BAB 39-𝐊𝐇𝐀𝐋𝐈𝐅𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋

2.2K 163 3
                                    

BERKALI-KALI jari runcingnya naik zoom kalendar digital tarikh haid dalam telefonnya. Bibir bawahnya digigit bersama dahi yang berkerut. Terus telefon canggih itu diletakkan disisinya dengan bibir menghembus nafas sehingga rambut didahinya ternaik. Jari runcingnya mula menghitung tarikh terahkirnya haid datang.

Berkerut-kerut dahinya apabila segala kekeliruannya mula terjawab. Jari telunjuknya naik mengetuk hujung dagu dengan kepala terangguk kecil.

Pejam celik pejam celik sudah mahu masuk tiga bulan dirinya tidak di datangi haid. Pelik. Biasanya haidnya datang setiap bulan. Tidak lewat dan tidak awal mesti tepat. Dan, genap hari ini sudah tiga bulan dia tidak datang haid. Keadaannya yang terlalu sibuk membuatkan hari ini baru Dayra sedar. Cuai.

Laju tubuhnya bangkit dari katil dan berlalu ke beranda. Sebelum itu, sempat Dayra mencapai telefonnya. Punggung dilabuhkan atas buaian berbentuk telur. Lalu, nombor telefon Zulaikha didail. Tidak sampai seminit panggilan itu berangkat.

Laju.

"Hello, Assalamualaikum kawan. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Ceria suara gedik Zulaikha bersuara di corong telefon.

"Waalaikumussalam. Aku perlukan pertolongan suci kau sekarang. Aku sebenarnya ada masalah besar ni." Sengaja Dayra mengantungkan ayatnya supaya menjadi suspen.

"Okey. Masalah apa itu, bocil?" Dahi Zulaikha sudah berkerut.

Tch, sesuka hati saja Zulaikha gelarkan dirinya bocil.

"Ergh, sebenarnya... sebenarnya..." belum sempat Dayra menyambung ayatnya, Zulaikha terus membidas amarahnya.

"Sebelum aku pergi lempar bom rumah kau. Baik kau cakap terus terang."

"Haid aku dah tiga bulan tak datang. Kitonyo takut." Rungut Dayra dengan suara dibuat-buat ingin menangis.

Terus mencebik bibir Zulaikha bersama mata diguling keatas. Gedik punya awek. Kejap. Dayra kata haid dia sudah tiga bulan tak datang?! Wait, jangan kata apa yang otaknya fikir ini benar?

Kenapa Dayra dah slow ni? Makan semut berapa ekor sehari?

"Kalau aku kata lembap jangan marah ya? Kau telan jamu semut ke budak? Ada juga aku debik!" Bebel Zulaikha disambut ketawa sopan Dayra.

Tch, ketawa pun nak ayu awek ni seorang.

"Apa salah saya? Kenapa awak hamburkan amarah dekat saya? Saya hanya kentang yang baru keluar dari tanah." Mengarut Dayra dengan sura dibuat berjauhan hati.

"Hey, budak! Dengar sini. Kau pergi farmasi atau watsons. Beli pregancy test. Lepas itu, benda alah itu kau celup dalam urin kau. Faham? Ke penerangan aku laju sangat untuk kau yang slow kalah siput ni?" Sarkastik suara Zulaikha menyoal

"Untuk apa yitu? Ngak mau, letih nak keluar. Mengantuk." Bantah Dayra dengan suara sengaja dibuat menguap.

Bukan mengantuk tetapi dirinya malas untuk bersiap keluar. Baik duduk rumah, boleh tidur. Berselubung dalam seimut adalah satu nikmat yang besar. Nyaman dan tenang.

"Untuk betulkan otak senget kau, mak cik. Eloklah, kau buka kilang tahi mata kau terus ya?" Perli Zulaikha yang sudah geram dengan perangai Dayra.

"Iyalah-iyalah. Orang pergi sekarang. Cakap sikit nak marah."

"Acah emo kau. Blah, ibu aku panggil aku. Apa-apa meow tau!" Ujar Zulaikha dan menamatkan panggilan itu diiringi salam dari Dayra.

Malas-malas Dayra masuk kedalam bilik dan hoodie milik Qaede dan tudung sarung hitam dicapai. Terus Dayra menukar pakaiannya dan bibir keringnya dioles sedikit lip balm. Terukir senyuman nipis apabila bibirnya sudah menjadi lembap dan pink. Sling bag berwarna khaki atas meja solek diambil dan terus langkah dibawa ke bawah.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now