BAB 14-𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐋𝐀𝐆𝐈

4.2K 280 9
                                    

PEJAM CELIK PEJAM CELIK hanya tinggal seminggu lagi dirinya akan menetap di bumi palestin, ini bermakna tinggal seminggu lagi dirinya bakal menjadi suami orang. Sungguh masa begitu pantas. Mujur sajalah kelengkapan borang kahwin sudah daddynya selesaikan.

Terasa sayang mahu meninggalkan bumi barakah ini. Sungguh dirinya gembira semasa melakukan misi kemanusian dengan rakyat palestin yang begitu ramah dan baik sekali. Rasa simpati pada penduduk palestin yang bermati-matian mempertahankan masjid al-aqsa dan tanah mereka.

Puak isr**l sungguh kejam, dipukul dan ditembak rakyat palestin tidak mengira umur dan jantina. Helaan nafas dilepas dengan mata meliar-liar keadaan kawasan sekitar yang sudah musnah akibat dibom oleh isr**l. Habis roboh bangunan dan tempat tinggal rakyat palestin.

Qaede membawa langkah kearah pokok yang diduduki oleh dua budak kecil iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan umur enam tahun. Sungguh comel.

Punggung dilabuhkan diatas pangkin kayu dibawah pokok itu. Senyuman manis diukir apabila mata lelaki kecil dan perempuan kecil terkebil-kebil melihatnya. Tangan dilambai kecil, senyuman manis masih terukir sehingga lesung pipit di pipi kirinya muncul.

"Ma ismuka? (siapa nama kamu?) " Qaede tujukan soalan kepada budak lelaki yang bermata hazel. Rambut budak lelaki tersebut keperangan.

Untung saja dirinya boleh bertutur dalam bahasa arab kerana dulu dirinya menyambung pengajian jurusan kedoktoran di arab saudi. Bolehlah dirinya beramah mesra dengan rakyat palestin.

"Ismi Muhammed eumar, ya ahki." (Muhammad umar, abang.)" Polos budak lelaki itu menjawab. Qaede mengganguk kecil kepala dengan bibir tersenyum nipis.

"Ma ismuki, eazizi?" (Siapa nama kamu, sayang?)", redup Qaede merenung anak gadis kecil yang sedikit comot didepan matanya.

Walaupun comot, ia langsung tidak mencacatkan kecantikan gadis kecil bermata kelabu itu, rambutnya pula kerinting memanjang.

"Ismi hidayat, ya ahki." (Nama saya hidayat, abang)." Lembut anak gadis kecil itu bersuara dengan bibir mengukir senyuman kecil.

"Ismi ya akhi Qayid! hal 'antuma shaqiqani? [saya abang Qaede! Adakah kamu berdua adik-beradik?]." Qaede merenung wajah Umar dan Hidayah berselang-seli kerana muka mereka nampak seiras.

Segera Umar dan Hidayah mengangguk kepala dengan bibir mengukir senyuman lebar. Mereka tampak semangat.

"Naeam nahn ahkuat lakinana taw'am! [Ya, kami adik-beradik tetapi kami kembar! ]. Serentak Umar dan Hidayah menjawab dengan bibir mengukir senyuman lebar. Manakala, tangan membuat gaya 'peace'.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now