BAB 42-𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒

1.8K 130 2
                                    

KALUT keadaan dapur rumah Hajah Rayziah sekarang. Ke hulu- hilir sebilangan jiran yang merewang rumah banglo tersebut. Riuh suara mak cik- mak cik berborak diselangi ketawa kecil, sambil berbual tangan mereka cekap mengupas kulit bawang dan memotong bahan-bahan masakan lain.

Syukur ke hadrat illahi, segala urusan berjalan dengan lancar. Dirinya sendiri tidak sangka yang Hajah Rayziah dan Haji Qayyum mengambil keputusan untuk adakan kenduri kesyukuran disebabkan dia mengandung. Ceria pasangan suami isteri itu apabila mengetahui yang mereka akan menimang cucu sulung tidak lama lagi. Senyuman nipis terukir sesaat.

Seketika perasaan sedih menerpa apabila Hajah Rayziah yang tidak membenarkan dirinya membuat kerja. Maka, tercongoklah dirinya di ruang tamu bersama riak wajah yang kebosanan. Hujung matanya naik mengerling tayangan drama melayu didada televisyen. Terus nafas dihela apabila drama tersebut sangat tidak kena dengan citarasanya.

"Ish, mana Qaede ni?" Soalnya pada diri sendiri apabila bayangan Qaede dari tadi tidak nampak.

Terus dirinya bangkit dari sofa. Langkah dibawa ke arah dapur apabila rasa bosannya sudah tidak mampu dibendung lagi. Wajah dicebik sedih apabila mengenangkan tindakan mummy yang menghalau dirinya seketika tadi. Alahai, sudah tiga kali mummy melarangnya untuk tidak masuk ke dapur. Tetapi tipikal Dayra, seorang yang degil dan tidak makan saman.

Rancak suara mak cik- mak cik yang sedang merewang berborak bersama gelakan kecil. Seronok betul mak cik-mak cik membawang. Dia pun nak join sekaki. Terukir senyuman lebar bersama riak yang riang kerana tidak sabar berborak dengan mak cik- mak cik didapur.

"AstragfiruAllah Dayraku sayang, berapa kali mummy nak pesan? Duduk diam-diam dekat ruang tamu. Ni kenapa degil sangat? Nak suruh mummy ikat dekat sofa ke?" Panjang lebar Hajah Rayziah membebel bersama tangan di cekak pada pinggang.

Terus Dayra merapatkan kedua tangannya dengan gaya ampun dibuat bersama riak wajah dicebik sedih.

"Dayra bosan, mummy. Alah, kandungan Dayra masih awal. InsyaAllah, tak jadi apa-apa. Boleh ya, mummy?" Matanya dikerdip-kerdip bersama riak wajah comel ditayang.

Jelas telingannya mendengar Hajah Rayziah menghela nafas pasrah. Riak wajah garang Hajah Rayziah dibalas dengan senyuman manis.

"Duduk dekat mak cik Saleha sana. Duduk diam-diam. Jangan nak gatal buat kerja berat."

"Okok, mummy," balas Dayra bersama riak yang ceria. Akhirnya, dia mampu keluar dari kepompong bosan.

"Degil siaplah. Mummy ketuk guna senduk ni," ugut Hajah Rayziah bersama gaya tangan yang dibuat-buat ingin ketuk kepala Dayra menggunakan senduk ditangannya.

"Okey, noted mummy!"

"Good girl." Puji Hajah Rayziah dan menyambung tugasannya.

Perlahan-lahan kaki Dayra mendekati mak cik Saleha yang ralit berbual dengan sekumpulan mak cik lain. Mak cik Saleha ini merupakan jiran mummy yang tinggal di taman sebelah. Orangnya baik dan lemah-lembut. Dayra kenal mak cik Saleha pun ketika wanita itu datang melawat Qayder yang kemalangan hari itu.

"Mak cik," tegur Dayra seraya bersalam dengan mak cik Saleha dan tiga orang lagi mak cik lain yang tidak di ketahui namanya.

Tak kenal.

Punggung dilabuhkan disisi mak cik Saleha yang sedang mengupas bawang.

"Eh Dayra, semakin cantik dan berseri-seri kamu sekarang," puji mak cik Saleha yang merenung wajah putih Dayra.

Mengekek ketawa kecil Dayra dengan tangannya menampar lembut peha mak cik Saleha. Mak cik Saleha tidak pujinya tidak sah. Ada saja pujian yang keluar dari mulut manis wanita itu. Pandai ambil hati kita.

Ariningsun |√Where stories live. Discover now