BAB 38- 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐖𝐈𝐂𝐇

2.4K 172 3
                                    

TELEFON canggihnya kuat berdering sehingga bergema ruang bilik kerjanya. Skrin telefon dikerling sekilas untuk melihat nama si pemanggil. Terjungkit sebelah keningnya apabila melihat nama si pemanggil. Laju tangannya mencapai telefon sambil posisi duduk dibetulkan. Qaede berdehem kecil untuk membetulkan suaranya kerana tekaknya sedikit kering.

"Hello, Qaede speaking!" Ujar Qaede dalam nada profesional dengan niat bergurau.

"Assalamualaikum. Tidak usah kamu nak Qaede speaking bagai!" Sembur Hajah Rayziah senafas di hujung talian.

Terus Qaede mengeleng kecil kepalanya. Eleh, gurau sikit aje tak boleh.

"Waalaikumussalam, kenapa mummy telefon Qaede ni? Ada hal ke?"

"Perlu ada alasan mustahak dulu ke baru seorang ibu boleh telefon anaknya? Nak harapkan kamu telefon mummy macam tunggu kucing bertanduk." Sinis sekali Hajah Rayziah berkata-kata.

Biar bidasannya ini menikam ke dalam hati anak lelaki dia. Terus Qaede buat-buat batuk dengan tangan kanan naik mengaru kepala yang tidak gatal. Fuh, tidak bidas kata-kata pedas bukan Hajah Rayziah.

"Alaa, mummy ni. Orang sibuk sejak kebelakangan ni. Maaf mummy..." Meleret-leret suara Qaede nada yang dibuat gedik.

"Sebelum ni kamu tak busy ke? Bukan kamu selalu sibuk mengalahkan perdana menteri kan? Ni Qaede tak kerja ke?"

"Tengah kerjalah ni, tapi sekarang rehat. Tu yang boleh borak dengan ratu Qaede ni." Seloroh Qaede bersama ketawa kecil.

"Kamu tak pergi makan ke?" Garang suara Hajah Rayziah yang sudah berura-ura mahu membebel anak lelakinya ini.

"Qaede tak ada selera nak makan sebab Qaede rindu mummy. Rindu sangat." Lirih suara Qaede dengan nada suara dibuat-buat.

Seketika halwa telinganya mendengar decitan kasar Hajah Rayziah. Hujung bibirnya terjungkit senyuman nakal. Pasti sekejap lagi dirinya bakal dihentam oleh Hajah Rayziah, bukan dirinya tidak kenal mulut berbisa ibunya itu.

Bukan dirinya tidak mahu menjenguk Hajah Rayziah dan Haji Qayyum tetapi disebabkan kesuntukan masa dan sibuk dengan bekerja menyebabkan dirinya sering terlupa. Pasti ibunya berkecil hati dengannya kerana sudah jarang bertandang ke rumah mereka. Seketika hatinya diterpa rasa bersalah yang mendalam. Tidak mahulah dicop sebagai anak yang lupakan ibubapa setelah beristeri.

"Oh, begini rupanya pendusta berkata-kata. Tak payah nak sembang kencang kamu dengan mummy." Bidas Hajah Rayziah dengan riak yang sudah cemberut.

Tidak hiperbola bukan anak teruna sulungnya. Merdu dan perlahan ketawa kecil Qaede menyapa halwa telingannya. Sesaat Qaede mecebik bibirnya dengan tangan naik membetulkan rambutnya yang sedikit serabai. Sudah gaya budak nakal rupa rambutnya sekarang.

"Auch, dada Qaede rasa macam kena pijak, mummy. Sakit tak berdarah." Penuh dramatik Qaede berlakon. Tangan kirinya sudah elok melekat didada. Wajah sudah dibuat-buat berkerut.

"Mummy yang pijak. Sedap?" Sarkastik suara Hajah Rayziah menyoal bersama mata yang sudah digulingkan.

"Sampai hati mummy. Qaede nak merajuk dengan mummy. Bye!" Datar suara Qaede menjawab dengan niat mahu bergurau.

"Eh nanti dulu! Dengar dulu apa yang mummy nak sampaikan ni, lepas ini kalau nak merajuk pun ikut suka hati kamu."

Seketika mulut Qaede terlopong bersama riak wajah yang tidak percaya. Tali naik meleraikan ikatan tali leher apabila terasa lehernya tercekik. Rambut dikuak ke belakang.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now