BAB 5-𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐔

5.4K 371 10
                                    

TERJAHAN kasar seseorang yang masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu menyebabkan Qaede mengangkat kepala yang dari tadi meneliti fail pesakitnya. Sengihan jejaka tersebut dibalas dengan jelingan tajam. Selamba jejaka itu duduk di atas kerusi depannya tanpa sempat dipelawa.

"Kau memang tak reti ketuk pintu dulu ke? Karang bersepai gigi kau aku kerjakan!" Sinis Qaede seraya itu menyambung kerjanya semula.

"Sorry bro. Aku just nak inform yang kau kena handle pembedahan pesakit katil 25."

"Bukankah pesakit itu Doktor Rayne yang kena handle?" Berkerut dahi Qaede dengan pernyataan yang keluar dari mulut sahabatnya iaitu Jayden.

"Ha'ah, memang dia kena handle pesakit katil tu, tapi sekarang dia ada di mekah, tengah buat umrah." Terang Jayden dengan  tangan ditongkat pada dagu. Letih.

Qaede hanya mengangguk kecil kepala tanda mengerti akan penerangan Jayden sebentar tadi. Lantas, Qaede tutup fail rekod kesihatan pesakitnya dan diletakkan ketepi. Qaede bangkit dari kerusi dan tangannya lekas membuang ikatan neck tie dileher, satu butang kemeja dibuka dan tangannya naik menyinsing lengan kemeja hingga kesiku.

"Kau nak pergi mana, Qaede?" Jelas terpapar muka Jayden yang kebingungan.

"Makan. Nak ikut tak?" Tanpa menunggu jawapan Jayden, Qaede terus membuka langkah keluar dari bilik kerjanya tanpa menghiraukan tempikan Jayden.

"Nak! Woi Qaede! Tunggu aku!"

Tergeling kecil kepalanya dengan karenah Jayden yang tidak matang. Tajam matanya melihat kawasan hospital yang dibanjiri manusia, hanya anggukan kecil diberi kepada jururawat perempuan atau lelaki yang menyapanya. Tanpa tidak sengaja matanya terlihat sang gadis yang telah berjaya menjentik hatinya, lekas dirinya mengalihkan pandangan mata daripada melihat gadis tersebut.

Pertama, dia tidak mahu melihat yang belum halal untuknya, kedua dirinya tidak mahu terkantoi tenung anak dara orang. Karang terkantoi buat malu tujuh keturunan sahaja. Tunggulah, masa yang sesuai dirinya ini mengajak sang gadis taaruf atau menyuruh mummy terus masuk meminang.

Lagipula, dirinya tidak suka couple bagai nak rak, last-last kahwin dengan orang lain. Cukuplah, bercinta selepas kahwin, dosa tak dapat, malah pahala yang dapat.

"Qaede, kau nak makan mana? kantin hospital atau luar?" Soal Jayden yang sudah berjalan disisi Qaede. Qaede menoleh seketika kesisinya.

"Makan luar."

"Aku naik kereta sekali dengan kau boleh, Qaede?"

"Hmm." Malas sekali dirinya mahu bercakap banyak dengan Jayden kerana seorang Jayden memang mulut murai. Kadang-kadang tertanya dirinya, tidak pernahkah mulut dia? Asyik 24 jam berbunyi.




CAFE Ali. Qaede dan Jayden gah berjalan masuk kedalam cafe tersebut tanpa menghiraukan pandangan daripada beberapa gadis remaja yang sedang menjamu selera dalam cafe tersebut. Meja bahagian tepi dinding kaca menjadi pilihan mereka. Tangan diangkat untuk memangil waiter.

"Kauorang nak makan apa?" Santai Bos Ali menyoal kerana dua jejaka ini merupakan kenalan rapat mereka.

Terjongket kening Qaede, manakala Jayden mengukir senyuman nakal. Qaede dan Jayden memandang antara satu sama lain dengan mulut menahan ketawa.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now