BAB 36- 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈

2.7K 179 0
                                    

HELAAN NAFAS LEMAH dilepaskan. Kaku tangan kanan mengengam tombol pintu wad itu. Seketika senyuman hambar terukir. Dirinya buntu mahu mengikut kata hati atau akal. Hati berkata masuk, akal berkata balik. Sejujurnya Dayra malas mahu melawat Rahmat yang masih terlantar dihospital tetapi atas pujukan sang suami dirinya turutkan.

Selangkah kakinya mengundur dengan perlahan. Namun niatnya terbatal apabila deheman garau seseorang dibelakang. Laju Dayra beralih ke tepi kerana dirinya sudah menghalang laluan jejaka itu. Senyuman nipis di lemparkan tanda menohon maaf atas kecuaiannya. Jejaka itu hanya mengangguk kepala tanda tidak mengapa.

"Kenapa tak masuk?" Soal jejaka yang rupanya sama si jejaka seorang lagi.

Oh kembar seiras. Jarang Dayra berjumpa kembar lelaki yang seiras.

"Tunggu orang." Bohong Dayra bersama nada yang lemah. Tangannya mengengam antara satu sama lain. Basah kerana tangannya sudah berpeluh disebabkan dirinya tidak biasa berborak dengan lelaki luar.

"Kalau begitu kami masuk dulu." Ujar jejaka kembar itu dan berlalu masuk kedalam wad. Sebelum itu sempat jejaka kembar senyum kepadanya.

Helaan nafas lega dilepaskan. Tangan kanannya naik mengusap dada yang dari tadi berdegup kencang, seolah-olah Dayra baru sahaja marathon.

Baju khas cleaner ditubuhnya dirapikan apabila melihat sedikit kedutan. Hatinya tidak lepas berselawat bagi meredakan kegusaran. Kalimat basmallah dibaca apabila tangannya memulas tombol pintu. Perlahan kaki diorak kearah katil Rahmat. Semakin berkeringat dahinya saat retina matanya melihat ramai orang melawat Rahmat.

Terasa berpasir air liur yang ditelan apabila melihat Rahmat yang sudah sedar dan bersandar elok di kepala katil. Senyuman manis diberi kepada Qaede apabila mereka bertembung pandangan. Ceria sahaja wajah Qaede. Terus berkerut dahi Dayra apabila dirinya ternampak sosok jejaka kembar yang elok bersembang dengan Rahmat.

Tidak nampak pula dirinya akan kelibat Raima dan Raina? Sudah pulang ke rumah mungkin.

Semakin tertanya-tanya hatinya apabila melihat keakraban mereka. Siapakah mereka? Mahu katakan anak saudara Senah, tidak masuk akal kerana ke empat-empat anak saudara Senah ialah perempuan. Mahu katakan anak saudara Rahmat juga tidak logik kerana setahunya Rahmat adalah anak tunggal.

Bahunya dijungkit tanda biarkan saja persoalannya tergantung tanpa jawapan. Nanti pulang dirinya boleh bertanya Qaede akan hal itu. Kaki diorak mendekati katil Rahmat.

Apa nak jadi, jadilah.

"Assalamualaikum. Bagaimana keadaan pak cik? Dah okey ke?" Soal Dayra yang sudah berada di depan katil Rahmat. Tangan dihulur untuk menyalami Senah. Sepi.

Tangannya tidak disambut, malah ditepis kasar oleh Senah bersama jelingan penuh kebencian. Sebab itu, dirinya malas melawat Rahmat.

Buat baik dihina, buat jahat dikeji. Jadi, tindakkan dari segi apa dirinya harus lakukan. Dimata Senah, dia adalah antagonis. Betullah kata pepatah, diluah mati bapa, ditelan mati emak.

"Jijik!" Kasar cemuhan Senah. Dayra hanya mnggeleng kecil bersama riak mendatar.

Buat apa sedih? Apa faedah kalau dirinya sedih dan bermuram durjana? Sesaat senyuman senget terukir, bahu dijungkit tanda dirinya tidak terkesan akan balasan Senah. Tersentak Dayra apabila terasa tangannya ditarik dari belakang. Segera kepala menoleh kebelakang, senyuman manis terukir apabila melihat Qaede yang memegang  tangannya.

Kekura tangan kanan Qaede dicium penuh lembut. Terasa bibir pejal Qaede melekat sesaat pada ubun dahinya. Dayra mengambil tempat disisi Qaede apabila Qaede bertindak memeluk pinggangnya dari tepi. Lembut tangan Qaede mengusap pinggang Dayra tanda memujuk Dayra dari bersedih atas hinaan Senah.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now