yo!! Rain! Aku nampak apa kau buat tadi! Memang terhebat!" Kata Tornado lalu terus menghempapku dengan tubuh besarnya.

"Erghhh... Blah la tak guna," kataku sambil daging yang berbentuk seakan telinga arnabku ditarik ke belakang tapi tu bukan telinga. Aku rasa benda ni macam sesungut sebab dengan benda ni aku boleh kesan getaran dalam tanah. Memang pelik.

"Hahhahhaha, oi apa jadi bad mood je kau ni?"  Soal pula Volcano yang tiba-tiba datang dan menghempapku bersama Tornado menambahkan lagi berat beban di belakangku.

"Macam yang aku cakap... Tak ada apa-apa!" kataku lalu mengangkat tubuhku sehingga mereka jatuh ke hadapan. Leavy datang bersama bunga pelik di mulutku.

"Hei hei! Tengok apa yang saya dapat," panggilnya teruja lalu meletakkan bunga yang masih tertutup. Kami semua menghampiri sambil melihat bunga yang bercahaya merah dan warna cahayanya tenggelam timbul seakan degupan jantung.

"Wahhh... Apa ni?" Soalku teruja kerana aku sememangnya tidak pernah melihat bunga yang kelihatan seperti ini.

"Bunga pari-pari," papa membalas tenang sambil mendekati kami. Kami terus memandang dan menunggu.

"Bunga pari-pari? Kenapa dia tak mengembang?" Soal Tornado pelik.

"Sebab pari-pari di dalamnya masih belum dilahirkan," kata papa tenang sambil tersenyum.

"Oi, Leavy... Kau dapat dari mana ni? Tak apa ke culik?" Soalku curiga.

"Hmm... Pari-pari mungkin akan marah tapi mereka takkan dapat buat apa-apa. Hahahhhaa, kita ditakuti seluruh dunia, jadi anakku kamu boleh main dengannya sesuka hati kamu. Mereka hanya sekecil serangga dan kuasanya takkan dapat menandingi kita dan... Pari-pari salah satu makhluk yang mempunyai rupa yang sama dengan Ape, biarpun dia berbeza sedikit. Mereka musuh kita," kata papa membuatkan aku terdiam. Dia semakin benci pada manusia semenjak aku diserang dulu dan semakin agresif menyerang manusia yang masuk ke hutan ni buatkan aku risau kalau mereka bawa 'Dragon Slayer' ke hutan ni untuk memburu papa.

"Ape lain... Mereka ni lain, kenapa kita nak tambahkan lagi musuh yang sedia ada? Lagipun kan lebih baik kalau kita tunjukkan yang kita ni tak berbahaya mungkin kita akan dapat hidup dengan lebih aman," tegasku cuba membantah. Yang lain terus memandang ke arahku dengan pandangan pelik.

Legend Beast ✅ [Complete]Where stories live. Discover now